Lazada Malaysia Big Baby Fair - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

29 Mar 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

sis hawa join contest

Tu dia! LAZADA Malaysia buat hal lagi! Baru je kasi diskaun sehingga 90% sempena ulangtahun mereka yang ke 5 (lima) dan sekarang satu lagi kempen dengan diskaun yang menggunung sedang berlangsung. Hangat betul lah Lazada ni. Kagum aku!

Kempen ini di beri nama BIG BABY FAIR dengan tawaran diskaun sehingga 85% dan macam sudah tertera pada banner di atas tu, kempen ini akan berakhir pada 2 April . Hah menarik bukan? Aku sendiri pun dah makin teruja ni.

Yang lebih best, terdapat banyak barangan si manja dari jenama-jenama terkenal yang telah mula di jual dengan harga yang kebaboom ni. Antaranya Mamy Poko, Anakku, Nestle, Huggies, Fisher-Price, GooN, Sweet Cherry, PediaSure dan lain-lain. Pakaian si manja daripada jenama Poney juga ikut di jual dengan harga yang meletup-letup. Bestnya you alls. :D


Selain daripada itu, LAZADA turut ingin memberi hadiah berupa baucer yang bernilai RM500 tiap seorang kepada 6 (enam) orang blogger bertuah. Seperti biasa, aku juga tidak mahu terlepas peluang untuk mencuba nasib. Jika ada rezeki, alhamdulillah. Jika tidak menang pun tak mengapa kerana setidak-tidaknya aku sudah mencuba. Yang penting aku dapat memeriahkan suasana bersama LAZADA yang sememangnya sedang hangat meletup-letup macam gunung berapi ni.


APAKAH JENAMA LAMPIN PAKAI BUANG YANG AKU PAKAIKAN PADA SI MANJA?
Aku ni suka beli time ada promosi. Tak kira lah samada promosi dari segi harga atau free gift. Walau ada promosi tetapi aku akan pastikan juga jenama yang aku beli tu berbaloi dan tidak beri kesan pada kulit si manja yang aku sayang. Jenama yang paling aku suka beli adalah Diapex dan Huggies. Bagi aku dua jenama ni memang berbaloi dari segi harga, design, fungsi dan keselesaan. Pendek kat bila pakai dua jenama ni memang si manja aku happy dan tidur nyenyak jer tanpa sebarang ragam baik pada waktu siang mahupun malam. Punggung si manja aku juga sentiasa kering dan sama sekali tidak naik apa-apa ruam lampin. Walau bagaimanapun kulit setiap bayi tu adalah tidak sama dan suka untuk aku syorkan supaya membeli lampin pakai buang mengikut keselesaan bayi. Jika tak pasti sila mohon sample produk lampin pakai buang dari pelabagai jenama dulu kemudian boleh lah di cuba pada si manja masing-masing. 


APAKAH JENAMA SUSU FORMULA YANG AKU BERIKAN PADA SI MANJA?
Terus terang aku tidak memberi apa-apa susu formula pada si manja sebelum ini kerana ke lima-lima anakku membesar hanya dengan meminum susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah aku telah berjaya membesarkan mereka dengan susu ibu sejak pada saat mereka di lahirkan sehinggalah mereka berusia genap 2(dua) tahun. 

Selepas berusia 2(dua) tahun barulah aku mula memperkenalkan susu tambahan pada anak-anak dan jenama yang aku pilih adalah Dutch Lady


SATU PRODUK SI MANJA DARI LAZADA MALAYSIA YANG AKU NAK

Dengan adanya produk ni aku bebas untuk menyusu si manja aku di mana saja  ketika berada di luar rumah. Si manja aku juga bebas untuk minum susu dengan selesa dan tenteram di dalam dakapan aku. Aku dan si manja tidak perlu risau dengan jelingan orang sekeliling kami dan yang lebih bagusnya aku boleh membawa produk ini ke mana saja dengan memasukkannya ke dalam beg yang memang telah aku khaskan untuk mengisi produk-produk keperluan si manja ketika keluar bersiar-siar.

Bagi yang berminat untuk dapatkan pelbagai barangan si manja daripada jenama-jenama terkenal dengan harga yang cukup murah, bolehlah cepat-cepat gunakan peluang yang telah di sediakan oleh LAZADA DI SINI.



7 comments:

  1. good luck Awa... Liez pun br je post entry... semoga ada rezeki

    ReplyDelete
  2. Lupa dah komen ke belum kat sini. hahaha. boleh pulak gitu. All the best sis awa. Semoga ada rezeki kita.

    ReplyDelete
  3. sis hawa dah menanggg . hahaha . rezeki mencurah .

    ReplyDelete

Post Top Ad

Responsive Ads Here