Header Ads

Kesal Pakai Baju Celoreng - Hazama

Bila sebut perkataan 'celoreng' memang dalam kepala teringatkan askar dan tentera. Family aku sendiri ada yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara ni (sekarang dah bersara) dan aku cukup bangga dengan mereka semua. Aku pun sebenarnya suka dengan corak celoreng para askar sebab aku bangga dengan khidmat mereka yang menjaga keselamatan negara.

Aku memang tahu yang orang ramai tidak di benarkan memakai pakaian pihak keselamatan negara dan lain-lain pakaian rasmi petugas negara sewenang-wenangnya cuma aku tidak sangka yang corak celoreng juga tidak di benarkan.

Setelah Hazama memakai sehelai jaket (blazer) bercorak celoreng di rancangan Mentor, seorang askar yang bernama Muhammad Aszuad Haron, 32 tahun telah pun membuat laporan polis ke atas Hazama berkenaan isu tersebut.

Image result for hazama pakai baju askarMuhammad Aszuad Haron telah membuat laporan tersebut di balai polis Tengkera, Melaka dengan merujuk Seksyen 140 Kanun Keseksaan berkaitan larangan orang awam memakai pakaian seperti tentera.

Hazama mengakui dia sama sekali tidak mengetahui akan larangan tersebut dan berasa amat kesal atas kejadian terbabit. Hazama juga berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Hazama turut meminta maaf secara terbuka semasa bersiaran di dalam rancangan Mentor terbabit seminggu selepas kejadian.

Terus terang, jangan kata Hazama, aku sendiri pun tak sangka hal begini boleh berlaku. Lagipun, aku lihat terlalu banyak produk seperti pakaian, beg sekolah, kasut, alat tulis dan lain-lain yang menggunakan corak celoreng ni di jual merata di dalam negara.

Aku sendiri pernah membeli beg bercorak celoreng untuk anak lelaki ku. Ye lah sapa tak bangga kan. Corak yang melambangkan satu kuasa kekuatan dalam negara kita. Jadi sebab itu aku sama sekali tidak menyangka yang hal seperti ini boleh berlaku.

Apapun aku doakan moga kejadian ini tidak akan berulang dan sama-sama kita ambil peringatan supaya tidak akan timbul sebarang masalah di kemudian hari. Yang penting, janganlah sampai bergaduh sesama kita.

Sentiasa bangga dengan askar dan tentera malah sampai sekarang masih teringat lagi saat saudaraku pergi berjuang di bumi Bosnia satu ketika dulu. Cukup getir dan sedih namun di lepaskan juga demi sebuah tanggungjawab.




22 comments:

  1. suka tengok cara Hazama handle situasi ni.instead of pertahankan tindakan dia, dia mintak maaf.brother tu pun kot ye marah, janganlah smpai report polis..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. musykil sikit skrg ni. Baju tentera saja ke yang kita tak boleh pakai atau corak celoreng tu pun kita tak leh pakai jugak?? Hmmm... confuse

      Delete
  2. Salute hazama .. walaupun dia kena kecam still minta maaf secara terbuka .

    ReplyDelete
  3. nasib la xminat bju colereng2 ni..:)

    ReplyDelete
  4. baju warna kuning skarang ni pun susah hati jugak nak pakai...nanti org cakap kita bersih pulak...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betul3.... lepas ni kita pakai warna putih je..

      Delete
    2. Hahahaha, setuju dengan statement ni...

      Delete
  5. I pun pernah baca yg even pasukan beruniform sendiri tak boleh upload gambar pakai uniform dlm mana mana media sosial tapi tak tahulah kesahihannya sampai mana. Sbb parents I pesara so bila nak letak gambar throwback pun mcm was was. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahli family sis pun sama. Takde mention or upload apa2 yg menunjukkan mereka ahli tentera.

      Delete
  6. Rasanya kalau berpakaian lengkap tu yang tak boleh kot... sebenarnya takut orang ramai akan salah guna. Pakaian celoreng mungkin bagi tentera adalah maruah... harap kerajaan menyelesaikan perkara ini. Saya rasa sebab baju itu terlalu mirip... kalau seluar budak celoreng rasanya tak ada pape... kalau tak boleh pakai celoreng negara ni, pakai US punya celoreng lah... Nanti Trump report...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu juga yang sis paham... isu ni perlukan satu jawapan yang tepat supaya tak ada salah paham lagi. Hazama mewakili orang awam macam kita dan satu jawapan yang tepat kena ada supaya masalah macam ni tak berlaku lagi di kalangan orang awam. Kita pun tak nak bagi pihak tentera dan askar naik angin.

      Delete
  7. time skola sy masuk kadet polis. satu hari tu, kami baru balik dari latihan menembak. lepas solat, nak pi makan. jd, uniform sy x pakai dgn sempurna. tudung kat luar, lengan baju dilipat sampai pergelangan tngn. ketua nampak terus dia marah sy, mula2 blank juga apasal dia marah pasal pemakaian macam tu. last2 dah fhm, cara sy tu mcm mcemarkan imej kadet polis yg sentiasa kemas & bdisiplin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasal kena marah... hehe,.. takpe belajar dari pengalaman

      Delete
    2. tu la, lepas tu x prnh dah pakai uniform cincai2 ๐Ÿ˜‚ tobat dah

      Delete
  8. Masalahnya banyakkan kedai kat mall jual set loreng ni, kasut, baju, beg, kenapa tak hapuskan situ dulu, barulah rakyat buka mata.

    Marah pun over nauuu sampai report polis, tegur dah la, kecam sikit2 kalau dia degil,tapi nampaknya hazama ni jenis open minded, dan humble sebab relax je selesaikan masalah dengan baik.

    Tabik2. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang sis sendiri jadi musykil.. adakah baju rasmi saja yang tak boleh atau corak celoreng tu pun tak boleh jugak?

      Delete
    2. Mai rasa baju rasmi yg tak boleh. Askar sendiri pun kalau nak post gambar kena pakai uniform full kan.

      Tapi corak tu mcm sensitiviti mereka kot, so askar tak suka tgk org awam pakai celoreng. Kita hormat aje lah. Teringin sgt pakailah loreng askar India ke,, US ke,ahaha

      Delete
  9. mmg xblh ye...nasib blm pernah beli hehe...sbb berkenan jugak ngan sluar ala2 army tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik tak payah beli.. kalau beli juga boleh tapi pakai dlm rumah je, jangan cari pasal :D

      Delete

Powered by Blogger.