Header Ads

GIVEAWAY PRE-LOVED BUKU 2017

Kalau dah minat suka membaca, hati mana tak tertawan bila lihat buku bersusun cantik macam kat atas tu. Kalau ku dapat, syokkk nya..... aku ni bukan boleh melekat dengan sesebuah buku, kalau dah melekat jawabnya payah dah nak berenggang. Aku sanggup sengkang mata semata-mata excited nak habiskan cepat-cepat. Buku oh buku....

Dan di sebabkan Kim Chaa besar hati nak hadiahkan buku di dalam koleksinya pada para blogger, of course aku ikut serta. Kalau tak join sah-sah takde harapan, kalau join at least ada peluang 50/50. So baik join.. pastu kalah menang itu perkara ke dua..

Syarat yang di minta Kim Chaa ada 6.
#1 - warganegara Malaysia - LAYAK!
#2 - #4 :  follow blog, instagram dan tweeter beliau - DONE!
#5 - buat entry dan backlink semula ke blog beliau - DONE!
#6 - Pilih 2 buah buku yang di idamkan dan beri penerangan ringkas kenapa buku itu yang menjadi pilihan.

Syarat pertama hingga ke lima, alhamdulillah mudah jer tapi syarat ke 6 ni kena bertanya pada hati sedalam-dalamnya.... hehe.. Tak apa bagi memenuhi kehendak penganjur, aku kongsikan sebab musababnya...

******************************

Buku pertama yang menjadi idalam kalbuku adalah Langit Petang dari A.Samad Said.
Kenapa aku pilih buku ni, semestinya disebabkan oleh penulisnya. Siapa yang tak pernah dengar nama Datuk A.Samad Said memang sah-sah kurang gemarkan dunia buku. Beliau yang mula menulis sejak tahun 1955 sehingga kini, memang patut di puji oleh semua. Dan sebagai salah seorang sasterawan negara semestinya aku berbesar hati untuk memiliki dan membaca hasil tulisan beliau.

Dan buku ke dua yang aku idamkan adalah Awek Chuck Taylor dari Nami Cob.
Sebab kenapa aku mahukan buku ini adalah kerana ia menepati genre yang aku baca. Cerita dalam konsep cinta komedi memang aku suka sebab boleh membuat aku marah, suka dan ketawa dalam satu masa. Aku belum pernah membaca sebarang tulisan dari Nami Cob dan siapa tahu aku boleh jatuh cinta dengan jalan ceritanya nanti.

***************************************
Nampaknya semua syarat yang di tetapkan sudah berjaya di penuhi. Bagi yang berminat untuk ikut serta, boleh klik banner di atas. Jom la join ramai-ramai untuk meriahkan majlis, menang kalah belakang kira janji kita semua happy..........


10 comments:

  1. πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌHi ... Singgah dari segmen yang sama ... Jangan lupa join contest kat Jom Bercontest dan singgah jenjalan kat Kisah Hidup Ku ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf lambat blog walking ...πŸŒΈπŸ’“πŸŒΌ

    #jombercontest
    #kisahhidupku

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab join GA :) . minta maaf sebab lambat umum pemenang :) Petang @ Malam nih, saya update pemenang ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAIK.. terima kasih saya tunggu :D

      Delete
  3. Tahniah Hawa..
    http://kimchaa.blogspot.my/2017/03/pemenang-giveaway-pre-loved-buku-2017.html

    ReplyDelete

Powered by Blogger.