Segmen : Kenali Loghat Orang Malaysia - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

8 Mar 2017

Segmen : Kenali Loghat Orang Malaysia

Masa berjalan tadi singgah di rumah Umi Fuzy dan ternampak lah segmen yang sedang berjalan di blog beliau. Nampaknya segmen ni lain daripada yang lain dan di tujukan khas untuk orang utara. Oleh kerana aku ni berasal dari utara maka aku ambil keputusan untuk tumpang 'dua belah kaki'. Harap-harap jawapan yang aku bagi betul lah.. bukan apa nama ja asal utara tapi banyak membesar di negeri orang.


[ Untuk nak turut serta dan lihat soalan secara penuh boleh klik banner di atas ]

1.  Tulong dengaq habih-habih na……toksah dok tebiang satni hang muleh kot
Ayat di atas kedengaran dalam satu perbualan Antara dua sahabat. Dalam konteks ini ayat tersebut merupakan:
B (AMARAN)
Tulong dengaq habih-habih na >> Tolong dengar sampai habis ya!
toksah dok tebiang >> Jangan nak cari pasal
= satni hang muleh kot >> nanti awak akan kena!

2.   Awat la yang hangpa dok tahana kat menatang depa bukan gheti apa……jawapannya:
B (MENDERA)
maksud perkataan Tahana ialah aniaya

3. Susunkan perkataan-perkataan di bawah mengikut turutan yang paling dekat hingga paling jauh
I   Tengalong
II  Balin
III Punggai
IV Hawin
V  Tauk
jawapannya: B)      V, III, IV, II, I
Tauk (contoh perbuatan:buang tisu ke dalam bakul sampah), Punggai (contoh perbuatan:masukkan baju kotor dalam mesin basuh dalam keadaan marah), Hawin (contoh perbuatan:lepaskan beg dari bahu dan lempar ke satu arah dalam keadaan penat), Balin (contoh perbuatan: lontar pemadam pada rakan sekelas), Tengalong (contoh perbuatan: masa berjalan anjing kejar, terus ambil batu baling dengan kuat ke arah anjing dalam keadaan kelam kabut dan takut)

4.   “Mangkaq, Menghelorp, Kelolo, Loklaq”
B)     Menghelop 
tak pasti makna ejaan untuk mengelop ni tapi mangkaq, kelolo dan loglaq adalah perkataan yang melambangkan seseorang yang buat kerja dalam keadaan tergopoh gapah.

5.   Perbuatan-perbuatan di bawah adalah reaksi manusia semasa ditimpa musibah
I   Kelupoq >> menghempaskan badan ke tanah
II  Teghiak >> menangis
III Meghaung >> menangis dan menjerit-jerit
IV Keghyau >> menangis dalam keadaan teresak-esak
C)     II, IV, III, I

6.    Awang Bokceh terghjun keleborg habih selut belutin. Ayat ini menceritakan perihal Awang Bokceh yang bermain Dalam Lumpur (jawapannya C). Keleborq maksudnya selut atau lumpur.

7.   Menaboq, meghedih, menanam, menyulam, mengerat, memukoi, mengughoi
Perakataan-perkataan  di atas adalah proses  Semaian padi hingga menuai  (jawapannya B)

8.   Pak Arq la ni sesak tak sangga sekepiang ghabit pun haram aih
“Sekepiang ghabit” dalam ayat di atas merujuk kepada Duit (jawapannya C)
Sekepiang : sekeping / satu sen
Ghabit : walaupun hanya sedikit
Haram : Tidak sama sekali

9.    “Ghumbu, Ghempang  dan Isein” adalah ukuran untuk Keseronokan (jawapannya B
Ghumbu >> Perasaan yang bercampur aduk
Ghempang >> Sangat teruja dan tidak peduli akan perasaan orang lain
Isein >> (perkataan ni aku sendiri tak sure, haha...)

10.   “Daih, Pelekorh, Highik, Ghenyak” adalah perbuatan untuk Mengalahkan Lawan (jawapannya C)
Empat perkataan ini mengambarkan situasi orang sedang bergaduh. Sebagai contoh Pelekorh>> pegang dan peluk dengan kuat dan Ghenyak >> Menghenyak


11.   Mokalo hat pri depa celapak meneghu
“Celapak meneghu” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan Timpa kelam (jawapannya A)
Maksud ayat ini >> Mokalo hat pri (kalau barang percuma) depa (mereka) celapak (terkam) meneghu (pergi ramai-ramai).
Maksud Timpa Kelam >> Serbu beramai-ramai

12.   “Kebah” ataupun “Melanuih” adalah perkataan-perktaan yang merujuk kepada Tahap kesihatan seseorang (jawapannya B). Kebah bermaksud semakin beransur sembuh.

13.   Hang kena ……..… , pi la sua …………..baghu depa uloq mai
Perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat di atas adalah  hemoi, domoi (jawapannya C).
Maksud ayat ini: Hang kena hemoi (awak perlu bertindak terlebih dahulu), pi la sua domoi (pergi lah tunjuk muka), baghu depa ulog mai (baru mereka akan beri apa yang awak mahu)

14.   “Daje, pelaq, pulaih hawaq” adalah perkataan-perkataan yang digunakan sebagai Makian (jawapannya C). Contoh>> Daje bermaksud Dajjal. Ayat berikutnya malas nk terang makna. Maaf

15.   “Tobat dan panah lintaq” adalah perkataan-perkataan yang sering digunakan semasa     Bersumpah (jawapannya A)
contoh ayat: Tobat aih aku tak buat lagu tu, kalau aku mohong aku berani kena panah dengan lintaq.
maksudnya >> Sumpah saya tak buat macam tu, kalau sungguh saya buat saya berani kena panah dengan halilintar.

16.  “Teghebei, Cakplong, Jengkek dan Toi” adalah jenis-jenis Permainan kanak-kanak.
 Teghebei >> Lastik
Cakplong >> Senapang Buluh
Jengkek >> Lompat satu kaki 
Toi >> Tiang empat / kabadi

17.   “Kambe, galang geta, tibaq layaq, patoq” merupakan bahagian-bahagian pada     Perahu (jawapannya A). Jawapan ni aku tak sure, cuma yang aku boleh paham tibaq layaq tu maksudnya buka layar. So perahu lah kot. Haha

18.   “Seghork, Gedeho’q, Mentara, Stimet, Ketoq” adalah istilah-istilah yang digunakan semasa Membuat kenduri (jawapannya B). 
Jawapan untuk soalan ni pun mungkin silap cuma aku pasti Mentara tu maksudnya orang kampung yang akan bergotong royong untuk memasak dan membantu semasa kenduri.

19.   Lengkapkan ayat ini. "Takpa, takpa, satgi habih temakau tinggai Celepa" (jawapannya C). Maksudnya >> Tidak mengapa, nanti habis isi tinggal bekasnya saja.

Fuh akhirnya siap juga jawapan semua soalan. Terus terang agak susah untuk aku yang dah lama tak cakap utara ni. Harap-harap apa yang aku jawab ni betul lah.

Selamat Belajar Dialek Utara!!

10 comments:

  1. Hahaha, saya cuba malam tadi... sampai soalan no 1 je, nak jawab no 2 terus tak berganjak.... pening kepala... hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis pun pening juga. ayat tu kalau sebut bunyi lain bila eja bunyi macam lain sikit. Tapi cuba juga entah betul entah tidak.. haha

      Delete
  2. Sis, terbelit lidah nak menyebut,
    Lepas tu senyum sorang2 tak tau makna..
    Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis pun terbelit juga sbb lama dh tak cakap sana

      Delete
  3. Haa bestnya. Nak cuba jugak lah nanti hahaha kalau banyak salah segan nak join hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba ja.. salah tak apa. sama-sama belajar

      Delete
  4. teringat pulak pelakon Che Ta. beliau asal utara right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. che ta asal dari alor setar, kedah

      Delete
  5. hahaha..thanks Awa sampai ada entri pulak..teruja jugak Umi baca penerangan Awa kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama umi. nak paham kena terang dengan jelas x gitu umi :D

      Delete

Post Top Ad

Responsive Ads Here