Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kelebihan Menghalalkan Hutang


"Kalau dia tidak bayar... aku halalkan dunia akhirat."

Ayat di atas bukan semua orang boleh ucapkan. Ye lah orang berhutang dengan kita beratus dan beribu, ingat mudah ke nak halalkan? Marah, sakit hati dan kecewa akan sentiasa berada di hati. Masa nak meminjam lembut gigi dari lidah, depan kita bukan main baik sangat tetapi lepas kasi pinjam tengok muka kita pun tak nak. Kalau jumpa siap lari jauh-jauh macam kita ni pembawa wabak yang sangat berbahaya.

Tetapi alhamdulillah masih ada rupanya insan-insan yang boleh menerima perkara ini dengan baik dan sanggup menghalalkan hutang tersebut seandainya dia telah meninggal kelak. Kenapa? Apakah kelebihan menghalalkan hutang ini? Sebelum memberitahu kelebihan menghalalkan hutang, ingin aku cerita sedikit keadaan bagi orang yang berhutang dulu ya. Senang-senang minta orang halalkan mana boleh. Tak patut macam tu kan?



Situasi pertama:
Samad meminjam tunai sebanyak RM3,000 dari majikannya, Encik Kamal dan selepas mendapat duit tersebut, Samad terus ponteng kerja dan berpindah ke tempat lain untuk lari dari di tuntut hutang. Rupa-rupanya Samad memang sudah merancang dari awal untuk tidak membayar hutang tersebut. Bagi Samad majikannya itu sudah kaya raya, ada rumah banglo, ada kereta mewah jadi setakat RM3,000 apalah sangat. Bagi Samad, sudah tentu majikannya itu tidak akan jatuh bankrup hanya kerana hilang RM3,000.

Situasi ke dua:
Minah mahu membeli satu set pinggan mangkuk yang berharga RM500 daripada Salwa tetapi dia tidak mempunyai wang tunai yang banyak, maka Minah mengambil keputusan untuk berhutang dengan kadar bayaran RM50 sebulan. Minah memang berniat untuk membayar hutang Salwa itu tetapi Minah sering kali terlupa.


Kes pertama dan ke dua adalah sama iaitu BERHUTANG. Cuma yang membezakan adalah Samad memang berniat untuk tidak membayar hutang manakala Minah memang berhajat untuk membayarnya cuma dia sering bersikap lewa sehingga terlupa untuk membayar hutang tersebut pada masa yang telah di persetujui sebelum ini.

Situasinya sekarang adalah Encik Kamal sama sekali tidak tahu bagaimana untuk menjejaki Samad manakala Salwa bila-bila masa boleh berjumpa dengan Minah. Maka Encik Kamal boleh mengambil keputusan untuk menyerahkan segalanya kepada Allah swt dan Encik Kamal boleh berniat di dalam hati bahawa sekiranya Samad tidak mencarinya untuk membayar hutang tersebut maka Encik Kamal akan menghalalkan setiap sen yang di di hutang oleh Samad terhadapnya itu.

Berbeza dengan situasi Salwa, walau Salwa ingin menghalalkan juga duit tersebut tetapi di sebabkan Salwa tahu bagaimana untuk menghubungi Minah, maka Salwa harus membantu memperingati Minah untuk menjelaskan hutang tersebut dari masa ke semasa.

5 perkara utama yang perlu kita tahu tentang hutang ialah:

1- Apabila si penghutang berniat untuk sama sekali tidak mahu membayar hutang tersebut dek kerana si pemberi hutang adalah seorang yang kaya raya maka hukumnya adalah haram.

2- Penghutang terpaksa mencari si pemberi hutang di celahan makhluk Allah swt ketika berada di Padang Masyhar nanti. Hadis Bukhari ada mengatakan yang... "Roh seseorang yang mati syahid itu akan tergantung antara langit dan bumi selagi hutangnya tidak terbayar". Itu roh orang mati syahid, habis kita ni? Ini bermakna hutang dengan Allah swt kita boleh bayar dengan cara bertaubat nasuha tetapi hutang kita sesama makhluk adalah cukup berat dan membebankan jika tidak di lunaskan serta merta. Hutang kita dengan Allah swt dan hutang kita dengan sesama makhluk adalah daripada dua kategori yang berbeza dan bukan semudah itu untuk 'membersihkannya'. Selagi hutang kita tidak dihalalkan maka syurga akan semakin menjauh dan neraka akan semakin mendekat.

3. Perjalanan si pemberi hutang akan terganggu dengan kehadiran si penghutang yang tidak putus-putus menganggunya di padang Masyhar nanti. Si penghutang akan bergantung di kaki si pemberi hutang, meminta, merayu, meratap, memohon agar dihalalkan setiap sen dari hutang tersebut. Jika dia tidak halalkan maka si penghutang akan terus bergantung di kakinya kelak kerana inginkan kemaafan.

4. Seandainya si pemberi hutang berniat untuk menghalalkan hutang terbabit ketika dia masih hidup, maka Allah swt akan jadikan ia sebagai saham ketika di akhirat kelak. Allah swt boleh menolak hutang kita dengan Nya (hutang tidak solat, tidak puasa dan sebagainya) dengan menggunakan hutang yang telah kita halalkan itu.

5. Ada ulama mengatakan memberi hutang adalah lebih afdal daripada memberi sedekah dan pahala memberi hutang adalah lebih baik dari pahala bersedekah.


Suka di ulang sekali lagi.... seandainya si pemberi hutang menghalalkan hutang tersebut maka ia boleh di gunakan untuk meringankan hutang si pemberi hutang tadi dengan Allah swt. 

Mana tahu, si penghutang itu ada hutang puasa, hutang solat dan lain-lain dengan Allah Taala. Jadi seandainya hutang yang telah di beri itu sudah lama dan jika tidak dapat kembali duit tersebut pun kita masih boleh tinggal dengan senang, cukup makan dan pakai maka ada baiknya kita berniat untuk terus menghalalkannya. Setidak-tidaknya ia boleh membantu meringankan azab kita di akhirat kelak. Tak guna simpan api kemarahan dalam diri lama-lama sebab dendam ni tak elok di bawa sampai ke mati.


Dan jika ada yang membaca artikel ini masih mempunyai hutang yang tidak di jelaskan, silalah cari para pemberi hutang yang telah membantu anda. Sekiranya si pemberi hutang telah meninggal dunia, maka carilah pewaris-pewarisnya.

 Anda rasa blog ini bagus dan bermanfaat? Jika YA, jadilah salah seorang followers blog ini  >> DI SINI << sebagai tanda support. Terima kasih.


14 comments for "Kelebihan Menghalalkan Hutang"

  1. Ya Allah..rasa terinsaf kejap :'( .. Thanks sis Hawa mengingatkan saya tentang hutang piutang nih..

    AMERZING (New Post) || https://ameridzuan.blogspot.my/2017/02/be-interesting-blogger.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita saling ingat mengingati...betul tak... (nnti sis singgah blog amer)

      Delete
  2. moga dijauhkan drp hutang yg xberbayar...mudahah2an..
    rasa cam nk tempah mua blog kite jer...tahu dr blog anies..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa yang tempah untuk bulan ni akan di beri diskaun RM5, kalau nak boleh hubungi sis di facebook atau email... :D

      Delete
  3. Jadi jika kita sebagai pemberi hutang sebaiknya halalkan sajalah kepada mereka yg lupa atau memang berniat tak nak bayar. Kesian padanya. Cuma kalau kita berhutang sebaiknya bayarlah jgn kelak merayu melutut di Padang Mahsyar.. na'uzubillahiminzalik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x.... bila halalkan setidaknya dapat bantu diri sendiri di sana kelak

      Delete
  4. Mesti Sis dah mula nak halalkan orang yang hutang dengan Sis kan... Kerja mulia tu... Takut dah halal nanti datang balik pula buat hutang lagi kan... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kita niat halalkan dengan Allah, diaorg bukan tau... :D

      Delete
  5. elsa masih tak terbuka hati untuk halalkan hutang yang sampai rm1000. bila teringatkan balik nangis je :'(

    ReplyDelete
  6. Kadang2 niat kita ni baik sebab nak bantu orang. Tapi tak kena bayar balik pula. Nak tengok takde duit, siap melancong pula.

    Patut orang yang berhutang ni malu kan.. tapi dah terbalik. Kita yang segan nak minta hutang. Huhu

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum sis..akak ada buat loan dgn bank tuk bantu kawan..dlm 37k jgk lah sbb kawan ni mnta tolong sbb dia nak bayar kerja2 construction dia...tp dah 3 tahun..ada dia call bgthu masih xdapat nk bayar..akak pun ckplah..xpelah kalau xmampu akak halalkan..ikhlas..tp akak ada ternampak dia upload makan bsama famly di sbuah restoran mewah dan bercuti bsama famly..nampaknya hidup dah senang..peliknya hutang akak xbayar2 spi skg..kategori macamna tu ye..sakit hati jgklah..akak masih ada 7 tahun lagi tuk loan yg akak pinjam sbb nk tolg dia..bolh x beri cadangan apa patut akak buat..tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak. susah juga keadaan begini, tak ubah macam di telan mati mak dan di luah mati bapa. Jika saya berada di tempat akak, saya akan berdepan secara bersemuka di depan dia dan pasangan untuk meluahkan segalanya dari hati ke hati. Cakap terus terang, pada mulanya berniat nk halalkan hutang dengan ikhlas tapi rasa ikhlas dah mula menipis bila nampak makan di restoran mewah dan cuti dengan family, sedangkan akak sendiri masih perlu berdepan dengan bank untuk selesaikan hutang yang bukan utk kepentingan akak sendiri pun. Semoga dengan cara ni, pihak di sana tahu apa yang akak rasa dan akak sendiri dapat kurangkan rasa serba salah antara nak halalkan hutang dengan rasa sakit hati yang mula timbul bila lihat gaya hidup pihak di sana yang seakan semakin senang. Kadangkala, apa yang kita nampak dengan mata tak gambarkan keadaan sebenar. Berdepan dan bercakap tu lagi baik untuk elak segala salah faham. Moga urusan akak dipermudahkan.

      Delete