Header Ads

Sambal Tumis Bilis Tempoyak

Aku dah geram tengok sambal tempoyak ikan bilis yang berbau-bau dari 'rumah' jiran sebelahku, Cik Zue. Hajat hati petang tadi nak singgah blogwalking je kat rumah dia tu tapi ternampak pulak resepi Sambal Tempoyak Ikan Bilis yang terpampang di dada blognya. Disebabkan dalam fridge masih ada baki tempoyak pemberian ibu mertuaku maka dapatlah aku laksanakan misi untuk memasak Sambal Tempoyak Ikan Bilis yang hampir sama. 

Kenapa hampir sama? Sebab resepi tersebut telah ku olah sedikit supaya kena dengan selera anak-anak. Maka dari Sambal Tempoyak Ikan Bilis dah bertukar jadi Sambal Tumis Tempoyak Bilis.



Sempat lagi ajak main teka teka kan? Hehe... jawapannya ialah A. Bekas B tu berisi mayonis. Haa alang-alang dah tercerita hal mayonis ni, actually mayonis ni di buat sendiri oleh asben sis. Memang dah lama tak beli mayonis dari pasaraya sejak asben tahu macamana nak buat homemade mayonis. Okay la tu kan, boleh juga berjimat.


Okay bahan untuk masak resepi ni sama jer dengan apa yang dikongsikan dengan Cik Zue iaitu;

2 genggam ikan bilis yang telah di goreng garing
1 senduk tempoyak
3 ulas bawang besar *
3 ulas bawang putih *
8-10 tangkai cili kering *
sedikit cili padi - ikut kepedasan masing-masing *
2 batang serai *
1/2 inci kunyit hidup @ 1 sudu kecil serbuk kunyit *
1 sudu besar gula
sedikit minyak untuk mengoreng (boleh guna minyak lebihan goreng ikan bilis tadi)

Alhamdulillah, bahan-bahannya mudah saja. Kebetulan pula aku memang dah ada prepair bahan asas  untuk memasak ni di dalam fridge jadi cuma perlu ambil dan masukkan dalam blander je la. Ohya, cuma cili padi kena pergi petik di pokok dulu. 


Cara-Cara memasak:
1. Blander semua bahan yang bertanda ( * ).
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar tadi sehingga naik bau.
3. Masukkan tempoyak, gula dan sedikit air. Boleh juga letak sedikit bahan perasa jika suka.
4. Biarkan sekejap sehingga pecah minyak dan masukkan ikan bilis.
5. Gaul sekata dan bolehlah di hidangkan.

Dah pun siap. Senang dan ringkas je resepi ni. Memang patut di cuba.

Makan bergandingan bersama nasi putih, kerutup itik serati (lebihan yang sis masak tengahari tadi), ulam petola rebus dan kacang botol (petola dan kacang botol tanam sendiri di halaman rumah). Alhamdulillah sedap. Terima kasih banyak pada empunya resepi.


4 comments:

  1. lapar >_< lama tak makan tempoyak, sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan bertambah malam ni... alhamdulillah :D

      Delete
  2. Ikan bilis memang serasi dengan sambal... apa2 sambal pun sedap je... rasa lapar pulak.. huhu

    ReplyDelete

Powered by Blogger.