Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Beli Barangan LAZADA Melalui SHOPBACK

Assalamualaikum kawan-kawan.

Image result for menabung duitAku baru je lepas shopping barangan LAZADA melalui SHOPBACK menggunakan baucer sebanyak RM800 yang baru saja di menangi melalui Lazada. Mesti awak nak tahu apakah barangan yang aku beli kan?

Actually, bucer kemenangan ni aku hadiahkan pada suami tersayang, Mr Qamar. Ini kerana dia dah banyak bersusah payah untuk aku dan anak-anak maka berniat untuk berikan sesuatu pada dia sebagai tanda kasih cinta dan sayang.

Aku ingatkan dia nak beli pakaian atau lain-lain tetapi rupa-rupanya tekaan aku salah! Dalam banyak-banyak barangan yang di pamerkan di dalam website LAZADA, dua barangan di bawah ini menjadi pilihan nya.


RM520 + RM240 = RM760. Di sebabkan ada baki lagi maka aku mengambil keputusan untuk membeli 1 set produk Nurraysa dengan harga RM65.



Di sebabkan aku mempunyai dua baucer maka aku membeli ke tiga-tiga produk ini secara berasingan.

Aku bukan tidak boleh terus membeli daripada LAZADA tetapi apa salahnya kalau aku membuat keputusan yang lebih berbaloi bukan? Maka aku mengambil keputusan untuk membeli produk LAZADA ini melalui SHOPBACK. Bukan susah pun, hanya perlu berdaftar secara percuma di laman web Shopback kemudian hanya perlu untuk pergi ke laman web LAZADA melalui laman web Shopback tersebut.

Seandainya ada membeli apa-apa barangan di laman web LAZADA maka kita berpeluang untuk mendapatkan bonus dan pulangan diskaun sehingga 11%. Tahap peratus adalah berdasarkan kategori produk yang di beli. Lain kategori lainlah tahap potongannya tetapi yang penting ianya satu keputusan yang lebih bijak.. betul tak?

Di sini aku berikan contoh urusniaga belian yang aku lakukan di Shopback ke atas produk LAZADA.

1- daftar sebagai ahli Shopback DI SINI
2- pergi ke laman web LAZADA melalui Shopback
3- pilih barangan yang di sukai
4- berikan detail yang di perlukan untuk urusan penghantaran
5- oleh kerana aku ada voucher maka aku masukkan nombor voucher pada bahagian yang telah di sediakan.




Selepas di tolak jumlah voucher, maka bayaran yang perlu di bayar adalah sebanyak RM8 sahaja. Wow!! Happy sesangat :D

Sebaik saja selesai membuat bayarn sebanyak RM8. Aku check semula order tersebut di dalam laman email dan alhamdulillah pembayaran telah berjaya dan barangan akan di hantar di dalam masa terdekat.

Selepas beberapa jam, aku mendapat pula email dari pihak Shopback. Haa, ini yang buat aku makin teruja. Pihak Shopback telah memberitahu bahawa sejumlah wang bonus telah di creditkan ke dalam akaun Shopback di atas nama aku sebanyak.....


Macam yang aku dah terangkan di awal tadi. Peratus pulangan untuk setiap barangan adalah tidak sama jadi kita kena terima seadanyalah. Cumanya, jika kita tidak membeli melalui Shopback, jangan kata RM6 mcam ni... 6sen pun belum tentu dapat semula. Betul ke tidak?

Semua bonus di dalam Shopback akan di simpan terlebih dahulu dan boleh di request pada bila-bila masa. Kalau tak silap aku jumlah minima yang boleh di cashkan semula dari Shopback adalah sebanyak RM10 dan Shopback akan proses untuk hantar semula duit tersebut ke akaun bank kita dalam masa seminggu.

Selain membeli belah dan tempah pakej perlancongan, kita juga boleh tambah nilai telefon melalui Shopback. Ini kerana Shopback turut berkerjasama dengan telco komunikasi utama yang ada dalam negara kita ini.


Sekarang terpulang atas diri kawan-kawan. Jika awak rasa Shopback tidak berbaloi maka abaikan saja info yang aku berikan di sini. Tapi, jika awak rasa 1sen juga ada nilainya dan mahu cuba berjimat-cermat selagi yang boleh.. jom rebut peluang dengan cepat-cepat menjadi sebagai salah seorang ahli Shopback dengan segera.

Boleh anggap Shopback ini sebagai tabungan.... Jom!! DAFTAR SHOPBACK DI SINI SEKARANG JUGA!!

10 comments for "Cara Beli Barangan LAZADA Melalui SHOPBACK"

  1. Tau pasal shop back ni, then daftarlah juga hari tu, tapi selalu diabaikan..
    Lepas ni gigihlah mrs pip nak shopping lazada via shopback...thanks flr sharing this awa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2... jgn abai2 lagi dh. lepas ni topup pun pakai shopback ye :D jom kita menabung sma2

      Delete
  2. Dah daftar jugak haritu. tapi, tak pernah shopping lagi lepastu. Hehe

    ReplyDelete
  3. Hurmm menarik jugak shopback ni.. Baca entry ni baru faham camne shopback ni berfungsi..

    ReplyDelete
  4. liez belum buat lagi..... harap weekend ni ada la masa nak ngadap laptop dgn lebih lama..hihihi

    ReplyDelete
  5. wahh...terbaik ni Awa..nnt kalau ada kelapangan boleh la jugak daftar dan menabung jugak..

    ReplyDelete
  6. Baru tahu la ada saluran SHOPBACK untuk LAZADA, nice kak awa!

    ReplyDelete
  7. Wahh best pulak. Nanti nak sign up jugaklah. Kena baca khusyuk2 balik nie! Elsa dah lah gila shopping online hahahah

    ReplyDelete
  8. Memang awesome ler cashback ni...

    ReplyDelete