Header Ads

Aku Menyesal Untuk Berhutang Lagi

Hutang! Bila sebut perkataan hutang ni boleh buat orang rasa sakit hati dan marah. Aku sendiri pernah beberapa kali menjadi pemberi hutang dan sadisnya hutang-hutang tersebut tidak pernah di bayar sama sekali sampai ke hari ini.

Aku sebenarnya pernah juga berhutang dan kisahnya aku ingat sampai sekarang. Aku pernah berhutang dengan salah seorang rakan sekampung ku (merangkap jiran) yang bernama Suria. Ketika itu kalau tak silap kami berusia 14 tahun, jumlah hutang tersebut adalah sebanyak... RM7.00.

Aku sendiri yang minta pinjam dan berjanji untuk bayar nanti.

 Kesalahan utama yang aku telah buat adalah, aku sama sekali tidak bayar hutang tersebut ketika itu dan aku jangkakan Suria pasti akan halalkan duit tersebut satu hari nanti sekiranya aku terlupa, yelah RM7 kot, bukannya RM70 atau RM700. Lagipun kami ni satu kampung, hari-hari jumpa, berjiran, kawan rapat pulak tu... ala setakat RM7 apa lah sangat kan? Itu persepsi aku... jadi aku sama sekali buat endah tak endah walau aku tahu dan ingat dengan jelas hutang yang aku tanggung sebanyak RM7 tersebut.

Semakin hari semakin menginjak dewasa dan masing-masing mula bawa haluan sendiri. Namun, aku masih lagi ingat hutang RM7 terhadap Suria yang masih belum ku bayar. Ya Allah begini rupanya tahap ingatan bagi sang penghutang ya. Setiap kali terserempak dengan Suria aku terus terlintas di kepala akan hutang itu, nak di bayar memang lah aku mampu sebab hanya RM7 tapi perasaan malu sangat menebal kerana telah membiarkan perkara ini berlarutan dalam masa yang teramat lama.

Tahun berganti tahun, kami kahwin dan masing-masing punya cahayamata. Kala pulang ke kampung Suria melayan aku dengan baik dan persahabatan kami masih tetap terjalin walau tidak seakrab dulu. Aku masih ingat lagi suatu petang saat aku ke rumah Suria, mulut aku terkunci rapat tapi hati aku benar-benar tak tenteram. Aku mula resah dan perasaan malu makin menebal macam tembok Berlin

 Akhirnya aku nekad. Sebelum pulang bersama suami, aku mahu menemui Suria secara berdepan. Aku terus masukkan RM7 ke dalam kocek seluar sebelah kanan dan aku mula melangkah ke rumah Suria dengan laju. Aku betul-betul melangkah dengan laju kerana aku takut niat aku ini akan terhenti di tengah jalan. Sebaik saja sampai di rumahnya, aku terus cakap....

Aku : Suria... Awa nak bagi satu benda kat Suria..
Dia : Apa dia?

Aku terus seluk kocek seluar dan hulur RM7 padanya. "Awa bayar semula hutang RM7 yang Awa pinjam dulu. Maaf no.... "

Dia capai duit RM7 yang aku hulur dengan wajah yang tersenyum. Senyum ikhlas yang bukan di buat-buat sama sekali.

Aku : Awa minta maaf ni, dengar tak?
Dia : Ya, Suria maafkan Awa. Suria ingat Awa dah lupa tentang ni.

Mendengar ayat tu aku jadi terkesima... Ya Allah rupa-rupanya dia ingat hutang aku ni sampai sekarang walau sudah makan masa lebih dari sepuluh tahun. Nampaknya si pemberi hutang lebih jelas ingatannya dari si penerima hutang.... huhu.. saat aku langsaikan hutang aku pada Suria, demi Allah aku rasakan seperti ada sebiji batu yang besar di buang dari dalam tubuh aku ni. Diri aku mula berasa makin ringan dan tenang. Mungkin itulah bebanan hutang yang tertulis ke atas diri aku dan telah di padam oleh malaikat kerana aku berjaya melangsaikannya di atas muka bumi ini

Pengalaman aku berhutang dengan Suria akan aku ingat sampai bila-bila dan sampai sekarang aku cukup takut dengan perkataan berhutang disebabkan oleh peristiwa tersebut. Apa saja benda dalam rumah ni semuanya aku dan suami beli secara tunai (kecuali kereta, itupun dah habis bayar dalam masa 3 tahun, alhamdulillah). Tambahan pula suami aku memang tidak suka jika melibatkan hak orang lain. Demi Allah aku ceritakan, suami aku pernah menemui duit tunai sebanyak RM150, bertahun dia memegang duit tersebut kerana tidak jumpa si empunya dan akhirnya suami aku telah memberikannya pada sebuah masjid dan dia turut beritahu pada pihak masjid yang RM150 tersebut bukan duit dia tapi adalah duit yang di temui secara tak sengaja. Jadi dia sedekahkan RM150 tersebut bagi pihak tuan punya duit yang sebenar.

Cuma yang menjadi masalahnya sekarang ni, aku tidak lagi bergelar penghutang tetapi aku dan suami adalah orang yang memberi hutang. Ya ampunnnn.... dah beberapa kali suami aku bantu rakan-rakan yang agak rapat dengannya tapi malangnya tak ada seorang pun yang datang untuk membayar. Kalau di hitung semuanya boleh mencecah ribuan ringgit.. 

Aku sendiri ada yang pinjam RM100 dengan alasan terdesak nak beli susu dan pampers tapi bila dah beri terus tak nak pandang muka aku ni lagi. 

Agaknya Allah nak beri aku rasa bagaimanakah perasaan apabila ada orang berhutang dengan aku. Dan memang betul, sebagai pemberi hutang aku sama sekali tidak pernah lupakan orang-orang yang berhutang denganku termasuk dengan jumlah wangnya sekali.

Bila, di mana dan bagaimana mereka akan membayarnya? Wallahualam.. hanya Allah saja yang ada jawapannya..

PERNAH MEMBERI ORANG LAIN BERHUTANG? BACA SINI

26 comments:

  1. Tak sangka hanya rm 7 ringgit, masih segar juga ingatan suria pasal hutang dengan awak. Apa2pun siti, harap siti dapat bersabar. Saya doakan awak moga orang yang pernah berhutang dengan awak, dapat dikembalikan semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kuasa Allah atas para penghutang dan pemberi hutang. tak berani dah... takut...!!

      Delete
  2. selalu nya begitu lah sis..senang senang dia pinjam duit kita lepas tu setahun kemudian baru muncul balik..gekhek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau muncul lepas setahun takpe, ini ada yang pinjam pada suami sejak dia bujang sampai skrg dah anak 5.. suami cakap dia ada minta masa nak guna untuk kahwin ngan sis dulu tapi... jawapan yang di terima oleh suami ialah... "bila masa aku berhutang dengan kau?" Eeeeee.... kalau sis tempat suami memang lunyai ku kerjakan... :(

      Delete
  3. Kalau berhutang ni kena bayar, takut tak sempat bayar dah masuk kubur.... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x... ish.. susah tu.. tapi kalau tak salah, ada cara untuk bayar hutang pada mereka yang telah meninggal mengikut Islam.. nantilah sis cuba cari semula info tu dan share di next entry.. dapat kita saling ingat mengingati..

      Delete
  4. kak hawa. elsa lagi menyesal jadi pemberi hutang. ada masa elsa share di blog elsa. sampai sekarang elsa tak dapat duit elsa tu, dan elsa tak pernah halalkan! siapa nak halalkan kalau pinjam hampir RM1000. hmm nak nangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. lor.. aduh parah parah.. nanti ada masa share ya, nak tau juga kisah di sebaliknya

      Delete
  5. perit ye berhutang ni..rasa x tenteram je slagi x ganti balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. tak sanggup dah.. serik dan perit sangat2x.. tak aman hidup

      Delete
  6. Paling bahaya jenis, "Ko bayar guna duit ko dulu nanti aku ganti." kendian dia lupa. Kalau mai setakat ringgit2 tu insyaAllah halalkan je,takut dia mati dulu, atau kita mati dulu, tak ke naya. Tapi kalau ratusan hingga ribuan tu, sakit juga nak halal gitu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini memang kes paling banyak. Selalu akan kena sesama ahli famili... serba salah kita di buatnya. Sis kadang2 buat-buat tak dengar je.... malas nak bagi muka nanti di pijak kepala..

      Delete
  7. memang rasa sangat kalau hutang dengan orang tapi lebih jelas kalau kita bagi orang hutang dengan kita, yang peliknya, orang yang hutang tak rasa pape pulak tu..tu lagi sakit hati...hehe dayah sabar jer walaupun sekarang memang tengah pokai gler,,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh di halalkan, baik di halalkan sajalah dayah... boleh buat saham akhirat utk bantu diri dayah sendiri kat sana nanti

      Delete
  8. sebaiknya kita halalkan jer la kalau hutang kecil macam tu..redha jer sebab kita tak tahu kesusahan orang atau mmg sipeminjam tu benar2 lupa..Umi pernah bagi pinjam 1.5k dekat ex staff tapi sampai la ni dah dekat 5 tahun lebih dia tak bayar..Umi cuma berserah kalau dia nak bayar dia akan cari Umi kalau tidak Umi halalkan sebab tak nak dia tunggu kita atau kita tunggu dia kat sana nanti.
    Tapi kalau dapat esok lusa huihh best jugak kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x.. itulah yang di tegaskan dlm agama kita pun. org x payah kita halalkan je la sbb dah mmmg itu rezeki dia.. janji kat sana nanti kita tak payah sangkut apa2 dengan dia lagi. tapi kalau di bayar, of course amik!! haha

      Delete
  9. huhu yaya pun ada jugak orang yang berhutang tak bayar2 lagi dekat 3 tahun dah. Tapi tak apalah kalau dia ingat bayar, kalau tak ingat yaya halalkan jek.
    salam singgah di Blog Sis Hawa. Done follow tanda support :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaik yaya... terima kasih singgah sini nnti sis balas kunjungan yaya balik ye :D

      Delete
  10. Paling takut kalau nak berhutang dengan orang. Betul la apa akak cakap, selagi kita berhutang tu selagi tu duk fikir hutang yang tak dibayar2. Saya kalau berhutang akan cuba bayar secepat mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun... tak aman rasa. tak berani dah main ngan hutang ni.. serik!

      Delete
  11. sy berhutang duit ok lg.. tp yg berhutang (pinjam) brg smpi brg tu jd mcm rete dia..mmmm x tau laa nk ckp

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu masalah juga... amik pastu buat harta.. sedih

      Delete
  12. elsa janji dengan kak hawa nak share :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/berhutang-punca-sahabat-menjadi-musuh.html bahagian 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ elsa... tak sabar nak tau cerita sepenuhnya

      Delete
  13. maaf cikKak Awa, bukan ke susu dan pampers anak tu tangungjwb suami? hrmmm, knpe nak hutang pulak? wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah tapi itulah alasan yang di berikan masa 'rakan' saya tu nak pinjam duit dari saya dulu. Katanya suami dia outstation dan lupa nak tinggalkan duit lebih buat beli susu dan pampers. Saya ppun kasilah atas dasar kasihan tapi bila dapat je terus diam sejuta bahasa sampailah sekarang

      Delete

Powered by Blogger.