Lifestyle Seorang Blogger (Part 1) - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

3 Feb 2017

Lifestyle Seorang Blogger (Part 1)



JANUARI 2017

Bermulalah perjalanan aku sebagai seorang blogger sepenuh masa bersama Blog Sis Hawa. Sebelum ini aku pernah kecundang dari dunia blogging, bukan salah sesiapa melainkan aku sendiri yang tidak dapat memberi komitmen. Aku tak cukup dari segi masa dan idea.

DULU,
Aku ingat menjadi blogger ini mudah, seronok dan ada class. Tapi sebaik saja aku mula berblogging, semakin hari aku semakin ketandusan masa dan idea hingga selepas beberapa tahun blog aku semakin menyepi, menyepi dan terus menyepi dari melahirkan sebarang entry. Aku tewas dengan diriku sendiri!

TAPI,
Hari ini aku sangat bersyukur. Dengan segala kenangan dan pengalaman yang telah aku lalui dulu, kini aku sudah bersedia sepenuhnya. Walau aku masih ada banyak kekurangan namun sekurang-kurangnya aku ada sedikit pengalaman. Dan aku sudi kongsikan khas untuk blogger baru seperti aku!!

Mulai hari ini Inshaa Allah aku akan cuba kongsikan perjalanan aku sebagai seorang blogger, bagi yang masih tekapai-kapai boleh follow apa yang aku buat. Seperti yang aku katakan tadi, aku masih banyak kekurangan dan aku sendiri tidak tahu apakah 'perkara' yang aku sedang buat ini boleh memberi manfaat pada orang lain atau tidak, namun yang penting aku buat semua ini dengan niat yang baik.

Ok... perkara pertama yang perlu di buat untuk menjadi seorang blogger ialah....


Image result for aku siapa? IMAGE
MENGENALI DIRI SENDIRI
Ya! Aku perlu mencari apakah perkara utama yang mahu aku keluarkan dari diri aku ni ke dada blog. Aku suka menulis tentang apa??! Itulah yang perlu aku tulis.... Tak kan aku nak copy paste dari blog orang kot? Ishhh.. mana boleh...

Selepas berdialog dengan diri sendiri selama beberapa hari, akhirnya fikiran dan hati aku mencapai kata sepakat untuk menulis sebuah blog dengan tema lifestyle...

" Kenapa? Kerana aku rasakan hidup aku memang ada kelainan dari orang lain. Yelah, aku kahwin dalam usia 20 tahun (kahwin muda), sekarang perkahwinan dah mencecah 15tahun (boleh teka umur sis berapa), dah punya lima orang anak (semuanya lelaki), aku menjaga dan menyusu semua anak-anakku sepenuhnya, aku dan suami suka berkraf (buat perabot dan barangan rumah sendiri), aku juga suka menulis dan design blog."

Jadi di blog ini aku akan kongsikan kisah wanita, kisah rumahtangga, kisah keibubapaan, kraf deko, kisah sara hidup dan design blog. Aku turut mahu selitkan kisah agama untuk memperingati diriku sendiri.

Rasa-rasa ada yang akan follow dan baca tak? Inshaa Allah, jika kita ikhlas menulis dan rajin, pasti ada yang sudi membacanya.

Tips: Selami diri sendiri dan cari beberapa tajuk besar utama yang kalian nak kongsikan di blog.

  




2 comments:

  1. Insha Allah..apa kita tulis tu ada manfaat pada orang kalau tujuan kita menulis tu baik..

    p/s : untungnya muda-muda anak dah besar. kita ni hampir sebaya tapi masih mereput hidup membujang.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti smpai la mr.right yang di tunggu tu...

      Delete