Full Edit Blog Untuk Mrs Pip - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

23 May 2017

Full Edit Blog Untuk Mrs Pip

Nak nangis rasanya bila lihat masih ada kengkawan blogger yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog aku ni. Kalian memang awesome dan I luv u alls so much from deep of my heart (true!!). Terharu sangat bila dapat tahu masih ada yang sudi merindui diri ini tapi sebenarnya aku ini lebih lagi merindui kalian.

Untuk kengkawan blogger yang ku rindui terutamanya yang sering singgah walau tanpa sempat ku balas, terima kasih banyak ya kerana sudi kenang akan diriku ini. Yang pasti aku masih lagi bergelar seorang blogger cumanya keadaan tidak begitu mengizinkan.
Walau bagaimanapun aku masih lagi tekun menyiapkan blog beberapa rakan walau dalam keadaan slow motion. Dalam hati kalau boleh nak siapkan cepat-cepat dan segera terima tempahan baru tapi untuk bulan Mei ni memang aku terpaksa slow down sikit. Start bulan Jun barulah boleh terima tempahan baru dan InshaaAllah moga-moga akan kembali aktif seperti bulan April yang lalu, ameen. Inipun sudah ada kengkawan blogger yang email dan mesej untuk masukkan nama untuk tempahan Jun, thanks sangat sebab suka dengan hasil kerja I ni ya.

Entry kali ini aku nak kongsikan hasil kerjaku untuk blog Mrs Pip. Mrs Pip ni semestinya salah seorang rakan blogger yang cukup aktif dan amatlah baik. Serius memang baik dan awesome. Walau tak pernah bertemu muka tapi beliau cukup sporting dn penyabar.

Apabila di tanyakan bagaimanakah blog idamannya? Mrs Pip nyatakan yang beliau tak nak ada bunga langsung di blognya, sebaliknya beliau memilih BUTTON/BUTANG sebagai tema.  Hah. lain daripada yang lain. Memang mencabar jugalah sebabnya kalau bunga tu sah-sah mudah nak cantikkan sebabnya memang dah sedia cantik tetapi bila di minta tema blog dengan BUTTON/BUTANG tanpa ada sebarang bunga-bunga, terkebil juga lah biji mata ni pada mulanya.

Apapun aku tetap cuba juga sedaya upaya untuk puaskan permintaan rakan bloggerku yang tersayang ni dan akhirnya inilah dia rupa blog Mrs Pip sebelum dan selepas di makeover.

[ SEBELUM MAKEOVER]

Sebelum ini blog MrsPip menggunakan warna kelabu dan putih tetapi kali ini Mrs.Pip mahu tampilkan blog personalnya ni dalam warna KELABU + HIJAU + BIRU.

[SELEPAS MAKEOVER]

Bahagian footer yang di matchingkan dengan header.
 Yang pasti, aku amat lega bila Mrs.Pip cakap dia suka dan amat berpuashati dengan hasil design ni. Fuh... settle satu tugas. Tapi masih ada lagi tugas yang perlu di teruskan kerana masih ada beberapa blog yang perlu di siapkan dengan segera.

Ohya, alang-alang dah menulis ni. Pada kengkawan blogger yang sering bertanya khabar tu, suka Awa katakan yang kandungan Awa dalam keadaan sihat dan baik. Awa dah pun mula dapatkan check-up dengan pihak hospital, malah doktor juga dah scan kandungan Awa ni. Alhamdulillah kandungan sudah masuk minggu ke-12. Cumanya alahan morning sickness tu masih belum hilang 100% lagi. Kadang-kadang sehari suntuk tak selera untuk sentuh apa-apa makanan tapi Awa akan cuba sedaya upaya untuk jaga kesihatan ni so kalau tetiba rindukan Awa, kirimkanlah doa untuk Awa di sini ya :D

Apa lagi jom lah singgah ke blog Mrs Pip >> http://sukasukasurirumah.blogspot.my/

8 comments:

  1. Memang lain dr yg lain tu xnk bunga tp nk button je. Hasilnya memang cantik. Pandai k.awaa edit. Good luck!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis awa.. semoga sis dan baby terus sihat.. selamat menyambut bulan Ramadhan ye sis..

    ReplyDelete
  3. yay sis hawa datang balik hehe. ada screenshot elsa pulak dekat situ! of course kitorang rindu sis huhu

    ReplyDelete
  4. Memang cantik baju raya baru Mrs Pip
    Tahniah

    ReplyDelete
  5. Yeah....awa dah kembali..
    Rindu awa....
    Amboi, muka elsa terpampang ....
    Cheers ....

    ReplyDelete
  6. Thanks awa, for everything ...
    Making my blog beautiful is such a huge happiness to me....

    ReplyDelete
  7. Amboi, Mrs. Pip. Senyum sampai ke telinga dapat makeover daripada Hawa. Cantik sangat.

    ReplyDelete
  8. waaa, nmpk kemas & cantik..ada rezeki bolh tempah dgn hawa

    ReplyDelete