Kehidupan Di Syurga Menurut Al-Quran Dan Hadis - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

15 Feb 2017

Kehidupan Di Syurga Menurut Al-Quran Dan Hadis

Image result for syurga

Sebelum tiba ke syurga, manusia akan di kumpulkan di padang Mahsyar. Allah swt akan membentangkan alam ini dan di ratakan. Tiada lagi tempat yang rendah dan tinggi, Padang mahsyar ini teramatlah luas sehinggakan apabila kita menoleh ke kanan tidak akan nampak penghujungnya dan apabila kita menoleh ke kiri tidak akan nampak penghujungnya juga. Di celah-celahnya ada jin dan makhluk Allah yang lain. Ketika pandang ke hadapan barulah nampak penghujungnya iaitu sebuah tempat untuk membuat penimbangan.

Maka, manusia akan di panggil seorang demi seorang. Manusia akan di panggil mengikut nama yang ibu ayahnya beri ketika di atas dunia ini.

Setelah nama di panggil, kita akan berdiri di hadapan tempat penimbangan seorang diri dan saat ini barulah malaikat akan mengambil buku amalan kita yang turun dari tempat simpanannya.  Buku ini di ambil oleh malaikat dalam keadaan bergulung. Terdapat lebih kurang 90 helaian dan setiap helai adalah sejauh mata memandang. Buku itu di buka di hadapan tuannya masing-masing.

Proses penimbangan akan di lakukan secara langsung di hadapan Allah swt sendiri. Tidak akan ada seorang penterjemah pun di antara kita dan Allah swt. Kita sendiri yang akan berdiri di hadapan Nya untuk menghadapi keputusan yang bakal di jatuhkan ke atas kita.

Image result for padang mahsyar

Jika kita banyak berbohong, banyak berbuat dosa terutama jika dosa melibatkan hak  orang lain, maka besar kemungkinan akan menerima keputusan yang tidak baik. Sekiranya kita banyak berbuat baik, seorang anak yang bagus, seorang suami/isteri yang soleh/solehah, seorang muslim yang taat, Inshaa Allah kita berpeluang untuk menjadi salah seorang penghuni di syurga.

Jika berjaya menjadi penghuni syurga, sebelum keputusan di hulur, tangan kanan kita yang akan terlebih dahulu terangkat dengan sendirinya untuk menyambut dan memegang buku itu.

Selepas berakhirnya semua proses penimbangan. Ahli syurga akan berada di sebelah kanan dan ahli neraka akan di tempatkan di sebelah kiri. Lalu Allah akan tarik perhatian semua makhluk untuk melihat ke satu arah di hadapan. Saat ini Allah akan datangkan satu makhluk yang bernama 'kematian'. Kita kena tahu yang semua ciptaan Allah swt ini adalah makhluk. 'Masa' itu makhluk. 'Hidup' itu makhluk. .'Mati' itu juga adalah makhluk. Makhluk yang bernama 'kematian' ini belum pernah di lihat oleh sesiapa termasuk para malaikat. 'Mati' di bawa datang ke hadapan lalu Allah mematikan 'kematian' tersebut di hadapan semua orang.

Apabila 'kematian' telah menemui ajalnya, ...

Lalu berteriaklah seorang malaikat ke arah sebelah kanan.... "Wahai penduduk syurga.. kekalllll lah kalian selama-lamanya".

Lalu berteriak pula seorang malaikat ke arah sebelah kiri.... "Wahai penduduk neraka, kekalllll lah kalian selama-lamanya" kebiruanlah penduduk neraka akibat ketakutan yang amat sangat. Penduduk neraka mula takut kerana tiada lagi mati yang akan mematikan mereka. Mereka akan perlu hadapi semua azab setiap masa setiap saat tanpa henti mengikut jumlah dosa masing-masing.

Maka bermulalah perjalanan di atas titian sirat. Perjalanan saja memakan masa beratus tahun. Ahli syurga akan melangkah dengan kaki kanannya dahulu dan ada yang bergerak selaju kilat, selaju kuda dan ada juga yang selaju berlari.

Semasa hampir dengan pintu syurga, para penghuni syurga akan singgah sebentar di Telaga Kausar. Masing-masing masih lagi saling memegang keputusan dengan tangan kanan. Di sini lah Rasulullah sedang menanti para umatnya. Para penghuni neraka cuba sedaya upaya untuk mendekati telaga ini namun tidak berjaya kerana di kawal ketat oleh para malaikat.

Image result for telaga kausar nabi

 Telaga Kausar ini merupakan anugerah awal daripada Allah swt pada semua manusia yang taat kepadaNya.  Di telaga Kausar inilah kita berpeluang untuk duduk berehat melepaskan penat dan dahaga. Masing-masing saling tersenyum dan saling menyapa antara satu sama lain. Di sini jugalah, jika ada si ibu, si ayah atau si anak yang telah di muliakan dan di angkat terlebih dahulu untuk menjadi penghuni syurga (mati syahid), akan datang berlari-lari mendapatkan ahli keluarganya dalam keadaan yang sangat gembira. Si anak akan berlari memeluk si ibunya, adik beradik akan berlari mendapatkan ibu ayah mereka. Masing-masing saling berdakap dan menangis gembira kerana Allah swt mengizinkan mereka berkumpul semula menjadi sebuah keluarga di syurga. 


Semua bakal penghuni syurga akan meminum air dari telaga nabi ini dan walau ada yang akan tiba selepas jutaan tahun sekalipun di telaga tersebut, bilangan cawan untuk meminum air dari telaga itu tidak akan pernah kurang.  Ini kerana jumlah cawan tersebut adalah seperti banyaknya jumlah bintang di langit. Datanglah selambat mana sekalipun Nabi akan sentiasa menunggumu. Ada yang apabila tiba, Nabi Muhammad SAW sendiri yang menghulurkan cawannya dan ada ketika para malaikat yang akan menghulurkan cawannya. Setelah meminum air itu, hati para penghuni syurga akan menjadi bersih sebersihnya. Allah akan menyembuhkan semua penyakit hati dari dalam diri mereka. Wajah mereka juga akan berseri-seri seperti bulan purnama. Kacak cantik dan bercahaya. Tiada lagi perkara keji di dalam hati masing-masing termasuk lah perasaan cemburu, benci dan iri hati.


Di antara semua nya, Nabi Muhammad saw merupakan orang pertama yang tiba di hadapan pintu syurga dengan di temani oleh Abu Bakar di sebelah kanan dan Omar ra di sebelah kiri baginda. Ketika tiba, pintu syurga adalah dalam keadaan tertutup. Allah swt sendiri yang telah memerintahkan supaya pintu syurga ini sentiasa di tutup sepanjang tahun (kecuali Ramadhan) dan pintu ini hanya boleh di buka di akhirat kelak apabila di minta oleh Muhammad saw. Maka, apabila Nabi Muhammad saw melihat pintunya di tutup, maka di ketuknya pintu itu supaya di dengari oleh malaikat penjaga pintu syurga itu dari dalam. 

Related image


Selepas malaikat memastikan yang pintu itu di ketuk oleh Nabi Muhammad saw, barulah pintu itu tadi di buka. Luasnya sebuah pintu itu adalah seperti jarak antara Mekah ke Busyra atau antara Mekah ke Hajar dan terdapat 8 buah pintu syurga ke semuanya.

(aplikasi canggih hari ini telah dapat membuktikan kesahihahan kata-kata Baginda iaitu jarak antara Mekah-Busyra dan Mekah-Hajar adalah sama)

Ketika berada di hadapan pintu syurga, tubuh yang Allah pinjamkan ini akan di tukar. Allah swt akan tinggikan semua penghuni syurga sehingga 60 hasta dengan lebarnya 7 hasta dan semuanya lelaki dan wanita akan berumur 33 tahun.


Ketika Nabi ingin melangkah masuk ke syurga, baginda meletakkan tangan kanannya di atas bahu Abu Bakar dan tangan kirinya di atas bahu Omar ra. Namun sebelum masuk, tiba-tiba langkah nabi terhenti lalu baginda berpaling semula ke belakang dan merenung ke arah kawasan titian sirat yang sejauh mata memandang. Apabila di tanya kenapa berpaling dan tidak terus melangkah? Baginda mengatakan yang dia ingin melihat kalau-kalau ada umatnya yang terjatuh dari titian sirat. Jika ada Baginda ingin menolong dengan memberikan syafaat pada mereka.


Maka sebab itu kita perlu banyak berselawat ke atas nabi kerana setiap selawat itu akan sampai di hadapan baginda. Apabila ada selawat yang sampai di hadapan Nabi Muhammad saw, Allah SWT akan mengembalikan roh ke dalam jasad baginda supaya baginda dapat menerima selawat itu berserta dengan nama orang yang mengirimkan selawat tersebut kepada Baginda.

Kenapa Syurga Di Ciptakan?

Kita perlu tahu yang Allah swt mencipta syurga adalah sebagai hadiah atas segala ujian yang kita lepasi selama ini. Jika atas dunia kita rasakan beratnya ujian Allah swt maka pastinya balasan atas segala ujian 'yang kita rasa berat tu' sangat istimewa juga. 

Ketika penghuni-penghuni syurga mendiami istana nya di sana nanti, akan ada beribu-ribu hamba yang akan melayani kehidupannya, buat selama-lamanya. Jangan ingat di dalam syurga nanti hanyalah perempuan bertudung labuh, lelaki bertasbih dan orang kerjakan amalan agama semata-mata, tidak!! Apa saja keindahan alam yang ada di dunia akan berada di syurga melainkan perkara yang tidak baik.


Di dalam syurga juga terdapat tunggangan kenderaan. Dikatakan kenderaan ini teramatlah laju. Ini kerana syurga itu teramatlah luas. Di fahamkan, bumi ini di selaputi langit sebanyak 7 lapis dan selepas lapisan langit ke tujuh itulah terdapatnya syurga. Syurga juga terdiri dari 4 lapisan dan syurga yang terbaik sekali bernama Firdaus, di sinilah tempat tinggalnya Nabi Muhammad saw, para Rasul dan para sahabat. Di atas syurga Firdaus lah tempat terletaknya arash Allah saw dan akan terdapat sebuah sungai yang mengalir turun dari arash Allah swt ke dalam syurga Firdaus. Walau syurga terdiri dari 4 lapisan namun semua penghuni syurga dari setiap lapisan boleh melihat arash Allah swt pada bila-bila masa (dari neraka tidak akan nampak arash Allah swt).


Akan datang juga satu peristiwa nanti apabila semua penghuni syurga akan di kumpulkan oleh malaikat untuk kita melihat sendiri akan zat Allah Yang Maha Besar. Ketika di perlihatkan, semua penghuni syurga akan tunduk menyembah Allah swt.

Image result for bidadari surga

Di dalam syurga juga akan tinggal para bidadari. Para bidadari ini adalah manusia-manusia cantik yang Allah ciptakan seperti wujudnya Nabi Adam (tiada ibu dan tiada bapa). Mereka ramai dan sangat suci. Mereka tidak pernah memandang mana-mana lelaki. Mereka juga tidak pernah sesekali di sentuh oleh mana-mana lelaki dan mereka juga tidak berpeluh, tidak membuang air besar, tidak membuang air kecil dan mereka tidak meludah. Diriwayatkan jika seorang bidadari memalingkan wajahnya ke atas muka bumi ni, nescaya harum semerbak seluruh alam ini. Dan jika bidadari meludah ke dalam laut yang masin nescaya air laut tersebut akan bertukar menjadi tawar. Allah akan berikan 2 orang bidadari untuk setiap seorang lelaki yang soleh.

 Dan, para bidadari ini sebenarnya sudah pun tahu siapakah lelaki soleh yang bakal mengahwini mereka di sana kelak. Mereka sentiasa memerhatikan bakal suami mereka dari atas sana dan seandainya lelaki tadi telah berkahwin dan si isteri di dunia ini berbuat zalim terhadap lelaki tersebut, para bidadari akan menyerkah wanita tersebut dari atas sana kerana tidak menjaga suami mereka dengan baik. Bidadari ini walau sudah di tiduri oleh suaminya di syurga kelak, mereka akan tetap akan di selaputi oleh dara semula untuk melayani kehendak suaminya.

Bolehkah seorang lelaki berseronok siang malam pagi petang dengan bidadarinya? 
Jawapannya Ya boleh! 

Ini kerana, di dalam syurga nanti, kita tidak perlu lagi untuk tidur, tidak perlu lagi solat, tidak perlu lagi untuk berpuasa, tidak perlu lagi bersedekah, tidak perlu lagi menunaikan haji, semua itu tidak perlu. Apa yang perlu hanya lah berseronok, bersiar-siar dan semua perkara baik yang ada atas muka bumi ini akan turut berada di sana termasuk urusan berjual beli. Cuma bezanya, di sini urusan berjual beli dilakukan dengan melibatkan wang ringgit tapi tidak di sana. Di syurga, dengan nama Allah Yang Maha Kuasa, kita bisa mendapatkan apa saja yang kita suka. Shopping free kata orang dan Allah akan pastikan kita akan dapat apa saja benda baik yang kita berkehendakkan. Jika kita mahukan anak sekalipun Allah akan perkenankan cumanya anak kita lahir dan akan terus membesar menjadi dewasa untuk menjadi seorang anak yang soleh/solehah pada kita. Bagi yang tiada anak tu, nanti boleh dapatkan zuriat di syurga yang semestinya baik dan kekal bersama selama-lamanya.

Habis, jika para lelaki di hadiahkan bidadari, bagaimana pula dengan para wanita dari atas dunia ni? Bagi wanita solehah yang berjaya menjadi penghuni syurga, tak perlu risau kerana Allah swt itu maha adil. 

Sekiranya bidadari itu cantik, harum, baik, dan mampu membuatkan suami-suami soleh mereka gembira maka para wanita solehah ini akan lebih bagus dari bidadari tersebut. Ini kerana wanita-wanita penghuni syurga ini akan di angkat oleh Allah swt untuk menjadi ketua-ketua pada sang bidadari. 

Related image

Ketua-ketua bidadari jauh lebih cantik, lebih wangi, lebih mulia dan lebih jelita dari si bidadari tadi. Ini bermakna wanita solehah atas muka bumi ini, jika berjaya menjadi penghuni syurga akan jauh lebih istimewa dari si bidadari tadi. Kita tidak perlu risau kerana tidak akan ada rasa cemburu di dalam hati lagi ketika berada di syurga kelak. Semuanya akan hidup aman dan damai dalam keadaan yang sihat, cantik, bersih, wangi, seronok, indah dan lain-lain perkataan yang seangkatan dengannya.

Apa yang pasti, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Jadi jika seandainya kita tidak berjaya mendapat suami/isteri yang baik seperti yang di dambakan... jangan risau dan bersabarlah selagi termampu kerana di sana kelak akan adanya pasangan untuk kita hidup bahagia buat selama-lamanya.

Ameen....

Jika mahukan info yang lebih mendalam tentang isu syurga ini, bolehlah dengar secara terus melalui Youtube DI SINI

Related image

Moga dapat beri manfaat pada kita bersama. Inshaa Allah.. 

8 comments:

  1. Baca untuk peringatan dan muhasabah diri atas kekurangan diri ini... Ya Allah jadikan syurga kediaman terakhir ku... amin...

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg sngt bagus untuk semua. semoga syurga tempat kita. amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen, sama-sama kita berusaha ke arah itu. Tapi bagus juga bila dapat tahu secara terperinci macam ni kan

      Delete
  3. Allahu.. Tidak dapat digambarkan saat di padang mahsyar. Semua amalan akan dihitung, tidak akan terlepas sedikitpun.

    Semoga syurga milik kita semua. Amiin

    ReplyDelete
  4. subhanallah. semoga kita menjadi ahli syurga di akhirat kelak. aminn.

    ReplyDelete

Post Top Ad

Responsive Ads Here