KELAS TUISYEN BI PERCUMA! - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

28 Apr 2017

KELAS TUISYEN BI PERCUMA!

Ya! Percaya atau tidak ada kelas tuisyen bahasa inggeris percuma di tempat aku tinggal ni. Kelas ni di buka untuk murid-murid yang bakal menduduki PT3 tahun hadapan. Di sebabkan anak sulung aku berumur 14tahun maka dia juga layak untuk mengikuti kelas ini.

Salah aku sendiri sebabnya tak ambil tahu siapa yang kendalikan kelas ni dengan lebih detail. Cuma yang aku tahu anak aku cakap ada kelas bakal berlangsung, bila start dia sendiri tak sure. Cuma yang pasti kelas akan di adakan di salah sebuah bangunan masjid tempatnya mengaji setiap hari.

Tup-tup pagi tadi Ustaz nya call supaya segera datang ke masjid. Bila di tanya, katanya kelas akan bermula hari ini. Terkejut juga lah di buatnya tapi untuk sengaja tidak hadirkan diri memang tak akan lah. Orang nak beri kita kemudahan kenapa kita nak lepaskan peluang betul tak?

Terkocoh-kocoh suami hantar anak ke masjid tadi. Bila tiba di sana, ada sedikit taklimat untuk ibubapa dan murid dari pihak penganjur. Bermula hari ini kelas akan di adakan pada setiap Jumaat dari jam 9 hingga 11 pagi. Namun ibubapa di minta menghantar murid lebih awal sedikit kerana pihak penganjur ada menyediakan sarapan sebelum kelas di mulakan untuk semua murid yang terlibat.

Apa yang lebih mengejutkan, anak aku berserta murid yang lain bukan saja di beri kelas percuma dan sarapan tetapi juga hadiah jika mereka dapat hadir ke kelas setiap minggu tanpa ponteng. Hadiah yang di maksudkan adalah wang tunai tiap seorang sebanyak RM50. Wah!! Bukan main lagi ye.

Selain dari itu, suami aku dan ibu bapa yang lain turut di beri beras Siam seberat 5kg sebagai habuan kerana mengambil berat dan sanggup berkorban meluangkan masa menghantar dan menjemput demi masa depan anak-anak.



Hmm rezeki rezeki. Yang pasti aku percaya Allah SWT akan membalas budi baik para penganjur dan semua pihak yang terlibat. Ameen.

p/s: masih ada orang baik-baik yang sudi memberi tanpa harapkan balasan $$$ di atas muka bumi Allah yang tercinta ini.

9 comments:

  1. Ya Allah, diorang ni memang niat nak tolong lillahita'ala ni nampak gayanya. InsyaAllah, selamat belajar english dengan gigih dan seronok untuk anak sis hawa!

    ReplyDelete
  2. Wah, seronoknya ada kelas percuma ....

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah... ada juga kan org yang memberi tanpa minta dibalas.. sebab ilmu ni bukan nya utk dijual... klau ada yang sudi mengajar tanpa bayaran memang insyallah murah lagi rezeki dia..

    ReplyDelete
  4. Syukur ada juga yang masih perihatin dan memberi...Alhamdulillah semakin murah rezeki Awa dan anak2..

    ReplyDelete
  5. Bagusnyaa cara dia nak tarik anak2 pergi belajar 😊.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. ni pun aida setuju dgn shaf.
      cara tarik minat anak2 tu sgt kreatif.

      Delete
  6. alhamdulillah..thniah buat penganjur salam terjah sis dari https://www.facebook.com/groups/kamisukaterjahblog/

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, murah rezeki mereka 😄 Semoga ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh para pelajar

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah :)
    aida ni kalu ada rezeki nak aje buat gitu, awa.
    pahala nyer berpanjangan kalau dimanfaatkan. aduhai. untung!

    ReplyDelete