Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

RUNNINGMAN Di Hentikan ??





Itulah berita yang telah semakin panas di perkatakan oleh para peminat KShow (Korea Show). Terus terang berita ni aku sambut dengan perasaan yang biasa. Kenapa 'biasa' sedangkan aku sudah follow RM sejak episode 1? Ini kerana aku menjadi sedikit tawar hati setelah Gary dibenarkan keluar dari RM secara tiba-tiba.

Hilang seorang ahli, bermakna kurang jugalah gelak ketawa di dalam RM. 7tahun mereka bersama ini bermakna 7tahun juga penonton menyokong mereka (termasuk aku) dan tiba-tiba seorang pemain di benarkan keluar secara terus? Oh tidakkk... itu satu keputusan yang silap. Pihak penerbitan telah tersalah langkah dengan mengeluarkan seorang pemain.

Memang dulu RM bermula dengan 8 orang dan selepas itu Joong Ki telah keluar kerana komitmen terhadap bidang lakonan tapi aku tak terasa sangat sebab Joong Ki memang lebih sesuai di layar perak.

Masalahnya Gary ada satu peranan yang besar di dalam RM. Kita kena tahu yang setiap orang ada alasannya yang tersendiri kenapa mereka follow siri RM ni dan terus terang aku ikuti RM kerana Gary dan JiHyo (Monday Couple) dan apabila Gary beredar ini bermakna sudah tiada lagi Monday Couple. Tanpa Gary maka hilanglah pengikut kepada Monday Couple (termasuk aku), walau hakikatnya aku sentiasa menonton mereka setiap minggu secara online sejak 7 tahun yang lepas

Tapi aku tak sangka mereka akan hentikan terus... aku ingat akan kembali follow dengan rapat sekiranya pihak penerbitan mencari seseorang untuk mengantikan tempat Gary untuk bergandingan di sisi JiHyo.

Gary... beliau seringkali di usik tidak hensem. Malah HaHa memanggilnya dengan gelaran sotong kering tapi dia tetap masih boleh tersenyum walau gurauan tersebut nampak kasar. Semua ini demi peminat RM yang mahukan gelak ketawa bersama keluarga di hujung minggu.

Gary ibarat seorang abang, seorang teman dan seorang kekasih yang sanggup lakukan apa saja demi JiHyo. Walau seringkali di buli (sebab lurus) tapi dia tetap setia di belakang JiHyo. Aku masih ingat saat JiHyo lari dengan kereta dan tinggalkan Gary di hentian lebuhraya. Aku juga masih ingat saat JiHyo buat muka comel minta Gary lepaskan dia beberapa kali ketika mereka berlainan pasukan dan aku juga masih ingat saat Gary berlari ke arah JiHyo dan menahan JiHyo dari jatuh walau mereka berlainan pasukan. Ya semua tu aku masih ingat lagi.

Mungkin sikap ambil berat Gary terhadap JiHyo adalah disebabkan permintaan pengarah (siapa tahu) tapi apa yang tidak boleh disangkal ialah sikap JiHyo.

Ji Hyo seorang wanita yang lasak, selamba dan sempoi. Kalau artis lain mungkin sibuk nak betulkan makeup tapi JiHyo tak kisah semua tu. Dia dengan mudah jalankan pengambaran sebaik saja bangun dari tidur dengan muka yang sembab, di tolak ke dalam lumpur, di beri pakai yang bukan-bukan.. semua itu JiHyo terima tanpa apa-apa masalah. Wajahnya di rakam kamera ketika sedang tidur dengan mulut ternganga pun JiHyo tak peduli. Walau dia sorang bunga di kalangan 6 kumbang, tapi JiHyo lah yang paling banyak memenangi hadiah (terutama emas).

Ketika datangnya idol (penyanyi berkumpulan wanita) yang lebih muda dan seksi.. JiHyo dengan sendirinya akan memberi laluan walau hakikat sebenarnya dia jauh lebih glamour dari mereka semua. Apa saja permainan yang di beri, JiHyo pasti akan ikut serta walau dia seperti sengaja di ketepikan ketika bersama para idol. Apa yang penting, dia buat sehabis baik untuk menang!! Sebab itulah JiHyo di gelar ACE (srikandi) oleh team RM.

Image result for gary jihyo  Image result for gary jihyo
Image result for gary jihyo  Related image

RM sudah bersiaran selama 7 tahun, jadi kita boleh bayangkan betapa akrabnya hubungan antara mereka semua. Kalau aku yang menonton pun boleh rasa tawar hati setelah Gary tak ada, inikan pula ahli-ahli RM itu sendiri.



Image result for gary jihyo
JiHyo menangis ketika Gary umumkan utk menarik diri dari RunningMan.



Semua bersedih hati.... memang mereka sering beritahu mereka selalu berjumpa dan bersama ketika di luar lokasi kerena mereka memang bersahabat baik tapi itu semua masih tidak boleh hilangkan rasa sedih dengan keluarnya Gary dari RM.

Mereka bersedih kerana tidak dapat berkerja dan bergurau senda di lokasi dengan Gary seperti selalu. Mereka sudah berkerja bersama selama 7tahun jadi pastinya bila seorang tak ada di lokasi pengambaran, membuatkan mereka rasa satu kehilangan yang besar. Tambahan pula dengan sikap Gary yang suka buat lawak, lurus bendul dan mudah di usik.  Gary juga seorang yang sangat bersungguh-sungguh di dalam permainan dan sering kali menang setiap kali bergandingan dengan JiHyo.

Terdetik di hati aku, bagaimana mereka nak buat penonton bergelak ketawa kalau hakikatnya mereka bersedih?

Mungkin.... mungkin ada apa-apa masalah lain di belakang tabir yang kita tak tahu tapi bagi aku itu semua tak penting. Apa yang paling pasti, 7 tahun bukan satu masa yang singkat. Kalau di ukur pada seorang budak, 7 tahun tu dah naik darjah satu. Jadi berbaloilah atas segalanya...

7 ahli , 7 tahun bersiaran, 7 tahun aku follow cerita ni (sejak episod 1) dan kini pada tahun 2017 mereka akan berehat dari siaran ini buat selamanya.

Sesungguhnya, tiada apa yang akan kekal di dunia ini jadi tiada apa jugalah yang perlu di debatkan. 7 tahun itu bukan masa yang singkat jadi terima kasih atas segala gelak ketawa yang kalian berikan padaku sekeluarga.

Jauh di sudut hati moga JiHyo dan Gary bertemu jodoh kerana mereka berdua memang sangat-sangat serasi dan saling mengambil berat akan satu sama lain.

4 comments for "RUNNINGMAN Di Hentikan ??"

  1. Running Man tak jadi dihentikan malah akan terus bersambung sebab member RM dan crew n PD RM dah berbaik semula dan berdamai. So running man akan ters berjalan seperti biasa dan Gary pun ada jadi guest dalam latest episod :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, episod ahad ni.. sis akan tonton sebab Gary ada. Tapi PD kena cepat2 carikan seseorang utk teruskan monday couple kalau tak pengikut MC akan terus merajuk... haha

      Delete
  2. Kenapa Ji Hyo tak kahwin ngan Gary je ye... Usia pun bukan muda sangat... Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. peminat Monday Couple juga ke? Patut kahwinkan saja dua orang ni, :D

      Delete