Header Ads

Di Minta Tulis Novel Online


Tak sangka! Betul-betul tak sangka! Setelah aku share cerita Kisah Benar Hidupku sebanyak 5 part, bukan saja komen baik yang dapat aku terima malah timbul pula permintaan untuk aku tulis novel online di blog ini.

Terkejut! Tergamam! Tersentak! Semua perasaan tu telah bercampur menjadi satu dalam tubuh badan aku masa ni. Tak tahu nak ucap apa melainkan "terima kasih banyak-banyak" kerana sudi menjadi salah seorang pembaca di blog ini.

Sukar untuk aku percaya yang cara penulisan aku dapat di terima baik oleh semua. Terharu rasanya apabila penulisan kita dapat di hargai oleh orang lain.

Berbalik pada permintaan supaya aku menulis novel online, hmmm.. rasanya sis kena fikirkan dulu. Bukannya sis tak mahu menulis cumanya sis masih kurang yakin samada ini suatu cadangan yang baik atau tidak. Jadi untuk mendapatkan satu keputusan, suka untuk aku bertanya pada rakan-rakan blogger yang lain.

Sebagai seseorang yang pernah membaca blog ini, apa pendapat u alls? Perlukah aku menulis sebuah novel online dengan menggunakan cara penulisan yang aku terapkan dalam Kisah Benar Hidupku?

Sis harapkan pendapat yang ikhlas... ikhlas dari hati kalian. Please, help me 


23 comments:

  1. apapun sis buat semoga terus maju :)

    ReplyDelete
  2. CCL pun dah follow sis kisah benar hidupku itu...macam-macam part ada ..sehingga la sis berumah tangga beranak pinak dah ..memang jalan cerita yang simple tapi ada pengajaran & nasihat .. kalau ada rezeki sis boleh bukukan buat novel macam pjalanan hidup farah fakhira& elfiat ..urm sis boleh share cerita sis kt pencalonan DFKL tu ke ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish.. tinggi sngat impian tu. Tapi tu la rezeki tangan tuhan mana tau kan? Inshaa Allah. Terima kash CCL

      Delete
  3. allhmdulilah mungkin itu alah satu rezeki dari Allah.. kalau rasa ia x membebankn hidup apa salahnya mcuba :) wlpun gagal tp kita berusaha.. berjaya atau gagal bukan ukuran tapi sejauh mana usaha kita itu y penting.. all the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih unni anje. InshaAllah sis akan fikir dengan sebaik2nya hal ni. terima kasih tau

      Delete
  4. Boleh cuba try tulis novel ke cerpen ke atau kisah benar.
    Ramai suka baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas cadangan ni. Nanti saya cuba ya :D

      Delete
  5. all the best sis!! keep writing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Dear.. inshaaAllah i will :D Nanti singgah singgah la sini lagi ya

      Delete
  6. buatlah sis! buat buat! elsa sokong hakhak :*

    http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/alexa-rank-blog-elsaalicious-1.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... elsa elsa.. :D Riuh betul adik akak yang sorang ni ya.. luv u

      Delete
  7. there u go girl...mmg best nukilan Awa dalam Kisah benar tu..mmg seronok Umi baca..mmg boleh buat pembaca ternanti2 dari satu part ke part yg lain..hehe. Gud luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQSM umi. awa pun tak sangka nk jadi mcm ni. :D doakan awa ya

      Delete
  8. Saya mengagumi gaya bahasa kak Awa. sebab saya menulis wattpad, rasa stress kadang2 tak tau nak tuliskan apa yang saya nak cakap dalam bahasa yang tidak berbelit. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain orang lain caranya, sbb ada kelainan tu buat kita semua special. yang penting Kita sama2 suka menulis cuma bezanya mai di wattpadd dan sis di fanfics. Cuma tu la dok mikir ni nak start serius menulis ke tak.. haha

      Delete
  9. Tak baca lagi but if ada org sampai tersentuh macam tu, just go for it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah.. ada masa baca tau.. nk juga tahu pendapat :D

      Delete
  10. Kisah benar selalunya memang menarik untuk dibaca tak macam fairytale.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KISAH BENAR di alam nyata. Tuhan punya kuasa yang kita sendiri tak boleh nak sangka. betul kan?

      Delete
  11. terbaik sis..jalan cerita betul-betul macam novel..
    JanjiKita

    ReplyDelete

Powered by Blogger.