Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Bukti Trafik Melonjak Naik Selepas Blogwalking



Sebaik saja artikel ni siap di tulis aku sempat termenung hampir sejam di hadapan laptop aku ni. Nak publish ke tak ya? Hati dan akal aku ni macam biasa, asyik nak 'berperanggg je' tapi alhamdulillah di hujungnya tetap akan dapat satu kata sepakat yang di panggil KEPUTUSAN. 

Dan di mulai dengan ucap kata Bismillah Hirrahman Nirrahim,.. keputusannya, aku publish!!  Moga-moga keputusan yang aku ambil pagi ini dapat memberi manfaat pada pembaca yang lain, ameen. Aku publish demi menaikkan semangat blogger-blogger baru yang lain, itupun kalau diaorang ada baca laa.

Dipendekkan cerita, sepanjang Januari aku sama sekali tidak blogwalking sebab sibuk cari idea bagaimana nak tampilkan blog ni untuk umum (lepas belajar dari kesilapan lalu). Blog aku sepanjang Januari kelam dan suram di selaputi kabus tebal seperti dalam gambar kat atas tu. 

TRAFIK NUFNANG MENINGKAT

Kini alhamdulillah semakin hari kabus mula menipis sedikit demi sedikit hingga aku boleh bangun untuk terus menapak beberapa langkah lagi ke hadapan. 

Kehadiran pelawat mulai bertambah perlahan-lahan. Walau sedikit bagi orang lain tapi cukup besar dan amat bermakna untuk aku. At least aku tahu yang aku tak hidup dalam 'pekan hantu!'. (Nak tahu apa kisah di sebalik pekan hantu? tekan SINI )

Inilah dia hasil kenaikan trafik untuk blog ni selepas aku mula menanam azam untuk berblogwalking dengan serius pada 29 Jan yang lalu. Boleh tengok sendiri perbezaan yang amat ketara pada 28 dan 29 Jan. Sebaik saja start blogwalking blog aku yang tak seberapa ni mula menerima kunjungan dari blogger yang lain di luar sana (termasuk awak lah... hehe..). Kenaikan trafik melonjak melebihi 100% walau hakikatnya aku baru  saja start berblogwalking selama seminggu.

Trafik Nunffnang meningkat

                                              
Dan pagi ini pelawat sudah mulai singgah ke blog ini samada untuk menyapa selamat pagi secara terang-terangan atau sekadar mahu membaca secara senyap di sebalik selimut.

cara tingkatkan trafik nuffnang

Aku rasa bukti di atas ni sudah terang lagi bersuluh. Bagi blogger baru seperti ku, dengarlah nasihat otai-otai lama dalam dunia blogging ni... kalau mereka kata kena blogwalking, maksudnya kena lah tu. Jika serius mahu majukan  diri dalam bidang blog ni, silalah majukan diri masing-masing untuk kepuasan diri sendiri di masa akan datang.

27 comments for "Bukti Trafik Melonjak Naik Selepas Blogwalking"

  1. Wahh seronoknya.. Tips yang berguna. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy sebab tak duduk di pekan hantu sorang-sorang :D

      Delete
  2. Yup, blogging sangat penting dan jangan lupa jugak tinggalkan jejak untuk sahabat blogger singgah balik blog kita. Happy blogging! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. shoutbox perlu ada pada tiap blog untuk tinggalkan jejak. Happy blogging! :D

      Delete
  3. rajin blogwalking memang banyak faedahnya, saya pun masih berusaha nak memikat google Adsense ni hehe jual mahal dan banyak songeh betul adsense ni hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah... dah 5hari request adsense, baru lepas stage 1. entah ke lepas entah ke idak. Takpe, kalau failed nanti kita cuba lagi. gooduck!

      Delete
  4. Setuju dengan blogwalking sebagai salah satu cara meningkatkan trafik... Alhamdulillah dah meningkat dan semoga terus meningkat...

    ReplyDelete
  5. Tahniahhhh, betul la kena banyak2 blog walking walaupun penat dah nak berjalan haha. tapi best juga baca penulisan org ni sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syed, takpe penat yang akan membuahkan hasil.. kipidap

      Delete
  6. aida percaya dgn kuasa blogwalking.
    memang ada hikmah nyer kita rajin.
    org pun rajin la singgah kunjungan balas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. buktinya sekarang ni juga nak pergi balas kunjungan aida.. :D

      Delete
  7. selamat berblog dear. sikit-sikit lama-lama jadi gunung. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x.. janji ada perkembangan yang lebih positif

      Delete
  8. kena rajin bw.. cuma kekadang masa terhad.. anyway.. selamat maju jaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat maju jaya utk akak jugak. terima kasih sudi jalan sampai ke sini :D

      Delete
  9. akk follow sekali...

    https://notalinice.blogspot.my/

    ReplyDelete
  10. betul-betul. blogwalking ni membantu dari segi naikkan trafik blog + menjana idea nak karang apa kat entri hhahaha. wish you luck ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, blogger terkenal datang singgah ke sini. Malu sis :D

      Delete
  11. wahhhh...tips berguna ni...pasal saya ni agak bodoh sombong sikit..tambah pemalas huhuhu...mulai saat ini saya akan follow cara awak...semoga lebih ramai lagi blogger otai bgi tips bermanfaat untuk saya gunapakai...salam kenal dari saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga. saya bukan tahap otai lagi cuma saya memang suka cari info dan tips tentang blogging. Puan follow je tips dan info inshaaAllah saya yakin akan ada peningkatan

      Delete
  12. Percayalah!

    Blog walking antara Tips Terbaek untuk tingkatkan trafik blog.

    Dari dulu sampai kini memang Tips ni sangat mujarab.

    Mat Saleh pon Blog Walking sesama mereka. Takkan kita tak nak ikot kot.

    Income Adsense mereka lagi lebat dari kita yang stay dekat Malaysia ni ..

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yang sangat baik bg saya yang baru nak mula.

    ReplyDelete