Lifestyle Seorang Blogger (part 2) - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

5 Feb 2017

Lifestyle Seorang Blogger (part 2)


Part 1 dah settle, so now aku boleh teruskan misi ke atas blog yang aku dah create ni. (Bagi yang tak tahu bagaimana nak create blog, boleh ikut tutorial di SINI

Kini tibalah masa untuk aku pakaikan baju pada blog aku ni. 'Baju' yang di pakai oleh blog di panggil Template. Masa daftar blog, aku memang tahu blogger dah siapkan pelbagai pilihan untuk template asas, tapi aku lebih suka design guna imaginasi aku sendiri.

Bila bercakap soal template, aku teringat masa mula-mula berblog dulu. Aku cukup suka tengok blog orang lain yang lawa-lawa. Dalam hati memang jeles habis, tapiiii bila buka je bahagian code html template tu, aku terus rasa macam nak pitam! Mana awal, mana pangkal, aku pun tak tau.

Sebab tu, sampai sekarang ni aku cukup respect pada mereka-mereka yang berjaya pecahkan kod html tu semua. Serius aku cakap, semua tu bukannya mudah. Jangan kata tertinggal satu ayat, tertinggal satu huruf je dah boleh buat seluruh template tu lesap. Kalau tak percaya try tengok buang mana-mana part secara random, aku gerenti akan error. Hehehe. (So, pada yang tak arif lagi bab bab code template ni, sis nak bagi nasihat baik janganlah cuba-cuba ya, kang tak pasal susah payah mengedit last-last kena back to basic semula. Tak ke naya)

Perasaan cemburu tu lah yang membuatkan aku berhajat tinggi untuk pecahkan code template ni. Aku tak ada cikgu yang khusus, jadi aku belajar dari blog-blog tutorial macam Lyssa Faizureen dan JomBinaBlog. Dua blog ni memang glamour habis la, aku ni? Ahakss... jauh laksa dari kuah (tetiba teringin laksa.. )

Aku belajar dengan cara hentam kromo. Aku buat dua blog, satu untuk aku cuba tutorial dan satu lagi yang sememangnya blog yang aku publish untuk umum. Blog ke dua yang tak di publish ni di panggil blog dummy.  Kalau error request balik pada template yang blogspot sediakan. Tak la frust sangat sebab tu blog dummy je pun. Aku buat dan buat sampai jadi dan alhamdulillah semakin lama aku semakin seronok dengan dunia tutorial blog ni. Tapi masalahnya aku tak punya banyak masa terluang masa tu... cobaannnnn

Apapun, yang pasti.... Kini aku kembali sebagai seorang blogger sepenuh masa, yahoooo.... Eh melalut plak,....

Back to the topic! Lain blog lainlah 'bajunya' dan ia boleh mencerminkan identiti seseorang blogger tersebut.

Sama macam awak tengok orang sekeliling lah... ada yang pakai baju kurung, baju kebaya, seluar. Tiap pemakaian boleh mencerminkan identiti pemiliknya. Kalau pakai warna merah ang ang, haaa memang jiwa berani lah tu!! Kalau pakai warna pink pink, mesti jiwa gegurl dan kalau warna pastel pemiliknya pasti sentimental. Aku suka warna apa? Entahlah, aku pakai apa yang kena ngan mood aku untuk aritu (memang jenis tak tetap pendirian sebab tu template blog asyik berubah..haha)

Apapun warna yang nak di letak, aku tahu aku kena pastikan jangan sesekali lari dari perkara-perkara asas. Sama juga macam aku kenakan pakaian ke tubuh, ada perkara-perkara asasnya yang aku tak boleh tinggal sama sekali, opsss..tutttttt..

Perkara asas utama bagi blog ialah, aku kena pastikan blog aku mudah untuk di baca. Kalau aku sendiri tengok blog aku berserabut inikan pula di mata orang lain.

Dalam mendesign blog, bukan aspek cantik saja yang di ambil kira. Kemas, mudah dan teratur sebenarnya yang menjadi kunci penting bagi sesebuah blog. Aku sedar, kalau aku pilih font (tulisan) yang ntah apa-apa, pusing sana pusing sini sebab kononnya nak nampak lawa,... tapi bila baca, ya ampunnnn..... nak eja pun kena renung dulu? jawabnya sah-sah la blogger lain yang datang singgah terus blah dari blog aku.... oh tidak!! Penat lelah fikirkan entry dan menaip, pastu aku jer yang baca sorang-sorang?!! Apa ke he? Bukan berdunia dengan blog lah kalau macam tu.. Baik tulis dalam buku pastu suruh laci je yang baca... :(

Perkara ke dua yang aku kena ambil berat ialah pada soal pemilihan warna. Aku masih ingat tips yang di beri oleh blogger-blogger lama di dalam tutorial mereka, "Jangan pilih warna terang sangat, ssakit mata nak baca. Jangan pilih warna pudar sangat, tak nampak nak baca." Haaa... jelas lagi nyata tips yang diaorg kasi jadi semestinya aku follow tips tu dan hasilnya adalah apa yang awak nampak di blog ni pada hari ini.

Cantik ke idak? Itu soal no 2, janji mudah di baca.... tak gitu?


TIPS:
* Elakkan pilih font yang pelik. (Times New Roman, Arial, Verdana, Calibri antara pilihan font terbaik.)
* Pilih size font yang sesuai (size 12 - 16)
* Kena pilih warna font yang mudah untuk di baca.
* Perlu pastikan latar belakang body post tepat dan sedap mata memandang. 

"Ohya, sebelum sis terlupa, bagi yang tak suka bermain dengan code template ni, awak boleh guna FREE TEMPLATE yang sis dah siapkan ni dan kalau awak nak lebih cantik dan personal, boleh juga guna khidmat sis untuk designkan baju untuk blog awak tu sepenuhnya. Tak mahal ok, sis cuma caj antara RM15 - RM25 ajer..."






COMING SOON

11 comments:

  1. cantik blog awak ni..keep it up! semoga berjaya dalam dunia blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog sal pun apa kurangnya... topik travel best tu. keep it up utk sal jugak.. :D

      Delete
  2. Saya singgah dam follow blog ni ye. jemput la melawat blog saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... dah balas kunjungan dan follow.. teruskan menulis ya, cantik blog awak

      Delete
  3. First time masuk blog responsive template yang comel dan meriah. Hehehe. Blog mai okay tak? Selesa tak pembaca nk baca?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mai. sis main buat je apa yang sis rasa okay mai oi.. janji perkara asas tu tak lari & blog mai ok sangat. senang je nak baca.. teruskan menulis tau, sis dah follow mai jugak tu

      Delete
    2. Terima kasih pendapat sis hawa :D

      Delete
  4. SPREAD THE GOOD VIBES https://ameridzuan.blogspot.my/2016/11/stop-labeling-start-living.html

    ReplyDelete

Post Top Ad

Responsive Ads Here