Header Ads

Cara Untuk Berkawan Dengan Blogger Yang Lain


HOW TO MAKE FRIENDS WITH OTHER BLOGGER. 

Eh eh cakap bahasa omputih pulak, Bagaimana Cara Untuk Berkawan Dengan Blogger Yang Lain?, itulah topik untuk artikel pada kali ini.

Jujur cakap, sebagai seorang blogger yang masih baru, memang aku berhajat besar untuk berkawan dengan para blogger yang lain. 

Tapi, yang menjadi masalahnya sekarang ni, bagaimana untuk mencari dan berkawan dengan para blogger ni? 

Maka aku pun berjalanlah beriringan dengan Mr.Google demi mencari sebuah jawapan dan alhamdulillah misi aku berjaya. Hasil berjalan ke sana ke sini dengan MrGoogle, aku berjaya dapatkan beberapa tips berserta dengan penerangannya sekali dan aku rasa cukup puashati. Thank you so much to Mr.Google. Nanti kita jalan-jalan lagi ya...

Kalau awak pun ada keinginan untuk berkawan dengan blogger yang lain, boleh ikut tips yang sis dapat dalam gambar macam kat sebelah kanan tu..

Itu saja, ok byee.....

          ********************************

Haha, aku rasa ada yang nak kena ketuk ngan penyapu ni kan? Susah payah klik entry ni alih-alih nak suruh baca sendiri guna gambar tu jer, apa hal?  Tak patut... memang tak patut...

Sis pun kadang-kadang tu pernah juga rasa geram bila susah payah berjalan ke sana ke mari dengan MrGoogle, klik atas tajuk entry yang hot bagai nak rak, alih-alih tulisan dalam entry tu alamak ciputtttt je... Frust menonggeng  rasa.. "penat I berjalan tau!"

Sebelum kongsi tips bagaimana untuk berkawan dengan blogger yang lain, sis bagi dulu sebab utama kenapa perlu berkawan dengan blogger yang lain?

3 SEBAB KENAPA PERLU BERKAWAN DENGAN BLOGGER YANG LAIN

  • Kita tak boleh berblog sorang-sorang. Tulis, publish pastu tak de siapa pun yang singgah ke blog untuk baca. Sepi sampai bila-bila. Tak ubah macam duduk dalam pekan hantu. Nak ke macam tu?
  • Menaikkan semangat untuk menulis. Seronok kan apabila apa yang kita tulis di komen oleh orang lain. Tambahan pula kalau apa yang kita tulis tu boleh beri manfaat pada orang lain. Walau hanya dengan sepotong ayat ucapan terimakasih tapi dah beri impak yang besar pada kita untuk  terus menulis artikel seterusnya. 
  • Back Up antara satu sama lain. Ini paling mustahak Contoh, sis dan awak tulis entry dengan tajuk yang hampir sama, sis link pada post awak dan awak pula link kan pada post sis. Tak ke dapat naikkan trafik ke blog masing-masing? 

Di sebabkan 3 sebab utama di atas tu lah yang membuatkan aku betul-betul nak bersahabat dengan blogger-blogger yang lain di luar sana. Tak nak lah aku tinggal dalam pekan hantu sorang-sorang, takutttt....

TIPS BAGAIMANA MAHU BERKAWAN DENGAN BLOGGER YANG LAIN?

  • Apabila berjalan ke blog blogger yang lain, lihat sepintas lalu (scroll atas ke bawah) untuk lihat keseluruhan blog tersebut dan luangkan sedikit masa untuk baca artikel terbaru atau yang paling popular. Jangan lupa untuk tinggalkan komen.
  • Blogwalking dengan ikhlas.  Kalau suka dengan cara penulisan blog tersebut, terus tolong isi tabung, tinggalkan jejak di shoutbox dan klik butang Follow.
  • Senaraikan di bloglist untuk memudahkan awak mengunjungi mereka semula dari masa ke semasa terutama apabila mereka keluarkan artikel baru.
  • Buat artikel khusus untuk blog tersebut supaya mereka sedar awak sedang memerhatikan mereka. Secara tak langsung mereka juga akan memerhatikan awak.
  • Share blogpost mereka di laman sosial facebook dan lain-lain.
  • Aktifkan diri berblog supaya mereka tahu anda serius dalam dunia blogging.
  • Bantu beri trafik dengan cara backlink pada blog mereka sekiranya anda menulis artikel yang berkaitan dengan post mereka.


Kesimpulannya, kalau sekadar klik butang follow di blog seseorang tu, ia belum lagi dapat menjanjikan sebuah ikatan persahabatan yang akrab antara blogger-blogger tersebut.

Tekan butang follow tak bermakna mereka akan kembali semula menjadi pembaca di blog kita jadi sekiranya kita mahu blog kita di baca dan di back up oleh orang lain, kita sendiri dulu yang perlu bertindak untuk membaca dan backup blog blogger yang lain. Kalau apa yang kita buat tak di hargai oleh mereka, takde hal unfollow je pastu pergi ke blogger yang lain pula. Inshaa Allah pasti ada yang akan menghargai kita. Trust me!!

Moga-moga keikhlasan kita berblog terpancar di mata orang lain, ameen.




42 comments:

  1. Setuju, kalau lihat blogger Indonesia kan mereka saling tolong menolong dalam banyak hal... siap ada komuniti lagi... Apa2pun perlu sama2 membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. blogger indonesia hebat-hebat dalam tutorial dan SEO. Bila diaorg buat artikel tutorial mesti akan terkait dengan nama blogger yang lain, backup diaorg kuat betul... apa yang penting kerjasama

      Delete
    2. Setuju tu, diaorang buat duit bersama2...

      Delete
    3. itu sebetulnya... duit di bayar olleh nuffnang dan adsense bukan bayar pakai duit kita. so baik tolong menolong, sama-sama dapat hasil.. win win situation

      Delete
  2. Nice entry.. betul tue.. Pentingnya membina hubungan dengan blogger lain :)

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bermakna ni. Samalah, teringin juga nak kenal blogger-blogger lain. Sebab masih baru kan, tak tau je sapa nak kawan dgn kita hahaha. Setakat ni cuba blogwalking jelah banyak-banyak sampai orang perasan kewujudan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah... takpe meh kita kawan dua, sis pun dah list cikgu syed kita ni dalam bloglist... nanti sis cuba terjah selalu blog syed, teruskan menulis

      Delete
  4. thanks for sharing kak hawa :* In Shaa Allah elsa akan manfaatkan tips nie hehe

    ReplyDelete
  5. pd yg tinggalkan komen d blog sy, sng nak jejak dorg balik 😊 saling BW antara blogger 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. good job! itulah sebaiknya kan, orang ziarah kita... kita ziarah orang balik :D

      Delete
  6. Selamat berkenalan sis hawa :D Saya datang follow sini. Ramai kawan blog saya sejak 6 tahun aktif dulu msih rapat hingga sekarang,alhamdulillah.

    Kita berbudi, orang berbahasa, barulah 1 Malaysia,kan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal mai. sis pun dah follow blog mai tu. bertuah dari 6 tahun lepas sdgkan sis ni blog lama dah menyepi hilang dari muka bumi... tapi takpe boleh start kenal dengan blogger lain, dunia blog ni kan luasss :D

      Itu sebetulnya,... orang berbudi kita berbahasa, jangan nak tulis untuk syok sendiri nanti tak pasal duduk pekan hantu.. wakaka

      Delete
  7. Suka entry ini..
    Membantu membina rangkaian blogger itu bagus untuk saling membantu dan menaikkan sesama blogger.. Seperti yang siti katakan kita tak boleh nak berblog sorang-sorang..

    ReplyDelete
  8. blog aida xde bloglist dah.
    aida blogwalking dari list tukang komen & reading list kat dashboard.
    kita da follow kan?
    kena la gi blogwalking ke blog yg kita follow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bloglist yang terbaik!! Dari klik blog di bloglist baik klik blog tukang komen kan aida? kiki

      Delete
  9. betul tu, kalau ada orang komen kat post itu memang menaikkan semangat nak menulis :)

    ReplyDelete
  10. Terus berfikir lepas ni nak tulis entry tajuk apa pulak kan?... Terima kasih banyak sudi singgah dan komen di sini :D

    ReplyDelete
  11. singgah baca entri & done follow blog awak ..selamat berkenalan

    ReplyDelete
  12. Seronok baca tips ni sis. Berkawan biar reramai kan?

    ReplyDelete
  13. Hye, Amerzing want to share his story to CHINA!!! https://ameridzuan.blogspot.my/2017/02/tour-to-artificial-china.html

    ReplyDelete
  14. Terima kasih atas perkongsian. Saya orang baru...kena rajin bw kan kalau nak kenal ramai blogger?? hihhii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2... sis pun orang baru jugak...memang BW adalah tips terbaik

      Delete
  15. Salam dear,
    Info ni mmg best...
    Saya pun baru ja setahun jagung berblogging..
    Singgah sini thru blog nouradieb..
    Cheers.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... saya pun baru lagi.. baru bebrapa bulan je ni

      Delete
  16. that right..meh akak follow blog saya..blog rabiahtul adawiyah..macam saya ..saya masuk banyak group blogger di facebook..instagram..jadi saya berkenalan dengan ramai blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. done follow awak. nnati add la fb akak sekali

      Delete
  17. Umi baru berkesempatan baca entry Awa ni...mmg terbaik..jadi blogger kena ramah kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul umi. kena jaga ikatan sebab kita ni kan macam berjiran. Awa seronok dpaat berjiran ngan umi.

      Delete
  18. Terima kasih... tips2 hebat.. saya pun masih baru berblog.. akan diperaktikkan sebaik mungkin... suka scroll blog ni sebelum update blog sendiri.. ihihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. terima kasih sudi singgah sini :D salam kenal

      Delete
  19. Setuju sangat yang penting ikhlas.
    Ada sesetengah blogger tu suka tinggal jejak aje baca ke tidak post kita sebab ada terjumpa komen takde berkaitan dengan posting.
    Okay! takpe be positif bersangka baik ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. dia tak nak baca itu hak dia. Janji dia singgah dan komen. Bila dia singgah secara tidak langsung telah beri kita 1 unique visitor. Unique visitor ni bagus untuk trafik blog. walau komen dia tak brkaitan tapi kehadiran dia tetap telah mmbantu blog kita :D

      Delete
  20. Assalam. Terima kasih sebab kongsikan. May Allah bless you.

    ReplyDelete
  21. wah best bagi orang macam hakak ni..bnyak benda yang tak tau...boleh lah hakak belajo kat sini ye awa..

    ReplyDelete
  22. betol tu!lagi best nak tulis blog bila sama-sama support kan?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.