Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Aliff Aziz Kantoi Berlaku Curang Terhadap Isteri

Apa lah nak jadi dengan dunia sekarang ni kan? Hmm... apa boleh buat, dah namapun kita semua ni sedang berada di dunia akhir zaman. Jadi nak tak nak pasti akan ada cerita hot yang panas merecik akan menyapa di halwa telinga kita dari masa ke semasa.

Terus terang aku ni bukannya seorang perempuan yang suka busy body sangat hal-hal artis ni. Mudah cakap aku ni memang malas sangat nak layan isu-isu gosip. Tambahan pula aku ni lebih minat melayan jalan cerita drama dari membahas kehidupan sebenar si pelakon ketika di luar drama. 

Tapi, hari ni tiba-tiba rasa terpanggil pula apabila terdengar cerita tentang seorang artis ni yang kononnya tidak setia dengan si isteri. Aku yakin ramai dah tahu siapa artis yang aku maksudkan ni. Ya, tak lain dan tak bukan adalah Aliff Aziz. Aliff Aziz ya bukannya Alif Satar okay. Jangan salah orang tau! 

Saat bahagia antara Aliff dan isterinya, Bella
Aliff Aziz [Mohamad Aliff Bin Aziz, 26 tahun] yang berasal dari Singapura di katakan telah berlaku curang dengan Afifah Nasir [adik kepada Anzalna Nasir] terhadap isterinya, Bella Astillah [Dayang Nabellah Binti Awang Astillah, 23 tahun]. Cerita ini dikatakan benar-benar berlaku kerana isterinya sendiri, Bella telah berjaya menghidu perlakuan Aliff dengan wanita lain di belakangnya.

Apa yang membuatkan kisah ini menjadi panas adalah kerana:
  • Bella baru saja melahirkan anak pertama mereka
  • Bella masih dalam tempoh berpantang
  • Bella di cederakan 
  • Bella membuat report polis
Bella lahirkan bayi lelaki secara normal, seberat 2.91kg pada 8 JULAI 2017

Apabila kisah ini menular di media massa, masing-masing mula naik marah dan berang terhadap Aliff kerana sanggup berlaku curang sedangkan isterinya baru saja bersusah payah melahirkan zuriat untuk mereka hampir sebulan yang lalu.

Apabila di hubungi oleh pihak media, Bella mengatakan walau ini semua berlaku namun dia masih amat sayang akan suaminya. Tambahan pula dia mempunyai anak yang amat memerlukan kasih dari seoang ayah. Ye lah, baby pun baru lahir kot! Sepatutnya masa ni setiap pasangan akan berasa makin bahagia dengan kehadiran cahayamata yang comel.

Masalahnya sekarang, cerita ini semakin lama semakin panjang dan panas hingga menyebabkan terjadinya dua versi cerita. 

versi 1
Bella sudah beberapa kali dapat menghidu perbuatan suaminya. Kali ini Bella nekad walau masih dalam tempoh berpantang dan berjaya 'menangkap' suaminya dengan Afifah yang sedang berdua-duaan di sebuah pusat hiburan [dalam bilik Karaoke]. Bella menangkap gambar Aliff dan Afifah. Aliff merampas handphone dan memadam gambar tersebut. Ketika itu, Bella sedikit tercedera.

versi 2
Bella di katakan sengaja mereka-reka cerita. Bella tidak di pukul, tidak tercedera dan Afifah Nasir juga sama sekali tidak bersalah dalam hal ini. Bella di katakan terlalu cemburu akan suaminya yang sedang aktif berlakon drama dengan wanita lain.

Status Anzalna yang membela adiknya, Afifah
Perbualan antara rakan-rakan Afifah

Yang pasti, hanya ALLAH SWT dan mereka yang benar-benar terlibat saja yang tahu semuanya segala terperinci. 

Bukti dari CCTV antara Aliff dan Afifah di pusat hiburan tersebut. Benarkah ini Aliff dan Afifah?

Jika benar gambar dari CCTV itu adalah Aliff dan Afifah,....

Wahai Aliff,
Sudah terang lagi bersuluh yang awak tu adalah suami orang jadi awat yang pi pegang tangan perempuan lain cik abang oi! Kalau tengah berlakon kat set drama tu orang boleh paham lagi (di mata Allah tetap dosa jugak pegang-pegang) tapi ni bukannya tengah berlakon kat set di depan si pengarah. Ingat-ingatlah sama kat isteri di rumah yang tengah berpantang tu. Masa tengah berpantang ni lah kena jaga hati isteri ya cik abang. Dah lah sakit bersalin belum pulih sepenuhnya lagi, di tambah pula sakit hati!!

Nampak tak ayat-ayat berbau marah di situ? Yelah, isu suami keluar dengan wanita lain ketika isteri sedang berpantang cukup sensitif di kalangan orang perempuan tau! Aku ni sekarang tengah mengandung anak yang ke enam. Lima kali aku dah bersalin dan kelima-lima kali tu suami aku terpaksa kena tunjuk sifat terlebih ambil berat semata-mata untuk jaga hati aku.

Moral of the story, siapa yang benar dan siapa yang salah semua itu bukan kerja kita untuk menghukum. Lagi pula kita ni bukannya ada kena mengena pun dalam ini cerita. Kita ni hanya orang sampingan yang 'busy body' saja. Cara terbaik untuk elak ini semua mudah saja iaitu dengan berbalik semula kepada landasan jalan yang betul yakni jalan yang berteraskan Islam. 

Apa yang berlaku sudah pun berlaku dan aku yakin pasti ada iktibar di sebalik apa yang terjadi. Jika perkara ini tidak benar aku mohon maaf awal-awal tapi seandainya perkara ini adalah benar, sama-samalah kita berdoa moga perkara-perkara begini tidak berlaku ke atas rumahtangga kita... ameen


KISAH 3 INSAN YANG PENUH KONTROVESI

13 comments for "Aliff Aziz Kantoi Berlaku Curang Terhadap Isteri"

  1. tengah viral sangat sekarang ni.. apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka..

    ReplyDelete
  2. semoga masalah ini dpt diselesaikan dgn cara terbaik. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Erm...semoga wife dia kuat dan tak meroyan dgn apa yang berlaku =(

    ReplyDelete
  4. Semoga wife dia kuat hadapi ujian ni =(

    ReplyDelete
  5. Pantang pun tak lepas 30 hari lagi, kesiannnnnn Bella 😭

    ReplyDelete
  6. erhmmm..cerita yang tengah top sekarang nih...bagi aku lawa lagi si bella dari si afifah nasir..tu jak yang aku mau komen..hehe..

    ReplyDelete
  7. Tula tak berani nak komen apa2 sebab tak tahu cite mereka, harap diorg bole settle cara matang

    ReplyDelete
  8. Mama Harap ni sekadar gisip aje ksian si isteri dah lah tgh berpantang tu

    ReplyDelete
  9. Aliff, Ba, Ta.... Buat apa curang kan... mematikan karier je nanti...

    ReplyDelete
  10. Mcm2 sekarang.. tapi bagi liez ttp salah alif dan afifah... xkira la atas urusan kerja sekali pun, kena pegang tangan ke, di bilik karaoke ke, berdua pulak tu...hmmm xpe la doakan yang baik aje kann

    ReplyDelete
  11. alif dh mngaku. huhu. dkt sidang smalm.. x pela kita doakan dorang suami isteri bahagia.. kesian dkt bella

    ReplyDelete
  12. Tapi yang herannya.. si afifah mcm tak ada perasaan punbersalah..huhuhu susah :(

    ReplyDelete