Full Edit Blog Untuk Kak Noor - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

12 Apr 2017

Full Edit Blog Untuk Kak Noor

 Assalamualaikum.... kali ni aku nak share wajah baru untuk blog milik Kak Noor pula. Actually, Kak Noor ni baru je start buat blog itupun sebab nak promote bisnesnya berkaitan sulaman.

Tak sure pula aku dari mana Kak Noor dapat info tentang servis edit blog yang aku buat, sedar-sedar jer Kak Noor dah mesej minta aku siapkan sebuah blog untuknya. 

Kak Noor mahukan sebuah blog dengan warna tema PINK dan BIRU. Kak Noor juga request sebuah dropdown menu untuk share semua pakej sulaman yang di buatnya dengan mudah. Hal-hal lain Kak Noor serahkan pada aku, yang penting lawa dan kemas katanya. :D

Sebelum start edit blog, aku sempat singgah ke pages facebook Kak Noor untuk lihat apakah bisnes sebenar yang Kak Noor sedang usahakan. Bila tiba di pages beliau tu, oooo sulaman di tuala rupanya! Kalau dulu aku hanya beli yang siap di sulam sebagai hadiah tapi sekarang dah ada individu seperti Kak Noor yang boleh sulamkan nama sebagaimana yang kita nak. Baguslah tu kan? Special gitu..

Kak Noor di bengkel sulamannya... 


Ini pula antara hasil kerja tangan Kak Noor. Macam-macam style dan colour. Request jer nak yang macamana, InshaaAllah Kak Noor akan cuba usahakan.

Yang pasti Kak Noor ni surirumah sepenuh masa macam aku juga. Cuma bezanya Kak Noor jana income dengan sulaman manakala aku jana income dalam bidang editing blog. Syabas sahabat! :D

Sepanjang masa edit blog, aku rasa cukup mudah untuk berkerjsama dengan Kak Noor sebabnya dia bukan seorang yang cerewet dan dia juga seorang yang penyabar. Walau kena tunggu selama beberapa hari untuk sampai turn tetapi dia tetap okay. I love you la dik. Ops, walau panggil Kak Noor tapi actually dia muda daripada aku beberapa tahun.

Okaylah, mesti awak teringin nak tengok bagaimana rupa blog Kak Noor kan?

Inilah dia rupa blog untuk SULAMAN COMEL milik Kak Noor.. apa pendapat awak? Okay ke tidak? Kak Noor sendiri nak kan sebuah template seperti yang sedang aku gunakan untuk blog ini sekarang. I dont mind, apa saja pelanggan nak jika aku boleh beri, InshaaAllah akan aku cuba usahakan dengan sepenuh hati. Yang penting pelanggan happy.



Ini pula watermark logo yang matching dengan blog Kak Noor.

Last but not least, Kak Noor dengan ikhlas hatinya nak kasi aku sehelai tuala sulaman sebagai kenang-kenangan. Ya Allah happy sangat rasanya tau. 
Bagaimanakah rupanya, aku sendiri tak tahu lagi. Nanti dah siap dan sampai InshaaAllah aku akan kongsikan di blog ni lagi.

SELAMAT MAJU JAYA SULAMAN COMEL
http://sulamancomelkaknoor.blogspot.my/

7 comments:

  1. tahniah Awa...cantik blog SC tu..*thumbs up*

    ReplyDelete
  2. yang sulaman tu blh dijadikan door gift hehe

    ReplyDelete
  3. comelnyaaaa blog dia kak awaaa.. <3

    ReplyDelete
  4. Rezeki melimpah ruah datang dekat kak hawa heeee. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Dah tgok blog dia.comell. nanti nak suoh awa editkan blog jugak lah. Hee

    ReplyDelete
  6. Kak Awa makin hari makin hebat ni... Serius.

    ReplyDelete
  7. ������������

    ReplyDelete

Post Top Ad

Responsive Ads Here