Header Ads

Full Edit Blog Untuk Jasmi

Aku pun dah tak kira ini adalah tempahan yang ke berapa. Yang pasti ini adalah tempahan pertama yang di buat oleh salah seorang blogger dari luar Malaysia. Beliau yang aku maksudkan adalah Jasmi Al Bakri atau lebih di kenali dengan panggilan Anjas, seorang blogger dari Indonesia.

Anjas ni bukan hanya menulis blog tentang kehidupannya malahan juga merupakan seorang pengusaha syarikat travel yang di lakukan secara usahasama bersama teman baiknya, Didi. Maka tak hairanlah jika di blognya ada pelbagai kisah tentang percutian yang best-best baik dari dirinya sendiri mahupun dari para pelanggan yang telah pernah menerima perkhidmatan dari syarikatnya yang bernama Addict Travel & Tours.

Aku suka juga suka style yang di ketengahkan oleh Anjas. Beliau bukan saja menekankan tempat yang patut di lawati malah juga merancang sebuah perjalanan mengikut budget yang ditetapkan. Mudah cakap, jangan risau kalau mahu travel walau duitnya belum betul-betul tebal. Hubungi jer pihak Anjas dan bolehlah berbincang tentang desitinasi yang sesuai dengan budgetnya. Nanti lepas perbincangan bolehlah tahu detail terperinci dan mana tahu jika cadangan yang akan di berikan Anjas nanti sesuai dengan budget kalian. Tak pasal-pasal dapat melancong dengan best. Aku tengok ramai juga pasangan bulan madu yang dapatkan khidmat dari Anjas ni. 

Actually aku sendiri terkejut masa mula-mula di hubungi oleh Anjas. Mula-mula sekadar borak kosong je tapi rupa-rupanya dia berhajat nak dapatkan khidmat edit blog dari aku juga. Bila di tanya tentang desinger blog dari Indonesia, Anjas cakap ada dan kadar yang di kenakan pun lebih kurang sama jer dengan harga yang aku tetapkan cumanya Anjas lebih berminat dengan design yang aku buat selepas melihat maklumbalas dari semua pelanggan. Tetiba rasa bangga pula. Ye lah, aku ni bukannya pandai sangat pun. Buat pun kerana minat semata-mata dan bila ada yang rasa 'tergoda' of course aku happy. Setidak-tidaknya aku tahu apa yang aku buat ni boleh di terima baik oleh para blogger yang lain di luar sana.

Setelah berbincang tentang konsep, warna dan lain-lain maka aku pun mulakanlah kerja pengeditan khas untuk di pakaikan pada blog Anjas nanti. Apa yang pasti aku perlu siapkan sebuah blog yang sesuai untuk menceritakan tentang kisah-kisah kehidupan dan dalam masa aku perlu memberi 'hint' bahawa blog tersebut ada kena mengena dengan sebuah syarikat travel.

Selepas beberapa hari bermain dengan code, maka inilah dia hasil yang di tunggu-tunggu.

 [ SEBELUM ]



[ SELEPAS ]



Blog ini sama sekali tidak ada unsur bunga-bunga dan lain-lain yang seangkatan dengannya kerana Anjas sendiri yang request begitu. Beliau hanya mahukan sebuah blog yang simple dan kemas dengan sedikit elemen polkadot.

Cuak juga masa mula-mula submit sebabnya Anjas ada beritahu yang dia agak cerewet sikit. Tapi mujurlah dia setuju dengan design ni selepas melihatnya. Lega!

Apapun I'm very happy sebab berjaya tembus pasaran Malaysia. Hehe. Harap-harap akan ada peluang begini lagilah di masa-masa yang akan datang. Anyway, mission is complete! Tapi..... masih ada lagi design untuk blog lain yang sedang di siapkan. Nak tahu siapakah blogger lain yang sedang menunggu giliran untuk menukar 'baju' pada blog mereka? Tunggu di next entry.

Jom kita singgah sebentar di blog Anjas.... http://www.theamazingjasmi.com/

9 comments:

  1. satu perasaan yg sgt best bila customer puji dan suka hasil kerja kiter ^^

    ReplyDelete
  2. suka tengok...cantik! semoga Awa dh bertambah sihat ya

    ReplyDelete
  3. rasa mcm nak edit full blog aje. boleh send quotation tak? TQ.

    ReplyDelete
  4. Cantiknyaaa permainan warna kak awa...Tahniah,, dah dapat pelanggan luar Malaysia dah... Semoga terus maju jaya...

    ReplyDelete
  5. combination color dan design sgt cantik.. ramai makin suka dengan hasil kerja awa... Good luck awa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.