Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ayam Brand™ Raikan 125 Tahun Sebagai Sebahagian Daripada Keluarga Malaysia



Fuyoo! Terkesima aku bila baca tentang hal ni tadi. 125 tahun tuh! Lamanya. Aku memang respect betul lah dengan jenama Ayam Brand™  ni sebabnya mampu bertahan dari dulu hingga kini. 


Aku memang sentiasa memilih jenama ni sebabnya sudah terbiasa dari kecil lagi. Dari dulu hingga kini aku masih lagi setia menjadi
pengguna produk Ayam Brand™  ni dan aku yakin ada ramai lagi pengguna jenama ni di luar sana. Kalau tak ramai yang guna masakan Ayam Brand™  mampu menjadi sebahagian daripada keluarga Malaysia selama 125 tahun tu, betul tak?

Bersempena dengan ini, pihak Ayam Brand™  telah mengumumkan pelancaran tema "Kami Prihatin, Kita Adalah Sekeluarga" (We Care, We Are Family") sebagai tanda mereka untuk meraikan kejayaan kerana telah berjaya mencapai usia selama satu suku abad.

Benarkah Ayam Brand Berusia 125 Tahun?
Aku sendiri pun musykil masa mula-mula baca tentang info ni tadi tapi lepas baca semua detail , YA memang betul lah yang jenama terkenal Ayam Brand™  sudah berusia 125 tahun. Ini kerana Ayam Brand™ ditubuhkan pada tahun 1892 dan ia merupakan antara syarikat yang tertua di Asia dan masih lagi giat mengeluarkan jenama-jenama barangan produk di benua Asia ini. 

Ayam Brand™ Beroperasi Seluruh Asia
Syarikat Ayam Brand™  bukan hanya memiliki pejabat mereka di negara Malaysia saja malah mereka turut memiliki pejabat di Singapura, Hong Kong, Thailand, China, Australia, Perancis dan Jepun. Manakala hasil keluarannya pula boleh di peroleh di lebih 30 negara atas muka bumi ni.

Ayam Brand™  dapat bertahan dan terus mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna kerana:
- Pembungkusan yang bagus
- Bahan asas yang berkualiti tinggi
- Rasanya yang sedap
- Tiada bahan pengawet
- Tiada MSG
- Disahkan halal oleh JAKIM

Sebagai bukti, jenama Ayam Brand™ ini telah berjaya:
  • disenaraikan sebagai jenama terbaik Asia selama dua tahun berturut-turut (2006 - 2007) bagi kategori makanan dalam tin dalam kajian kepenggunaan 1000 jenama terbaik Asia Synovate Research yang di taja oleh Media Magazine Hong Kong. 
  • diberi Anugerah Brand Laureate (jenama terbaik dunia di Asia Pasifik) untuk tahun 2008-2009
  • dinobatkan sebagai salah satu 10 jenama FMGC paling di gemari di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2013, 2014 dan 2015 dalam Kajian Kesana Jenama Kantan Worldpanel.

Sejak Lahir Ayam Brand™  Sudah Ada!
Tin warna merah kuning ni memang sudah sinonim dan jika tiba-tiba hati teringin nak makan sandwich memang jenama inilah yang selalu aku beli. Yang paling aku cukup suka sandwich Tuna dan Mayo. Pergh sedap sangat. Tak perlu tambah apa-apa, hanya sapu terus ke roti dan makan. :D

Sekarang kalau aku ke pasaraya memang boleh jadi rambang mata dengan pelbagai produk  Ayam Brand™ . Kalau dulu hanya terkenal dengan sardin markeralnya tapi sekarang dah ada bermacam-macam produk yang lain antaranya kacang panggang, kacang pea, sotong, santan, buah-buahan serta pencuci mulut dan boleh di katakan hampir semua pasaraya dan kedai runcit di Malaysia ada menjual produk dari Ayam Brand™  ni.

KEMPEN TERBARU!! 
Pada bulan ini (April) dan bulan hadapan (Mei), pihak Ayam Brand™ akan memulakan kempen iklan di radio dan suratkhabar mengenai Sardin dan Mackerel.

Melalui kempen tersebut para pengguna akan di berikan lebih maklumat secara berterusan mengenai kebaikan untuk kesihatan berkaitan dengan produk-produk daripada jenama Ayam Brand™ yang amat terkenal ini.


6 comments for "Ayam Brand™ Raikan 125 Tahun Sebagai Sebahagian Daripada Keluarga Malaysia"

  1. Wah...125 tahun dh...bestnyaaa...

    ReplyDelete
  2. tak sangka dah berusia 125 tahun tuu...masih menjadi kegemaran ramai dan Ummi jugak

    ReplyDelete
  3. Dari kecik sampai la sekarang, memang makan sardin ayam brand je.. Try la sardin brand mana pun, ayam brand tetap di hati..! hihi

    ReplyDelete
  4. selalu beli santan ayam brand :D

    ReplyDelete