Header Ads

Tulis Blog Mendatangkan Income Untuk Surirumah

Pejam celik pejam celik, Mac 2017 sudah pun pergi tanpa akan kembali lagi. Hmm betapa cepat masa berlalu tanpa tertinggal walau sesaat. Namun aku bersyukur yang amat sangat kerana Allah SWT telah memberikan pelbagai rezeki untuk aku sepanjang bulan Mac yang lalu.

Nampaknya keputusan aku untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa amatlah tepat. Walau penat  menulis entry, blogwalking dan buat promosi namun aku benar-benar puas kerana ini semua adalah hasil dari kerja keras yang aku lakukan sendiri. Yes!

Aku akui yang aku tidak betah untuk hanya duduk diam memeluk tubuh. Mungkin kerana aku sudah terbiasa kerja dan ada duit saku sendiri jadi apabila membuat keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa aku benar-benar memasang azam untuk terus berusaha mencari pendapatan sendiri sambil jalankan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak.

Pada mulanya aku berniat untuk jalankan perniagaan online secara dropship tapi sayangnya minat aku lebih terjurus ke arah editing daripada marketing. Maka sebab itu aku membuat keputusan untuk berkerja sebagai salah seorang designer blog secara sambilan. Selain dari mengambil tempahan edit blog, aku juga turut memberi perkhidmatan review blog untuk servis dan produk. Aku juga ada mengambil bahagian serta dalam beberapa contest yang di anjurkan oleh pelbagai syarikat dan website terkenal. Selain dari contest, aku juga turut ikut serta dalam giveaway yang di anjurkan oleh para blogger dari masa ke semasa. 


Pendapatan sebagai blogger untuk Mac 2017


SEBAHAGIAN DARI BAYARAN UNTUK BLOG
Hasil edit blog lebih daripada RM200  macam yang di tunjuk di atas tu sebenarnya tapi tak sempat nak screenshot kesemuanya sekali. Aku caj murah-murah jer dan bergantung pada kepayahan untuk edit blog tersebut. Alhamdulillah, lepas dah untuk bayar bil internet ngan bil letrik untuk rumah ni. Ringan sikit beban suami kesayangan aku tue.. hehe. :D

Selain hasil edit blog, ada juga hasil daripada kemenangan melalui contest dan giveaway.


Awa turut di tawarkan sebanyak RM50 melalui collabrate menulis review daripada Traveloka

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Tawaran yang datang menyebabkan aku berasa sangat gembira dan berpuashati. Ternyata rezki Allah tu luas dan aku sendiri amat bersyukur hasil tulisanku dapat di terima oleh orang lain di luar sana.

Sehingga kini masih ada lagi rakan-rakan blogger dan para peniaga yang mesej untuk meminta khidmat edit blog dan review. Alhamdulillah, masih ada lagi rezeki di bulan April untuk surirumah macam aku ni.
__________________________________
Jika anda juga mahukan khidmat edit blog, review produk dan taja contest di blog ini, bolehlah hubungi saya terus melalui email di rosebirumuda@gmail.com

JEMPUT SEKALI UNTUK JOIN GA SAYA BERSAMA PARA SPONSORS DI SINI  :)

21 comments:

  1. Alhamdulillah atas rezekiNya. Ana tumpang happy 😘

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semoga Awa dimurahkan rezeki dan sememangnya apa pun kerja kita kena berusaha keras kalau tidak memang tak mungkin mendapat hasilnya..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Yang penting jangan putus asa cari rezeki hll.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ..moga murah rezeki sis hawa

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah ..moga murah rezeki sis hawa

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, rezeki dariNya..
    Teruskan berblogging dear..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Rezeki mencurah curah. Tahniah sis :)

    ReplyDelete
  8. Semoga sentiasa dilumayankan rezeki.
    In syaa Allah.

    ReplyDelete
  9. betulkan pernigaan online memang best...

    ReplyDelete
  10. Congrts..feel free to visit my blog www.kickstory.net

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, murah rezeki kak Awa :D

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... rezeki dariNya.. teruskan 🤗🤗🤗

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah sis... untung orang berbakat design ni... semoga semakin berkembang bakat sis...

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah, semoga rezeki sis Awa sekeluarga mencurah-curah. Ameeen :D

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah :)

    kipidap, awa :)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. murah rezeki Awa..

    ReplyDelete
  17. alhamdulilah..tahniah..singgah sini

    ReplyDelete

Powered by Blogger.