Header Ads

Potato Wedges Rangup Ala KFC

Ubi kentang kat rumah aku ni memang tak pernah putus stok, bukan saja sebab harganya yang murah (1 guni kecik tu RM3.90) tapi juga di sebabkan anak bongsu aku cukup suka dengan kentang.

Boleh di katakan hari-hari mesti akan terselit ubi kentang dalam menu. Sama ada di letak dalam sup, kari dan lain-lain.

Tapi tu lah, kalau dah hari-hari asyik dengan cara masakan yang sama jer, of course jemu beb! So sebagai ibu aku cuba pelbagaikan menu dengan si kentang ni. Salah satu daripadanya, buat wedges.


Ini wedges yang aku buat khas untuk anak-anak. Alhamdulillah sekarang tak perlu beli wedges dari pasaraya lagi, secara tidak langsung dapat jimat kos dapur. Bagus kan? Makan pun rasa makin happy sebab buat sendiri dengan penuh kasih sayang dan semestinya tiada apa-apa bahan sampingan yang kita tak sure.

Bahan-Bahan:
Ubi Kentang 
Telur
Tepung goreng ayam (tak kisah jenama apa pun)
Sedikit serbuk lada hitam (jika suka)
Bread Crumbs (serbuk roti)
Minyak untuk menggoreng


Langkah-langkah nya ialah.......................



Bersihkan ubi kentang dan potong kepada 8 bahagian (bentuk wedges). Jangan buang kulit ya. Kemudian rebus sehingga empuk.




 (breadcrumbs ada dua jenis tau, satu warna gold untuk salut nugget, satu lagi warna putih. Beli yang warna gold ye)


Sedap di makan panas-panas bersama sos dan mayonis.

Sis juga ada cara untuk buat nugget ala-ala KFC dengan menggunakan ubi kentang juga, nanti sis akan sharekan resepi nugget tu di next entry, Inshaa Allah

14 comments:

  1. Bestnya.. Anak Sha pun suka makan kentang.. nanti boleh Sha cuba..

    ReplyDelete
  2. Bestnya. Memang lagi berbaloi buat sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL3X.... belanja tak banyak tapi boleh makan sampai puas

      Delete
  3. lapar...sedapnya sis, nak juga =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak terpaksa kena buat sendiri yang... hehe

      Delete
  4. Boleh buka kedai kat depan rumah ni.... kalahkan KFC... Budak2 asal dapat makan macam dalam KFC pun dah suka sangat walaupun buat sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak-agak laku tak kalau jual ni? hehe

      Delete
  5. Akhirnya bisa keliatan juga Poto cantik makanan nih. Maknyus, bikin laper..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ma kasih ya sudi datang ke sini... nanti boleh di coba ini resepi

      Delete
  6. wahhhh ada tambah bread crumbs ya sis. nice juga resipi ni! hehehe tapi saya tak suka part nak gaul2 dengan telur tu sebab dia melekat (Sebenarnya malas)haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe... syed boleh guna tepung yang tak payah pakai telur macam syed guna tu.. cuma tambah breadcrumbs jer untuk lagi rangup.

      Delete

Powered by Blogger.