Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kisah Benar Percintaanku Part 4 - Kami Berbeza

Sambungan dari Kisah Benar Hidupku
Part 3 - Suratan Atau Kebetulan

******************

Sah! Memang tidak syak lagi dialah Qamar. Aku benar-benar terasa bagaikan mahu terbang semula pulang ke kampung. Aku lihat sekilas wajahnya yang sedang tersenyum. Aku cuba untuk membalas senyuman itu dengan seikhlas mungkin namun ternyata cukup payah. Air liur ku telan berkali-kali sebagai salah satu cara untuk menenangkan diri.

Serius aku takut! Takut yang teramat sangat. Aku cuba untuk berbicara tapi lidah aku keras dan kaku seperti baru terkena renjetan elektrik. Dia terus mencapai beg pakaianku dan meminta aku mengikutnya. Aku hanya mampu menurut.

Aku berjalan perlahan-lahan di belakangnya sambil melihat penampilannya ke atas dan ke bawah. Dia datang dalam pakaian kerja berwarna hijau. Rasa macam baju seragam kilang. Seluar yang di pakainya tampak lusuh dan ada koyakan di ke dua-dua bahagian lutut. Rambutnya pula panjang melepasi bahu. Penampilan dia memang betul-betul buat aku rasa kecut perut.


Sukar untuk aku percaya yang dialah Qamar. Qamar yang telah aku terima sebagai seseorang yang istimewa di dalam hidupku. Qamar yang sering buat aku ketawa setiap kali berbual di telefon. Qamar yang sering aku jadikan tempat untuk mengadu dan Qamar yang seluruh keluarganya tahu bahawa aku dan dia ada hubungan melebihi seorang sahabat.

Dengan perasaan takut aku melangkah dengan perlahan-lahan. Qamar mungkin menyedarinya kerana dia juga ikut turut memperlahankan langkahnya. Sesekali dia berpaling melihat kelibat aku di belakangnya.

Dari jauh kelihatan seseorang sudah sedia menanti di dalam kereta. Qamar memperkenalkan lelaki tersebut sebagai abang ngahnya. Fuh! Terasa tenang sedikit hatiku melihat wajah abangnya yang kemas dan bercahaya. Dengan kalimah Bismillah aku menaiki kereta abang ngah Qamar dan kami terus bergerak menuju ke arah rumah abang long mereka yang terletak di bandar Kajang. Di dalam perjalanan aku hanya diam membisu di tempat duduk belakang. Hanya kedengaran suara Qamar dan abang ngah nya saja berbual itu ini dalam dialek negeri mereka.

Setibanya kami di rumah abang long nya, kakak ipar Qamar menyambutku dengan baik. Kakak ipar Qamar menunjukkan aku ke arah bilik dan Qamar serta abang ngahnya pula terus meminta diri. Qamar berjanji untuk datang semula malam nanti.

Sebagai seorang tamu pastinya aku tidak betah untuk berlama-lama di dalam bilik. Emak aku tak ajar aku dengan cara begitu walaupun hakikatnya aku ni bukannya pandai memasak. Di rumah emak dan kakakku yang menjadi chef manakala aku ni hanya jadi tukang cuci pinggan je selepas kenyang melantak. Harap-harap aku tak kena masak lah. Doaku di dalam hati.

Aku duduk di sebuah kerusi di bahagian dapur. Kakak ipar Qamar hanya tersenyum sambil sibuk menyiapkan makanan. "Kak Har tengah masak apa tu?" tanya aku sebagai tanda hormat pada tuan rumah.

"Akak masak biasa saja, kejap lagi Qamar sampai kita makan sama ya" baik betul kakak ipar Qamar ni. Orangnya pun cantik. Berkulit putih pulak tu. Waktu ini abang long Qamar tidak ada di rumah kerana kerja lebih masa. Aku nekad mahu mengambil kesempatan itu untuk bertanya pelbagai soalan tentang Qamar pada kak Har.

Aku : Akak dah lama tinggal sini?
Kak Har : Lama dah. Sebelum kahwin lagi akak tinggal sini.
Aku : Akak orang mana?
Kak Har : Kelantan, sama macam Qamar.

Aku mengangguk tanda faham. Kak Har terus tersenyum sambil menyudahkan kerjanya. Aku mahu membantu tapi Kak Har menghalang. Setelah semuanya siap, Kak Har menarik salah sebuah kerusi di hadapanku dan duduk.

Kak Har: Dah lama Awa berkawan dengan Qamar?
Aku : Kalau kawan tu dah lama dah, kalau tak silap dah 5 tahun.
Kak Har : Qamar tu baik tau!

Pucuk di cita ulam mendatang, kakak ipar Qamar dulu yang buka topik. Aku pun apa lagi, mulalah tanya itu ini.

Aku : Baik? Baik macamana tu?
Kak Har : Qamar tak pernah cerita tentang mana-mana perempuan sebelum ni tiba-tiba ja dia cakap Awa nak datang, terkejut juga kami. Kami ingatkan dia tak de sapa-sapa, tak sangka pula dia pandai simpan rahsia.

Aku hanya tersenyum. Air liurku masih lagi rasa susah untuk di telan.
"Kak.. kalau Awa tanya satu benda boleh tak?" tanya aku dengan berhati-hati.
"Boleh,.. tanyalah.." balas Kak Har.

Aku membasahkan bibir dengan lidah. Nervous tak usah nak cerita tapi aku nak tahu juga hal ni. "Qamar tu memang dari dulu pakai macam tu ke?" Tak sangka soalan aku boleh membuatkan Kak Har ketawa dengan kuat. Aku hanya boleh tersenyum kelat sementara menunggu Kak Har berhenti ketawa. Mujurlah anak kecilnya tak terjaga dari tidur. Malu betul aku! Nasib baik juga masa ni hanya ada kami berdua. Kalau tidak mahu je aku terjun dari flat lima tingkat ni. Ohya rumah abang long Qamar ni  terletak di tingkat atas sekali tau.

"Kalau Awa nak tahu, lepas habis belajar Qamar terus simpan rambut panjang. Sampai sekarang dia tak pernah lagi potong rambut dia tu. Itu Awa belum tengok suami akak lagi. Rambut suami akak lagi panjang dari rambut Qamar. :D " jawapan dari Kak Har  benar-benar mengejutkan.

"Tapi kan Awa...." Eh ada tapi pulak..
"Tapi apa kak?" soalku semula.

"Qamar tu baik. Jangan kata nak buat jahat, hisap rokok pun tak pernah Awa." terang Kak Har dengan nada bangga. Jawapan Kak Har membuatkan aku berasa lapang dan lega. Teruknya aku kerana terlalu cepat mahu menghukum.

Tiba-tiba kedengaran suara seseorang memberi salam. Rupa-rupanya Qamar datang seperti yang di janjikan. Kali ini dia datang dengan pakaian yang bersih. Rambutnya yang panjang bersikat rapi dan di ikat dengan kemas. Seluar jeans yang di pakainya tidaklah selusuh tadi dan tidak juga koyak di bahagian lutut. Aku amati sekali imbas dari jauh, hmmm... not bad :D

"Awa..." panggil Qamar.

"Ya..." balasku.

"Sorry ya tadi Qamar jemput Awa dalam baju kerja. Qamar tak sempat nak balik tukar sebab time nak pergi jemput Awa tu selalunya jammed. Kalau balik rumah dulu tadi Qamar takut lambat jemput Awa nanti Awa susah hati pulak kena duduk lama-lama kat Pudu tu. Lagipun Pudu tu bukannya selamat sangat."


Aku hanya mengangguk tanda faham. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia tidak terlalu mementingkan diri. Kalau aku berada di tempat dia, gerenti aku akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke rumah dulu. Ye lah, nak jumpa seseorang yang sudah lama kita tunggu pastinya kita nak muncul dalam penampilan yang terbaik kan? Tapi rupa-rupanya Qamar tidak berfikiran begitu.

"Awak kerja kat mana?" tanyaku pada Qamar.
"Saya kerja kilang je. Technician. Nanti ada masa saya tunjuk tempat kerja saya dekat Awa"

Keesokannya aku bertemu dengan abang long Qamar yang bernama Zaman. Memang betul lah, rambutnya lebih panjang dari rambut Qamar. Di tambah lagi dengan bentuk tubuhnya yang tegap dan sasa, tak ubah seperti seorang bonser yang bertugas di pintu kelab malam macam dalam drama tu. Hehe.. Takuttt...

**********************

Temuduga yang aku hadiri berjalan lancar dan keputusan nya positif. Aku telah berjaya di terima bekerja sebagai seorang kerani. Aku di minta untuk bertugas dengan kadar segera. Aku menelefon memberitahu emak di kampung dan emak memberi izin untuk aku terus tinggal di sana dan terus mula berkerja dengan segera.

Yang membuatkan aku semakin terharu, abang ngah Qamar (namanya Azmi) telah membantu mencarikan aku sebuah rumah sewa. Rumah sewa itu di diami oleh kak Wani, salah seorang rakan baik abang Azmi yang juga berasal dari Kelantan. Pada mulanya aku ingatkan Kak Wani ni teman istimewa Abang Azmi, rupa-rupanya bukan. Mereka hanyalah kawan biasa saja cuma secara kebetulan Kak Wani ada memberitahu pada Abang Azmi yang dia sedang mencari seorang rakan serumah.

Sejak itu hubungan aku dan Qamar menjadi semakin erat dari sebelum ini. Walau penampilan aku dan dia jauh berbeza tapi kami cuba untuk saling menerima perbezaan yang ada di antara kami berdua. Emak juga sering menghubungi aku bertanyakan itu dan ini, ye lah emak mana tak susah hati kan?

Dari hari ke hari semakin ramai yang suarakan pendapat supaya kami cepat-cepat berkahwin tapi aku terus memberi jawapan belum bersedia. Ayah di kampung juga sudah mula bising suruh aku terima saja Qamar  sebab risau dengan keadaan aku di sini. Kata ayah dia tak akan sesekali letak hantaran yang tinggi kerana dia dan emak hanya mahu kami hidup bahagia tapi aku tetap juga menolak dengan memberi alasan yang sama.

Qamar sama sekali tidak pernah mendesak, malah dia yang tolong backup aku apabila di tanya soal kahwin. Aku bukannya nak main-mainkan perasaan Qamar tapi aku mahu kami lebih stabil dalam soal kewangan. Lagi pula Qamar baru saja tamatkan pengajian. Jangan kata kereta, motorsikal pun dia belum boleh nak beli jadi aku tak nak lah terlalu terburu-buru untuk hidup berdua.

Namun Allah punya kuasa, suatu hari Allah swt telah menurunkan satu ujian ke atas diri aku. Kerana kejadian  itulah aku benar-benar jatuh cinta dan terus melamar Qamar untuk menjadi suami aku yang sah.

Apakah kejadian tersebut? Baca sambungannya DI SINI






27 comments for "Kisah Benar Percintaanku Part 4 - Kami Berbeza"

  1. Adeh, khusyuk saya baca bersambung lagi pula... pembaca pertama ni tau sis... lelaki macam qamar ni nampak kasar tapi jiwa rock dan baik tau... rock-rock tapi steady... saya tunggu next post... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sis ingatkan dulu mat rock ni semuanya jahat sbb penampilan diaorg tu pelik semacam. tunggu sambungan esok pagi :D

      Delete
  2. Hehehe,,,betul-betul macam drama.

    Menarik kisah Awa dan Qamar ini. Simpan kemas dalam dairi kehidupan tau.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama kehidupan kakckik :D Alhamdulillah sampai skrg tersimpan kemas. Harap nanti anak-anak dapat baca coretan ni untuk kenangkan kisah pertemuan mama dan abah mereka.. :)

      Delete
  3. Ada lagi ke... Ya Allah, ingatkan habis dah. Adoiiii... Suspen habissss nih! 😅

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Haha... kasi suspen sikit baru best

      Delete
    2. Tu la kan..kena tunggu hinga esok..grrr

      Delete
  5. Aiseh...sis ni....
    Suspen lagi...
    Takpa tunggu esok...

    ReplyDelete
  6. lamunan tu terhenti la pulak..kiki...sila sambungan dgn kadar segera..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. esok pagi awa terus publish! nnti singgah ya :D

      Delete
  7. lelaki yang nampak macam rock ni sebenarnya penyayang sis..kalau kacak sangat dok jaga penampilan diri pun letih jugak nak ikut rentak.haha. OK..macam biasa, nak tunggu sambngan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga kan sal. Kalau hensem sangat pun payah jugak. I agree! :D

      Delete
  8. sis, cecepat update k! x sabar nak baca next part. sebenarny, kadang2 mat rock ni la yg lebih ok dari yang berkopiah kan sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. PART 5 dah ready, cuma tunggu masa nak publish je besok pagi.

      Sis sendiri tak tau nak komen bab tu cuma sis bersyukur di beri seseorang yang betul-betul boleh hargai diri sis ni.

      Delete
    2. alhamdulillah 😄 semoga sis & suami kekal bahagia hingga ke Jannah, ameeen 😉

      Delete
  9. Ooo rockers juga Qamar ni, unik nama, hehehe.

    Wahhh sis yang melamar? Kenapa? Menarik ni..jap nak godeh lagi next episod...

    ReplyDelete
  10. Ini bukan soal hensem.. ini soal berbeza style. kiki :D

    ReplyDelete
  11. one thing aida nak share dgn awa. adik ipar aida, cikgu agama di bangi, rambut panjang.
    sebab pe? sebab dia selesa. at first dulu, dia baru jadi keluarga kami, abah aida x berkenan.
    kami kakak-kakak ipar ni pun tak berkenan! but kenangkan adik, kami diam kan aje.
    but setelah lebih 10 thn skang, kami da 100% ok. he is good, wara', always be there bila mak abah aida perlukan... alhamdulillah.
    (cerita takde kena-mengena hi hi just share aje dgn awa).
    okeh, done here. proceed to part 5 now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalaman elok inshaAllah luaran elok dan elok luaran tu tak semestinya semua kena ikut cara kita kan? janji apa yang di buat tu tak salah dari sisi agama maka elok lah tu cuma kita je kadang2 susah nk terima sbb kita tak biasa :D

      Delete
  12. wahhhh.. awa lamar dia ke??

    ReplyDelete
  13. Wahhh sis awa lamar qamar.. Smbg baca sambungan pulak tak sabar nak taw kisah seterusnya

    ReplyDelete