Menang Contest LAZADA Dua Kali Berturut-turut! Ada Kisah Di Sebaliknya - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

5 Apr 2017

Menang Contest LAZADA Dua Kali Berturut-turut! Ada Kisah Di Sebaliknya

Inilah Senarai Pemenang LAZADA Big Baby Fair Contest | Siapa sangka aku berjaya menang selama dua kali berturut-turut. Ya Allah, Ya Tuhanku. Tak tau nak cakap macamana. Happy? Of course I am. Siapa tak suka kalau dapat hadiah percuma cumanya aku tak sangka semurah ni rezeki untuk aku sekeluarga dari Allah Yang Maha Esa.

SENARAI PEMENANG 


















Demam berjaya menang baucer sebanyak RM300 menerusi Lazada Birthday Blogger Contest belum lagi kebah tapi kini berjaya pula menang RM500 menerusi contest Lazada Malaysia Big Baby Fair. Ini bermakna akan ada RM800 ke semuanya untuk di belanjakan melalui laman web LAZADA Malaysia.

Sebagai manusia aku yakin, ada yang akan tumpang gembira dan ada yang akan anggap artikel ini untuk nak tunjuk lagak. Biasalah, nama pun manusia kan? Tapi, sukacita aku ingin maklumkan yang kejadian-kejadian ini telah menyebabkan aku semakin kagum dan percaya dengan kekuasaan Tuhan!

Nak tahu kenapa? Kerana ada kisah di sebaliknya...
Okay, meh sini aku ceritakan apakah kisah yang telah terjadi di sebalik kemenangan aku sebanyak dua kali berturut-turut ni. Aku harap apa yang akan ku ceritakan ini akan beri pengajaran dan iktibar pada orang lain.

UJIAN ALLAH SWT
Untuk pengetahuan semua, tahun 2017 aku mulai dengan perasaan gundah gulana. Bukan sebab bergaduh dengan suami ke apa tapi di sebabkan suami aku telah hilang pekerjaan. Syarikat lama tempat suami aku berkerja selama hampir 6 tahun telah mempunyai masalah yang serius dan terpaksa mengurangkan ramai pekerja jadi suka atau tidak suami aku terpaksa akur dan mula menjadi penganggur sejak bulan November 2016. Semakin malang apabila kami tak punya wang simpanan yang banyak. Wang simpanan yang ada dalam bank hanya mampu bertahan selama 2 bulan saja. Bayangkan, dengan anak seramai 5 orang dengan 4 daripadanya sudah bersekolah, apakah mampu kami harungi tanpa ada sebarang pendapatan tetap? Selalunya kami perlukan sekitar RM2,000 - RM3,000 sebulan (anggaran kasar) untuk tanggung semua perbelanjaan tapi kini segalanya berubah dalam sekelip mata.

BAWA SIJIL TAPI TAK LAKU
Suami aku membawa sijilnya ke sana ke mari untuk mendapatkan pekerjaan namun sayang semuanya hampa. Walau ada kelulusan tetapi jawatan kosong tidak ada. Tambahan pula masa tu sudahpun hujung tahun jadi masakan mampu untuk menyerap masuk ke mana-mana syarikat dengan mudah. Lainlah kalau ada 'kaki dalam'. Huhu...

Demi keluarga, suami aku nekad untuk berkerja di tapak pembinaan. Walau ada sijil, kelayakan dan pengalaman selama lebih daripada 10 tahun di dalam bidang yang di pelajarinya namun kerana terpaksa dia sanggup menjadi buruh kasar membancuh simen, mengangkat batu bata dan lain-lain di tengah panas yang terik demi mendapatkan RM50 sehari untuk mengalas perut aku dan anak-anak kami. Dek kerana kasihan melihat suami yang sering penat dan letih maka akhirnya aku suarakan pada suami supaya dia segera menukar kerja biarpun dengan gaji yang lebih sedikit. Alhamdulillah suami aku dapat berkerja sebagai stor keeper di salah sebuah gudang pasaraya. Masih lagi di dalam situasi kerja berat namun aku sedikit lega kerana keselamatan suami di tempat kerja akan lebih terjamin.

Aku hanya boleh mengalirkan airmata di atas sejadah tetapi di depan suami aku akan sentiasa senyum dengan seikhlas mungkin dek kerana rasa bersyukur kerana punya suami yang sanggup berkorban demi aku dan anak-anak. Aku juga sentiasa cuba buat lawak untuk suami setiap hari supaya dia rasa lebih seronok ketika berada di rumah bersama kami.


KEHIDUPAN BERUBAH
Kerana ingin berjimat, aku tidak dapat beli makanan yang mewah seperti dulu. Jika dulu kami boleh makan ayam, daging dan seafood berulang kali seminggu namun setelah peristiwa itu aku hanya mampu menyediakan lauk telur di atas meja untuk kami santap sekeluarga. Sedih hati melihat anak-anak hanya makan telur dan kicap.

Image result for MAKAN NASI DENGAN TELUR DAN KICAPMungkin akan ada yang cakap sedapnya makan nasi dengan kicap! Ya memang rasa sedap tapi kalau dah hari-hari makan dengan menu yang sama saja siang dan malam. Awak rasa? Menitis airmata aku sebagai seorang ibu namun apakan daya, aku tak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan terus bersabar dan menerima segalanya sebagai ujian dari Ilahi. Mujur juga anak-anak boleh memahami. Masing-masing makan dengan penuh berselera tanpa sebarang bunyi! Subhanallah! Terima kasih aku panjatkan kepada Dia kerana hantarkan anak-anak yang boleh berkongsi susah dan senang.


PENGORBANAN SUAMI
Siang berkerja keras mengangkat barang yang berat-berat manakala malam pula suamiku, Mr.Qamar habiskan masa membuat barangan kayu DIY seperti rak, tapak hantaran dan lain-lain. Aku sendiri tidak tahu bagaimana perasaan dia, aku percaya dia mesti penat yang teramat sangat tetapi suami tak pernah sekali mengeluh di depan aku dan anak-anak. Tiap kali dia balik kerja dia akan senyum dan bergurau senda dengan anak-anak seperti biasa malahan dia juga yang sentiasa membantu membasuh pakaian kami seperti selalu walau aku tak pernah minta dia berbuat begitu selama ini. Aku pernah juga basuh pakaian tersebut tapi alih-alih bukan kena puji tapi kena marah.

Suami aku ni jenis pendiam sikit jadi dia cukup susah nak marah tapi kalau sekali dia marah ya ampunnn.. macam gunung berapi tengah meletup! Tak berani aku nak dekat. Kalau dia tengah marah dan membebel aku cuma diam macam patung cendana. Mata tetap tengok muka dia tapi mulut terkunci sama sekali walau kadang-kadang apa yang dimarahnya tu takde kena mengena pun dengan aku. Haha.

Bagi yang nak perkahwinan kekal lama, ikutlah cara aku ni. Kalau sorang tengah marah sorang lagi tolonglah diam. Walau tak salah sekalipun biar je, nanti dia dah sejuk bolehlah cakap baik-baik terangkan balik tapi kalau suami tengah mengamuk biar tak salah janganlah sengaja nak bela diri. Api tengah menyala jangan memandai-mandai nak simbah lagi dengan minyak!

Image result for SUAMI PENAT BEKERJAAku memang teringin sangat nak bantu suami jana pendapatan tapi aku tak boleh keluar berkerja. Apa yang boleh aku lakukan adalah untuk berkerja dari rumah saja. Pada mulanya aku mahu menjadi seorang peniaga online tapi sayangnya aku tak punya minat yang amat mendalam di dalam bidang marketing jika mahu di bandingkan dengan dunia penulisan.

Lagipun bagi aku dunia mrketing hari ini terlalu banyak saingan. Maka, selepas puas berfikir aku nekad untuk kembali menjadi penulis bebas sepenuh masa walau hakikatnya sudah lama aku tinggalkan dunia blog yang tercinta ni.

Berdasarkan minat yang mendalam dalam penulisan dan editing blog, maka aku nekad untuk cuba memperkenalkan diri untuk berdiri di kalangan para blogger. Hakikat aku hanyalah satu iaitu untuk cuba mencari income sampingan buat membantu suami.


SINAR HARAPAN
Syukur alhamdulillah, bermula hujung bulan Januari 2017, sinar yang di tunggu sudah mula muncul perlahan-lahan. Seorang demi seorang datang untuk meminta aku mengedit blog mereka walau hakikatnya aku masih lagi baru di dalam dunia blogging ni. Terdetik di hati, "Oh.. inilah yang di katakan rezeki dari Tuhan." Aku cuba berikan perkhidmatan yang seikhlas mungkin dengan bayaran yang amat berbaloi kerana niat di hati sama sekali bukan untuk menjadi kaya. Apa yang penting nama blog aku mampu di kenali dari hari ke hari untuk mendapatkan trafik yang lebih tinggi.

Sekarang, suami aku telah berjaya mendapat tempahan barangan kayu daripada penduduk setempat. Sesekali suami aku di panggil untuk pasang aircond dan buat wayaring sebab suami aku memang ada sijil dan kemahiran dalam dua bidang tersebut.

Yang lebih mengejutkan lagi, suami aku telah di panggil untuk temuduga untuk jawatan Pembantu Kemahiran oleh pihak JKR. Suami aku sudah pun berumur 38tahun tetapi berjaya di panggil untuk hadiri temuduga? Bukankah itu juga satu rezeki dari Dia Yang Maha Esa?

KAMI HANYA MAMPU BERUSAHA, JIKA BUKAN REZEKI APAKAN DAYA...

Yang makin mengujakan, aku bukan hanya telah berjaya mendapat pelanggan untuk servis edit blog dan review, bahkan blog ini telah berjaya mendapat tawaran untuk menjadi duta bagi produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk tahun 2017.


Selain itu, blog aku juga sering di hubungi oleh Usop Mentor untuk memberitahu kisah-kisah terbarunya. Persahabatan secara tidak sengaja antara aku dan Usop adalah apabila aku mengeluarkan satu entry Cara Undi Protege Mentor pada bulan March yang lalu.

Allah SWT juga telah anugerahkan aku dengan memenangi beberapa Giveaway yang rakan-rakan blogger anjurkan dan kali ini rezeki Allah untuk aku datang lagi. Bukan hanya satu tapi dua. Apabila aku mendapat berita pertama kemenangan bersama LAZADA tempohari sebanyak RM300, aku amat-amat bersyukur yang amat sangat. Terdetik di hati, betapa murahnya rezeki Allah untuk aku selepas berjaya menempuhi ujian.

Kali ini sekali lagi aku di umumkan sebagai pemenang LAZADA dalam masa yang amat singkat selepas kemenangan pertama dan hadiah kali ini adalah sebanyak RM500 pula. Korang rasa tak apa yang aku tengah rasa? Bayangkan sebuah blog yang hanya baru berusia hampir 3 bulan sudah boleh  mengecapi semua ini dengan PV sehingga 1000 sehari. Kalau awak di tempat saya, apa yang awak fikir?


Subhanallah.... Allah Maha Besar, Allah Maha Penyayang. Allah tak pernah kejam, apa ujian yang datang adalah untuk memberi kita kekuatan dan Allah tak akan sesekali uji apa yang kita tidak mampu.

Apa saja ujian yang sampai kita kena hadapi dan ambil iktibar. Allah uji sebab Dia nak kita sedar akan sesuatu perkara yang kita tidak sedar dan jika kita mampu menyedarkan diri dengan perkara-perkara tersebut, InshaAllah... akan ada pelangi yang lebih indah dari sebelum ini.

SAMA-SAMA KITA LIHAT APAKAH YANG BAKAL TERJADI KE ATAS BLOG & DIRI AKU INI DI MASA YANG AKAN DATANG NANTI...

05/04/2017

38 comments:

  1. Tahniah Sis Hawa. Saya doakan yang baik2 saja akan datang pada keluarga Sis Hawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ila :D InshaAllah... sis kuat!!

      Delete
  2. SEMOGA AKAK TERUS TABAH MELALUI DUGAAN INI. SETIAP DUGAAN PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA.INN SHAA ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...sis juga yakin akan ada hikmah atas semuanya :D

      Delete
  3. Allahuakbar.. Sedihnya awa... Semoga ALLAH SWT memurahkan rezeki awa yang baik hati ... Besar kuasa ALLAH yang kita tak jangka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liez salah seorg yg ALLAH bukakan hati untuk memberi rezeki pada Awa. TQ Liez :D

      Delete
  4. Bertuah sis sbb sis adalh insan terpilih untuk diuji oleh nya..��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Allah uji tanda Dia ingat akan kita

      Delete
  5. Tahniah akak. Bestnyaaa. Rezeki dari tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dik... alhamdulillah, rezeki utk keluarga akak

      Delete
  6. Awa.....
    Td dah komen, tp error la pula...
    First, tahniah ....
    Gembira tau bila awa menang contest lagi....
    Kedua, kan dah ckp, awa kalau menulis ada aura,
    So teruskan dgn dunia penulisan...
    ttg kehidupan awa, mrs pip doakan yg baik2 selalu...
    Dah terbit novel, bgtau ok:))
    Cheers...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboii tingginya cita2 sahabatku yang sorang ni... kiki... apapun TQSM ya sentiasa sokong awa. walau bru knal dan x prnh jumpa tpi mrs.pip selalu bg kata2 singgah baca apa yg awa tulis, siap bg kata2 semangat lg. Allah saja yg dpt balas :D

      Delete
  7. Tahniah sis awa.. Rezeki Allah memang tak tertukar. Masing2 sudah ada jatah nya.. Semoga sis hawa dan keluarga selalu dilimpahkan RahmatNya.. Aamiin

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki tu. Tahniah. Semoga lepas ni murah rezeki awwa lagi.
    .
    Kirim salam kat usop . Cik Renex peminat dia. Hee

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Dia berikan pelangi selepas hujan

    ReplyDelete
  10. Sis hawa dan family...moga terus kuat dan tabah berada bersama Allah s.w.t
    moga rezeki sis sekeluarga dimurahkan dan diberkati oleh yang ESA...aaminn..!

    ReplyDelete
  11. Tahniah sis Awa :)

    Selepas hujan tu tak sangka ada pelangi kan..
    Alhamdulilahh.. Semoga murah rezeki selalu

    ReplyDelete
  12. Rezeki Allah tak siapa yang tahu kan kak..? Sy admire dgn kesungguhan akak.. Hee Congrats kak..

    ReplyDelete
  13. Tahniah, Sis! Tumpang gembira dengan berita kemenangan berganda.
    Rezeki memang tidak pernah salah alamat,..Allah akan aturkan pada kita saat kita benar2 memerlukan :)

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum dan tahniah kepada cik hawa, semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki....

    ReplyDelete
  15. Tahniah Awa...Ummi tumpang gembira dan bangga sesangat untuk Awa dan keluarga...Dia berikan dugaan dan menduga kita..kemudian dia bagi rezeki dengan cara yang lain...Subhanallah

    ReplyDelete
  16. Tahniah kak! :)
    Rezeki Allah untuk akak sekeluarga :)
    Semoga akak dan keluarga diberi rezeki melimpah ruah tahun ni :)

    ReplyDelete
  17. Tahniah sis.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki.. :)

    ReplyDelete
  18. Allahu akbar..rezeki Allah memang tak pernah salah alamat..semoga tabah dengan ujianNya.. setiap ujian dan keperihan Allah gantikan dgn rezeki yg tak terduga dek akal manusia.. tahniah sis hawa..

    ReplyDelete
  19. wah rezeki tu.. 2 kali menang.. tahniah.. moga terus diperluaskan rezeki untuk sis.. :)

    ReplyDelete
  20. Tahniah sis. Semoga tabah dengan ujian dan cobaan. InshaAllah ada rezeki yg besar akan datang pada sis, suami dan anak2 nanti.

    ReplyDelete
  21. Tahniah sis.. setiap ujian pasti ada hikmahnya kan sis.. semoga dimurahkan rezeki utk sis sekeluarga selalu..

    ReplyDelete
  22. Tahniah sis, rezeki datang tanpa diduga, moga terus sukses dan berjaya :)

    ReplyDelete
  23. Semalam saya da alert tentang sis menang buat kali kedua. Tapi tak sempat nak drop komen sebab kengkangan kerja. Alhamdulillah...tahniah sis! Rezeki Allah tak pernah salah alamat. Ada hikmah atas semua yang berlaku. Saya sendiri menang lazada birthday contest yang lpas pun aggap hadiah besar sempena birthday sya sbb thun ni birthday sy prtma tnpa Arwah suami. :')

    ReplyDelete
  24. Assalam sis, sy tumpang hepi utk sis sekeluarga. Benarlah Allah takkan menguji manusia jika dia tak mampu hadapi ujian itu. Berkat kesabaran sis sekeluarga, Allah hadiahkan rezeki yang tak disangka-sangka.

    Saya minat buat bisnes 0n9 dan penulisan. Cuma buat masa skrg, blogging agak slow, masih mencari jalan untuk kembali aktif.

    saya dah follow blog sis. Mohon doakan saya juga dimurahkan rezeki dari segi offer review di blog, bisnes naik ye. Mana tau, doa sis lebih dimakbulkan. Terima kasih.

    Salam perkenalan,
    Farhain Azmi
    http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my

    ReplyDelete
  25. Rezeki yang Allah bagi tak pernah salah alamat... Saya rasa sedih sangat baca cerita nih... Situasi kita hampir sama... Surirumah & anak empat, tinggi betul kos sara hidup... Kesabaran yang amat tinggi perlu untuk mengecapi bahagia... Kalau difikirkan sangat boleh stress... Semoga kita diberi hati yang kuat untuk mengharungi semua ini...

    ReplyDelete
  26. nampak tak.. allah sentiasa ganti dnean ezeki yang lebih baik.. good luck.. tahniah menang contest.. sebab saya kalah. hehehe

    ReplyDelete
  27. rezeki x pernah salah alamat sis Awa :D tahniah menang contest lazada 2x berturut :) murah rezeki sis sekeluarga. apabila kita menghadapi ujian kehidupan dengan sabar & redha, Allah akan memberi pembalasan yang sangat manis :D mohon hati sentiasa sado <3

    ReplyDelete
  28. TAHNIAH HAWA...SECARA JUJUR AKK KATAKAN AKK SANGAT MEMAHAMI APA YANG HAWA RASAKAN TU...MALAHAN AKK RASA KISAH AKK LEBIH SEDIKIT DARIPADA APA YANG HAWA LALUI...WALAU APAPUN TAHNIAH SEBAB HAWA SANGAT BERTABAH...SEMOGA ALLAH MERINGANKAN TANGGUNGAN KELUARGA HAWA..SEMOGA SUAMI HAWA BERJAYA DAPAT KERJA TETAP...SEMOGA ANAK2 MEMBESAR DENGAN BERJAYA DAN MENJADI ANAK YANG SOLEH...

    ReplyDelete
  29. awa, aida x tau nak komen apa selain drpd tahniah tahniah dan tahniah :)
    alhamdulillah.
    kalau rajin usaha, ada le hasilnya.
    kalau betol niatnya, pasti berkat hasilnya. in shaa Allah.
    aida ni da bertahun2 blogging. aim aida dlm blogging ni maybe agak kolot :)
    aida x brape ke arah statistik, PV dan lain2.
    sederhana... aida more to wujudkan jaringan sillaturrahim. and yes, found few blogger frens yg until now kita baik giler :)
    teruskan usaha awa dlm blogging.
    kita jadikan blogger ni salah satu profession bertaraf profesional.
    kipidap. dongibab.

    ReplyDelete