Rak Buatan Sendiri Yang Praktikal - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

16 Mar 2017

Rak Buatan Sendiri Yang Praktikal

Siapa rajin lipat baju angkat tangan. Cepat-cepat angkat tangan! Sorry to say yang aku mungkin tak akan angkat tangan ni. Bukan kerana untuk apa nak angkat kalau u alls tak nampak tapi disebabkan daku ni memang lemah betul bab melipat baju. Dah lah banyak pastu lipat kejap je nanti mulalah bersepah balik bila anak-anak cari baju nak pakai.                                                                                                                                           Di sebabkan dah penat sangat, maka suami tolong carikan satu jalan . Kalau dulu pakaian di simpan dalam satu almari yang sama untuk jimatkan ruang tapi kini tidak lagi. 
Kali ini suami buat sebuah rak bagi mengantikan almari pakaian tersebut.

Actually di dalam rumah aku ni memang ada banyak barangan buatan sendiri kerana suami cukup suka bidang pertukangan dan ini adalah salah satu daripada hasil kerja tangan suami. Syukur jugalah sebab secara tidak langsung dapat jimatkan wang dari membeli terus dari kedai.          

Ini lah rupa rak yang di buat oleh suami. Rak ini aku gunakan untuk menyimpan pakaian harian anak no 3, 4 dan 5. Rak ni di perbuat daripada besi dan di pasang dengan menggunakan skru. Untuk bekas-bekasnya tu pula aku hanya beli dari pasaraya berhampiran. Aku pun tak pasti suami dapat idea untuk buat rak begini daripada mana cumanya yang aku tahu rak ni memang cukup membantu. 
Masa nak kemaskan baju pun jadi lebih senang. Aku lipat je terus masukkan ke dalam bekas mereka dan kalau aku tak sempat sangat-sangat untuk lipat semuanya, aku boleh terus letak je begitu saja dalam bekas masing-masing dan nanti bila ada masa terluang baru aku lipat semuanya supaya nampak lebih kemas.

Selain dari itu rak begini dapat jimatkan ruang bilik yang agak sempit. Ye lah kalau dulu aku perlukan sebuah almari yang cukup besar untuk tampung kesemuanya tapi sekarang tak lagi. Aku juga boleh asingkan dengan mudah semua baju mengikut bekas mereka masing-masing. Bagi aku rak begini amat pratikal dan boleh di gunakan untuk letak apa saja barangan keperluan yang lain seperti mainan dan buku. 

Bagi yang punya anak ramai dan tak tahu macamana nak letak pakaian harian anak-anak yang agak berlambak tu, boleh lah cuba kaedah ini mengikut kreativiti masing-masing.

10 comments:

  1. mak pun buat mcm ni kat adik2.. tpi tu la, penat lipat bila dorang ambil kain abis lipatan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau takpe! itu yang kadang-kadang sis main masuk terus je dalam bekas tu. Bukan apa kadang tu naik malas sebabnya bila lipat nanti sepah juga. Hehe

      Delete
  2. idea yg bagus ni Awa..kat rumah bilik anak bujang tu hadoiii bersepah dgn pakaian kat lantai..langsung tak letak dlm almari...fening fening

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la umi oi semua diaorang sepah atas lantai. Nama je ada almari langsung tak nak guna baik umi beli box mcm tu je at least kalau ada tetamu saat kecemasan umi boleh tutup terus box tu kiki

      Delete
  3. Penatkan main lipat2 kain...lipat elok2 lepas tu bila kena ambil, abislah lipatan berterabur....sungguh buat senaman tangan la nampaknya.
    Bagus juga idea ni, jimat ruang jimat duit .. buat sendirt dan praktikal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat! penat sebab ada tukang sepah haha

      Delete
  4. Tukang lipat sorang, tukang sepah ramai, tu yang tak jadi.

    ReplyDelete
  5. JImat ruang.. banyak pulak tu ruang penyimpanan

    ReplyDelete
  6. hahaha mak sy pun suka bwat mcm nie. masing2 ada bakul sendiri

    ReplyDelete