Alhamdulillah, Menang Lagi... - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

3 Mar 2017

Alhamdulillah, Menang Lagi...

Yeah... hari tu dapat jadi salah seorang pemenang dalam GA Diana Rashid, kali ni dapat pula jadi salah seorang pemenang dalam GA Elsa. Syukur alhamdulillah..



Happy tak? Of course I'm happy tapi di sebalik keseronokkan tu aku mula rasa kecut perut. Nak tau kenapa? Sebabnya 'hadiah' yang aku dapat kali ni adalah berupa review blog dari Amira Azahar. Mati la aku.. Hahaha... (penakut sungguh bila libatkan review ni)..

Camanalah rasanya blog ni akan di review nanti kan? Ye lah aku ni blogger baru kot... blog ni hmmm baru je berusia 2 bulan. Still a baby. Jangan kata nak merangkak, nak meniarap pun tak betul-betul pandai lagi. Masih terlalu banyak yang aku perlu belajar sebagai seorang blogger.

Walau bagaimanapun, aku akan terus cuba join giveaway dan contest kerana ini adalah salah satu keseronokkan bila berada di dalam dunia blog. Mungkin orang lain di luar sana hanya menganggap yang blog ini sekadar tempat menulis melepaskan rasa tapi mereka tak tahu yang kita para blogger ni bukan saja dapat berkawan, dapat jana income dari Nuffnang dan Addsense malah dapat juga mencuba nasib di dalam pelbagai contest dan giveaway yang di anjurkan oleh blogger-blogger yang lain. Walau blog aku ni baru berusia 2 bulan (start Januari/2017) tapi sudah lebih dari 15 giveaway yang aku turut serta.

Kenapa aku suka join giveaway??

1- Sebab Nak Menang
Bohonglah kalau cakap join apa-apa contest takde niat untuk menang. Mana ada orang yang di istiharkan pemenang tolak hadiah.

2- Ada Elemen Sentimental Value
Walau kebanyakan hadiah tidak seberapa nilainya di kaca mata warga luar blog tapi bagi sesama blogger nilainya cukuppp tinggi. Kalau dapat dalam bentuk barangan, wah happynya sebab dapat di simpan sebagai kenang-kenangan. Seronok tau sebabnya kita bukan kena buat kerja yang susah pun. Kebanyakan syarat untuk join GA ni mudah-mudah belaka.

3- Naikkan Trafik Blog
Apabila join mana-mana GA dan contest, secara tidak langsung ada peluang untuk menerima kunjungan dari blogger yang lain. Tapi kita sendiri pun kena lah juga cuba luangkan masa mengunjungi mereka. Tapi itulah kadang-kadang bila terlalu banyak sangat join GA sampai lupa GA mana dah blogwalking dan GA mana yang belum. Hmmm (sorry)

Walau bagaimanapun, sama-samalah kita nantikan bagaimana blog ini akan di review nanti ya. Jeng jeng jeng... 

22 comments:

  1. Tahniah sis! bestnya jadi sis asyik menang GA ja huaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa suruh syed tak pi mandi bwah jambatan mcm sis.. hahahaha

      Delete
  2. yay terima kasih join jugak kak hawa :* In Shaa Allah mesti review yang baik baik aja dong hakhak

    ReplyDelete
  3. Betapa murahnya rezeki... Alhamdulillah... saya terpaksa tahan nak join-join contest ni, menahan sebab Adsense ni... InsyaAllah bila dah settle boleh join banyak-banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boss gi pujuk Addsense dulu.. sis nak pujuk addsense jugak tapi nak cuba dengan blog tutorial dulu, kalau lepas baru nak try dengan blog ni pulak. Nanti ada info hal addsense jangan lupa share di entry ya..

      Delete
  4. Ok la tue menang review blog . Bukan mudah blogger2 nak review blog blogger lain kan ... anuway tahniah .teruskan support segala contest dri blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss CL review blog sis.. sis review blog Miss CL.. JOM!!

      Delete
  5. Tahniah kak Awa, hihi takpe dari review kita boleh improve blog kita, mai suka kena review, hehehe.


    Samalah, mai suka join selalunya sebab nak support giveaway rakan blogger je, tapi kalau dapat hadiah tu, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. hehehehe.

    ReplyDelete
  6. Baru berjinak dalam blog, dah dapat banyak hadiah contest. Itu namanya rezeki untuk awak, tahniah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... rezeki, alhamdulillah syukur selalu

      Delete

Post Top Ad

Responsive Ads Here