Header Ads

Langsir Express Versi Sis Hawa

Percaya atau tidak, alhamdulillah aku telah berjaya membuat langsir hanya dalam masa 30 minit sekali pasang (kalau guna mesin jahitlah). Idea ni tercetus dek kerana anak-anakku yang suka sangat bermain sembunyi-sembunyi di balik langsir yang hampir mencecah paras lantai kat rumah ni. Kalau setakat main saja takpe tapi di tariknya langsir sampai nak tercabut cangkuk di rail langsir tu. Hai lah anak.. nak marah dah memang itu kelakuan sebagai seorang kanak-kanak yang sedang membesar, jadi cuma boleh tegur je lah dengan baik. (aku dulu main lagi ganaz.. budak kampung lah katakan..haha).

Aku pun merenunglah rail langsir tu dengan penuh perasaan. Berdialog aku seorang diri..
"kalau lah aku boleh 'gam' terus langsir tu di tingkap, kan senang. Tak payah nak tercabut-cabut bagai..." Haa lebih kurang macam tu lah dialognya dan ting! tetiba datang satu idea.

Nak tahu apa ideanya? Kenalah baca sampai habis....

BAHAN-BAHANNYA;
KAIN COTTON
REBEN KAIN 
BENANG
MESIN JAHIT @ JARUM TANGAN








Senang dan mudah je kan? Ikat terus so tak de la nak tercabut ke apa. Bagi yang tak ada besi rail langsir boleh terus ikat pada penghujung besi grill tingkap. Kalau nak lagi cantik, boleh olah letak reben warna warni ke apa, terserah atas kreativiti masing-masing.



Nak tengok design blog yang comel dan murah? KLIK SINI
Nak cantikkan popular post? KLIK SINI
Nak tahu bagaimana ALLAH SWT menjawab pertanyaanku? KLIK SINI
Untuk sekat si copycat, KLIK SINI
 

2 comments:

  1. Untung pandai menjahit... kreatif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pandai pun, baru terjebak dalam dunia mesin jahit ni beberapa bulan lepas je.. baru nak mula berjinak-jinak

      Delete

Powered by Blogger.