Penyertaan Bloglist Blog Farhana Jafri - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

11 Feb 2017

Penyertaan Bloglist Blog Farhana Jafri


Kelmarin (10.Feb) aku telah di tag oleh Cikgu Syed untuk sama-sama join GA ni. "Terima kasih cikgu!!" terima kasih sebab ingat kat blog sis ni.

Di sebabkan syarat yang di minta pun teramatlah mudah, so apa salahnya join sekaki kan? Mana tau ada rezeki.


Syarat-syaratnya;

1. Follow blog Farhana Jafri - DONE!!
2. Buat satu posting ringkas mengenai Perjalanan Sebagai Seorang Blogger - DONE!!
3. Tag 3 orang blogger yang lain - DONE!!
4. Copy banner di atas dan backlink kan semula ke blog Farhana - DONE!!
5. Letakkan link posting di bahagian komen - DONE!!


PERJALANAN AKU SEBAGAI SEORANG BLOGGER

Terus terang aku memang minat menulis. Minat sangat-sangat sejak zaman sekolah lagi. Mula dulu aku cuma tulis di diari tapi lepas tu rasa macam tak sedap jer, so aku mula merangkak ke blog. Kalau tak silap masa tu tahun 1997. 

Minat aku dalam menulis memang kuat, tapi sebaik saja melangsungkan perkahwinan pada tahun 2001, maka aku sudah mula kurang melepaskan perasaan di dada blog aku tu. Ye lah dah ada orang tersayang kat sebelah kot. Di tambah dengan anak-anak aku semakin slow walau dalam hati rindu yang amat sangat pada teman-teman rapat di blog.


Start tahun 2011, hidup aku alhamdulillah sudah tidak sesibuk dulu dengan anak-anak yang sudah makin membesar. Tapi masa tu aku masih tak dapat luangkan masa di blog sebab terlalu suka follow cerita Korea secara online. Asyik nak tonton drama je bila masa nak menulis? Itu sangkaan aku namun minat aku yang satu ni memang tak boleh di pisahkan begitu saja.

Aku kembali menulis tapi bukan di blog, aku mulakan penulisan semula di dada fanfics. Aku menulis cerita fiksyen di sana bermula tahun 2015 (hingga kini). Alhamdulillah sudah ada 4 karya yang brjaya aku publish dan tamatkan di sana untuk melepaskan gian aku pada penulisan.

 




(Antara karya aku di dada fanfics)


Sejak itu, aku rasa aku kena menulis tapi sayangnya dada fanfics lebih pada penceritaan, jadi di mana harus aku kongsikan kisah hidup dan lain-lain? Apa lagi kalau bukan BLOG.  Malangnya password lama blog aku entah ke mana. So, nak tak nak aku kembali sebagai seorang blogger yang baru dengan blog yang baru. 


3 rakan di tag:


2 comments:

  1. hehehe sama-sama sis! tak sangka sis menulis cerita rupanya! patutlah ayat-ayat sis teratur dan sedap je dibaca hehe teruskan berblogging :)

    ReplyDelete