Header Ads

Cara Untuk Bermusuh Dengan Blogger Yang Lain

Tengok tajuk entry pun lain macam sikit kan. Sebenarnya aku tak plan pun nak tulis artikel ni tapi lepas lepas singgah di blog abam kie tadi dan beliau suarakan rasa tidak hati tentang sikap sesetengah blogger yang penting diri, aku jadi tertarik untuk buat artikel ni. Lagipun dulu kan aku dah pernah tulis cara-cara untuk berkawan dengan blogger yang lain jadi kiranya artikel ini adalah kesinambungannya lah.




Kalau artikel sebelum ini cara untuk berkawan dengan blogger yang lain maka artikel ini pula adalah cara untuk bermusuh dengan blogger yang lain. Awak pilih sendirilah samada nak berkawan atau nak bermusuh.


Antara sebab yang boleh mencetuskan perselisihan faham pada pandangan sis ialah:

1- JANGAN FOLLOW BACK
Apabila blog kita di follow oleh mana-mana blogger, jangan sesekali kita follow dia balik. Kita tak paksa pun dia follow blog kita, dia sendiri yang nak jadi apa kena mengenanya dengan kita.

2- JANGAN REPLY KOMEN
Jangan sesekali reply komen yang di tinggalkan di blog kita. Kerja kita hanya untuk menulis saja bukannya untuk membalas komen. 

3- PADAM ARTIKEL GIVEAWAY
Jika ada join mana-mana giveaway, kita cuma publish artikel berkenaan giveaway tersebut sepanjang masa giveaway sedang berlangsung saja. Apabila giveaway telah tamat segera padamkan semua artikel berkaitan giveaway tersebut. Lagipun kita bukannya menang pun so buat apa nak kasi semak dalam blog. Kalau tak di buang silap haribulan akan ada trafik dari blog kita pergi ke sana. So baik cepat-cepat hapuskan artikel tersebut dari blog supaya trafik dari blog kita tak dapat sampai ke sana dengan mudah.

4- JANGAN SUPPORT 
Maksudnya jangan sesekali join mana-mana contest dan giveaway yang di anjurkan oleh mana-mana blogger. Kalau nak join juga hanya join contest yang di anjurkan oleh pihak-pihak korporat saja. 

5- BEBAS BERI PENDAPAT
Kita tinggalkan komen mengikut kepala otak sendiri tanpa perlu fikir perasaan penulis. Kita ada hak untuk suarakan apa yang kita suka jadi mereka kena terimalah dengan hati yang terbuka. Kalau tak boleh terima kritikan kenapa mahu menjadi seorang blogger?


Sebelum artikel ini tamat di baca, aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada yang terasa dengan artikel ini. Sebagai seorang blogger yang masih baru aku tahu aku belum cukup layak untuk bersuara lantang tapi aku terpaksa publishkan juga kerana memang begini situasi yang sering berlaku sekarang. Aku sendiri sudah pernah kena beberapa kali. Jika blogger-blogger lama yang sudah terkenal buat begini aku tak kisah pun sebab dah memang begitu apabila sudah terkenal (namapun famous kan) tapi masalahnya hal begini turut berlaku di kalangan blogger-blogger yang masih baru.

Aku juga mahu mohon maaf andainya ada blog followers yang tidak aku follow balik. Selalunya aku akan terus balas jejak dan follow balik tapi manalah tahu kan kalau-kalau ada yang terlepas pandang. Namapun manusia. 

Seperkara lagi, siapa yang buat perangai macam kat atas ni, honestly kalian memang silap dan akan rugi. Kenapa akan rugi? Kerana sekali orang terasa, pasti mereka akan ingat sampai bila-bila dan tidak mustahil lama-kelamaan sudah tidak ada sesiapa yang mahu menjengah ke blog awak tu lagi. Jika nak berperangai 'diva' macam kata atas tu sila pastikan yang blog kalian telah benar-benar famous terlebih dahulu.

Tidak ada salahnya kalau kita saling ingat mengingati kerana kadang-kadang kita tidak sedar yang kita sedang berbuat silap secara tidak di sengajakan pada orang lain.

** jika awak dah follow blog sis tapi sis belum lagi follow blog awak, sila beritahu di dalam komen di bawah tu ya.. nanti sis datang follow blog awak semula. TQ

23 comments:

  1. masing2 ada pendapat sis... x salah menyuarakannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting kita semua nak saling bersahabat :D

      Delete
  2. No 1 & 2 tu ana tak boleh lah. Ana wajib follow dan reply semua komen balik sebagai tanda penghargaan pada mereka. Kalau mereka tak reply komen dekat blog mereka, itu terserah. 😊

    No 3 tu pada pendapat Ana rasanya tak seharusnya jadi isu sebab mereka ada sebab kenapa buat begitu. Maybe supaya content utama blog mereka dapat di tonjolkan.

    No 4 tu tak patut macam tu. Tapi ada a few GA ana tak join atas sebab tertentu.contohnya kalau GA dia bg top up, ana tak join sebab ana satu family guna postpaid. Tapi ada je yg ana join untuk memeriahkan segmen.

    No 5 tu ana setuju. Kita kena lebih terbuka dgn pendapat orang. Tp seharusnya kita sebagai pemberi komen harus berhemah dalam memberi pendapat. Kita nak cari kawan. Kalau nak cari lawan sila masuk ruang lain ye. Bukan di blogspot. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat-pendapat yang bernas dari Ana. sis suka. itu lah lain org lain pendapat dan memang perlu sentiasa give n take

      Delete
  3. huhu takutnya baca entry yang ini hukhuk

    ReplyDelete
  4. Takde apa. sekadar ingat mengingati sebab kita semua kan nak bersahabat

    ReplyDelete
  5. sy suka follow blog & tinggalkan komen. sy komen bmaksud sy baca entry tu, faham apa yg disampaikan & sebagai support supaya lebih bersemangat dlm berblogging 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... bila komen secara tak langsung boleh naikkan trafik dan ambil hati mr.google.. biarlah tuan punya blog tak balas pun hahaha

      Delete
    2. kan, x kisahlah tuan blog tu nak balas ke x. yg penting ada jejak kita tinggalkan

      Delete
  6. No 4 tu saya terpaksa pendam dulu sementara adsense masih review blog saya... huhu... ada followers kan kita tak dapat nak track blog dia bila kita klik nama dia, terpaksa cari kat google, kalau nama pelik senang jumpa melalui google + , tapi kalau nama familiar sampai kesudah tak dapat jejak blognya... kalau sombong ni tak kemana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2... followers ni kadang2 kita tak dpt nak jejak. Sis pun dok mikir juga ni cara macamana nak check semua senarai nama yang ada dalam kotak followers tu.. harap2 jumpa cara termudah

      Delete
  7. Padam giveaway yang dah lama tamat ... urm new tips ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis pun kdg2 padam gak..kiki.. sbb nak ringankan post

      Delete
  8. Ada sesetengah orang berpendapat tak perlu balas follow sebab tak penting pun follow org yang kita tak suka. Hahah.

    Tapi mai membangkang statement itu!

    Apa salahnya follow back dan berkawan kan, kita mana boleh duduk bawah tempurung seorang diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpa.. setakat klik butang follow balik je pun. bukannya susah sangat.

      Delete
  9. kalau aku lah kan..aku lagi suka tinggalkan komen daripada follow blog.Kalau dorang nak follow and balas balik komen aku tu terserah lah ngan dorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting kita ada singgah dan tinggal jejak kan? betul jugak

      Delete
  10. kdg2 kita terasa gak bila kebaikan kita x dihargai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Abam Kie. Masa yang kita guna utk blogwalking tu kena la di hargai jugak. Apa salah kembali balas jejak dan follow back, lainlah kalau blog tu memang dah famous. Kita pun faham diaorg tak sempat.

      Delete
  11. menarik isi entri sis

    salam kenal dari brunei ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah jauhnya... salam kenal dari Malaysia :D

      Delete
  12. uihhh...mmg terpana baca tajuk Awa ni awalnya..hehe
    1. so far Umi follow semua yg follow blog Umi dan rajin jugak bw ke blog lain dan follow walau depa tak follow pun kita balik ;D.mungkin sebab byk follower jd dia tak dapat detect follower terkini
    2. ada jugak yg tak tak komen sebab bila kesibukan melanda..tapi cuba jugak komen
    3. tak pernah la lagi padam tapi tips yang bagus tu
    4. Cuba sedaya upaya utk support dan join GA
    5. Memberi komen biarlah yang bernas dan positif bukan sebaliknya sekiranya kita nak berkawan dan punya kawan melainkan nak populariti..wallahualam
    4.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajuk gempak.. haha... awa sokong semua pendapat umi :D

      Delete

Powered by Blogger.