Cara Untuk Berkawan Dengan Blogger Yang Lain
HOW TO MAKE FRIENDS WITH OTHER BLOGGER.
Eh eh cakap bahasa omputih pulak, Bagaimana Cara Untuk Berkawan Dengan Blogger Yang Lain?, itulah topik untuk artikel pada kali ini.
Jujur cakap, sebagai seorang blogger yang masih baru, memang aku berhajat besar untuk berkawan dengan para blogger yang lain.
Tapi, yang menjadi masalahnya sekarang ni, bagaimana untuk mencari dan berkawan dengan para blogger ni?
Maka aku pun berjalanlah beriringan dengan Mr.Google demi mencari sebuah jawapan dan alhamdulillah misi aku berjaya. Hasil berjalan ke sana ke sini dengan MrGoogle, aku berjaya dapatkan beberapa tips berserta dengan penerangannya sekali dan aku rasa cukup puashati. Thank you so much to Mr.Google. Nanti kita jalan-jalan lagi ya...
Kalau awak pun ada keinginan untuk berkawan dengan blogger yang lain, boleh ikut tips yang sis dapat dalam gambar macam kat sebelah kanan tu..
Itu saja, ok byee.....
********************************
Haha, aku rasa ada yang nak kena ketuk ngan penyapu ni kan? Susah payah klik entry ni alih-alih nak suruh baca sendiri guna gambar tu jer, apa hal? Tak patut... memang tak patut...
Sis pun kadang-kadang tu pernah juga rasa geram bila susah payah berjalan ke sana ke mari dengan MrGoogle, klik atas tajuk entry yang hot bagai nak rak, alih-alih tulisan dalam entry tu alamak ciputtttt je... Frust menonggeng rasa.. "penat I berjalan tau!"
Sebelum kongsi tips bagaimana untuk berkawan dengan blogger yang lain, sis bagi dulu sebab utama kenapa perlu berkawan dengan blogger yang lain?
Itu saja, ok byee.....
********************************
Haha, aku rasa ada yang nak kena ketuk ngan penyapu ni kan? Susah payah klik entry ni alih-alih nak suruh baca sendiri guna gambar tu jer, apa hal? Tak patut... memang tak patut...
Sis pun kadang-kadang tu pernah juga rasa geram bila susah payah berjalan ke sana ke mari dengan MrGoogle, klik atas tajuk entry yang hot bagai nak rak, alih-alih tulisan dalam entry tu alamak ciputtttt je... Frust menonggeng rasa.. "penat I berjalan tau!"
Sebelum kongsi tips bagaimana untuk berkawan dengan blogger yang lain, sis bagi dulu sebab utama kenapa perlu berkawan dengan blogger yang lain?
3 SEBAB KENAPA PERLU BERKAWAN DENGAN BLOGGER YANG LAIN
- Kita tak boleh berblog sorang-sorang. Tulis, publish pastu tak de siapa pun yang singgah ke blog untuk baca. Sepi sampai bila-bila. Tak ubah macam duduk dalam pekan hantu. Nak ke macam tu?
- Menaikkan semangat untuk menulis. Seronok kan apabila apa yang kita tulis di komen oleh orang lain. Tambahan pula kalau apa yang kita tulis tu boleh beri manfaat pada orang lain. Walau hanya dengan sepotong ayat ucapan terimakasih tapi dah beri impak yang besar pada kita untuk terus menulis artikel seterusnya.
- Back Up antara satu sama lain. Ini paling mustahak Contoh, sis dan awak tulis entry dengan tajuk yang hampir sama, sis link pada post awak dan awak pula link kan pada post sis. Tak ke dapat naikkan trafik ke blog masing-masing?
Di sebabkan 3 sebab utama di atas tu lah yang membuatkan aku betul-betul nak bersahabat dengan blogger-blogger yang lain di luar sana. Tak nak lah aku tinggal dalam pekan hantu sorang-sorang, takutttt....
TIPS BAGAIMANA MAHU BERKAWAN DENGAN BLOGGER YANG LAIN?
Kesimpulannya, kalau sekadar klik butang follow di blog seseorang tu, ia belum lagi dapat menjanjikan sebuah ikatan persahabatan yang akrab antara blogger-blogger tersebut.
Tekan butang follow tak bermakna mereka akan kembali semula menjadi pembaca di blog kita jadi sekiranya kita mahu blog kita di baca dan di back up oleh orang lain, kita sendiri dulu yang perlu bertindak untuk membaca dan backup blog blogger yang lain. Kalau apa yang kita buat tak di hargai oleh mereka, takde hal unfollow je pastu pergi ke blogger yang lain pula. Inshaa Allah pasti ada yang akan menghargai kita. Trust me!!
TIPS BAGAIMANA MAHU BERKAWAN DENGAN BLOGGER YANG LAIN?
- Apabila berjalan ke blog blogger yang lain, lihat sepintas lalu (scroll atas ke bawah) untuk lihat keseluruhan blog tersebut dan luangkan sedikit masa untuk baca artikel terbaru atau yang paling popular. Jangan lupa untuk tinggalkan komen.
- Blogwalking dengan ikhlas. Kalau suka dengan cara penulisan blog tersebut, terus tolong isi tabung, tinggalkan jejak di shoutbox dan klik butang Follow.
- Senaraikan di bloglist untuk memudahkan awak mengunjungi mereka semula dari masa ke semasa terutama apabila mereka keluarkan artikel baru.
- Buat artikel khusus untuk blog tersebut supaya mereka sedar awak sedang memerhatikan mereka. Secara tak langsung mereka juga akan memerhatikan awak.
- Share blogpost mereka di laman sosial facebook dan lain-lain.
- Aktifkan diri berblog supaya mereka tahu anda serius dalam dunia blogging.
- Bantu beri trafik dengan cara backlink pada blog mereka sekiranya anda menulis artikel yang berkaitan dengan post mereka.
Kesimpulannya, kalau sekadar klik butang follow di blog seseorang tu, ia belum lagi dapat menjanjikan sebuah ikatan persahabatan yang akrab antara blogger-blogger tersebut.
Tekan butang follow tak bermakna mereka akan kembali semula menjadi pembaca di blog kita jadi sekiranya kita mahu blog kita di baca dan di back up oleh orang lain, kita sendiri dulu yang perlu bertindak untuk membaca dan backup blog blogger yang lain. Kalau apa yang kita buat tak di hargai oleh mereka, takde hal unfollow je pastu pergi ke blogger yang lain pula. Inshaa Allah pasti ada yang akan menghargai kita. Trust me!!
Moga-moga keikhlasan kita berblog terpancar di mata orang lain, ameen.
Setuju, kalau lihat blogger Indonesia kan mereka saling tolong menolong dalam banyak hal... siap ada komuniti lagi... Apa2pun perlu sama2 membantu...
ReplyDeleteblogger indonesia hebat-hebat dalam tutorial dan SEO. Bila diaorg buat artikel tutorial mesti akan terkait dengan nama blogger yang lain, backup diaorg kuat betul... apa yang penting kerjasama
DeleteSetuju tu, diaorang buat duit bersama2...
Deleteitu sebetulnya... duit di bayar olleh nuffnang dan adsense bukan bayar pakai duit kita. so baik tolong menolong, sama-sama dapat hasil.. win win situation
DeleteNice entry.. betul tue.. Pentingnya membina hubungan dengan blogger lain :)
ReplyDeletemeh kita kenal-kenal :D
DeletePerkongsian yang bermakna ni. Samalah, teringin juga nak kenal blogger-blogger lain. Sebab masih baru kan, tak tau je sapa nak kawan dgn kita hahaha. Setakat ni cuba blogwalking jelah banyak-banyak sampai orang perasan kewujudan kita.
ReplyDeletesamalah... takpe meh kita kawan dua, sis pun dah list cikgu syed kita ni dalam bloglist... nanti sis cuba terjah selalu blog syed, teruskan menulis
Deletethanks for sharing kak hawa :* In Shaa Allah elsa akan manfaatkan tips nie hehe
ReplyDeletesama-sama elsa...
Deletepd yg tinggalkan komen d blog sy, sng nak jejak dorg balik 😊 saling BW antara blogger 😉
ReplyDeletegood job! itulah sebaiknya kan, orang ziarah kita... kita ziarah orang balik :D
Deletebetul tu, setuju :)
ReplyDeleteterima kasih :D
DeleteSelamat berkenalan sis hawa :D Saya datang follow sini. Ramai kawan blog saya sejak 6 tahun aktif dulu msih rapat hingga sekarang,alhamdulillah.
ReplyDeleteKita berbudi, orang berbahasa, barulah 1 Malaysia,kan. :D
Salam kenal mai. sis pun dah follow blog mai tu. bertuah dari 6 tahun lepas sdgkan sis ni blog lama dah menyepi hilang dari muka bumi... tapi takpe boleh start kenal dengan blogger lain, dunia blog ni kan luasss :D
DeleteItu sebetulnya,... orang berbudi kita berbahasa, jangan nak tulis untuk syok sendiri nanti tak pasal duduk pekan hantu.. wakaka
Suka entry ini..
ReplyDeleteMembantu membina rangkaian blogger itu bagus untuk saling membantu dan menaikkan sesama blogger.. Seperti yang siti katakan kita tak boleh nak berblog sorang-sorang..
BETUL3X.... :D
Deleteblog aida xde bloglist dah.
ReplyDeleteaida blogwalking dari list tukang komen & reading list kat dashboard.
kita da follow kan?
kena la gi blogwalking ke blog yg kita follow :)
Bloglist yang terbaik!! Dari klik blog di bloglist baik klik blog tukang komen kan aida? kiki
Deletebetul tu, kalau ada orang komen kat post itu memang menaikkan semangat nak menulis :)
ReplyDeleteTerus berfikir lepas ni nak tulis entry tajuk apa pulak kan?... Terima kasih banyak sudi singgah dan komen di sini :D
ReplyDeletesinggah baca entri & done follow blog awak ..selamat berkenalan
ReplyDeleteTerima kasih cik cappucino :D
DeleteSeronok baca tips ni sis. Berkawan biar reramai kan?
ReplyDeletebetul.. tepat sekali :D
DeleteHye, Amerzing want to share his story to CHINA!!! https://ameridzuan.blogspot.my/2017/02/tour-to-artificial-china.html
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Saya orang baru...kena rajin bw kan kalau nak kenal ramai blogger?? hihhii
ReplyDeleteSama2... sis pun orang baru jugak...memang BW adalah tips terbaik
DeleteSalam dear,
ReplyDeleteInfo ni mmg best...
Saya pun baru ja setahun jagung berblogging..
Singgah sini thru blog nouradieb..
Cheers.
wslm... saya pun baru lagi.. baru bebrapa bulan je ni
Deletethat right..meh akak follow blog saya..blog rabiahtul adawiyah..macam saya ..saya masuk banyak group blogger di facebook..instagram..jadi saya berkenalan dengan ramai blogger.
ReplyDeletedone follow awak. nnati add la fb akak sekali
DeleteUmi baru berkesempatan baca entry Awa ni...mmg terbaik..jadi blogger kena ramah kan..hehe
ReplyDeletebetul umi. kena jaga ikatan sebab kita ni kan macam berjiran. Awa seronok dpaat berjiran ngan umi.
DeleteTerima kasih... tips2 hebat.. saya pun masih baru berblog.. akan diperaktikkan sebaik mungkin... suka scroll blog ni sebelum update blog sendiri.. ihihihihih
ReplyDeletesama-sama. terima kasih sudi singgah sini :D salam kenal
DeleteSetuju sangat yang penting ikhlas.
ReplyDeleteAda sesetengah blogger tu suka tinggal jejak aje baca ke tidak post kita sebab ada terjumpa komen takde berkaitan dengan posting.
Okay! takpe be positif bersangka baik ajelah
takpe. dia tak nak baca itu hak dia. Janji dia singgah dan komen. Bila dia singgah secara tidak langsung telah beri kita 1 unique visitor. Unique visitor ni bagus untuk trafik blog. walau komen dia tak brkaitan tapi kehadiran dia tetap telah mmbantu blog kita :D
DeleteAssalam. Terima kasih sebab kongsikan. May Allah bless you.
ReplyDeletewah best bagi orang macam hakak ni..bnyak benda yang tak tau...boleh lah hakak belajo kat sini ye awa..
ReplyDeletebetol tu!lagi best nak tulis blog bila sama-sama support kan?
ReplyDeleteSaya setuju dengan Sis Hawa. Tekan butang follow tak bermakna kita akan akrab dengan pemilik blog tu. Tapi kalau kita selalu komen atau join segmen yang dianjurkan, hubungan tu akan lebih akrab. Saya pun struggle juga untuk cari kawan dan naikkan trafik masa mula-mula berblogging. Syukurlah sekarang ni rakan blogger semakin bertambah.
ReplyDeleteBetul tu, blogwalking sangat penting, cuma bagi saya blogwalking ni memang makan masa so saya kena rancang betul-betul time bila nak blogwalking tu, takut kalau ralit silap hari bulan kerja terbelangkai lepas tu komen macam tak mambantu sangat.
ReplyDeleteAssalamualaikum sis, hi thanks for sharing. Nice tips. Feel free to visit my blog. Newbie here. 👉👈 ridaarjunaida.wordpress.com. Tq.
ReplyDeleteSaye suka jalan jalan kat blog sis Hawa ni.
ReplyDeleteentah! Tak tahu kenape? hmmm ..
Assalamualaikum, saya baru dalam dunia blogging, sedang cari tips berblogging , termasuk ke blog sis hawa. Insyaallah akan merujuk tips2 dr blog sis. Moga kita sentiasa diberkati, InSya Allah
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya baru dalam dunia blogging, sedang cari tips berblogging , termasuk ke blog sis hawa. Insyaallah akan merujuk tips2 dr blog sis. Moga kita sentiasa diberkati, InSya Allah
ReplyDelete