Tukar Hobi Jadi Sumber Pendapatan - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

24 Jul 2017

Tukar Hobi Jadi Sumber Pendapatan

Assalamualaikum... Alhamdulillah makin hari makin bersemangat waja untuk update entry baru di dada blog yang dah mula nak bersawang ni.

"Baby dalam tummy duduk baik-baik ya.. Jangan nakal-nakal sebab mama nak buat keja"

Bagi yang sentiasa mengikuti blog aku yang tak seberapa ni, aku pasti ualls dah sedia maklum yang aku ada mengambil tempahan mengedit blog dan syukur alhamdulillah, walau segalanya hanya bermula dari suka-suka kini ianya dapat membantu memberi sedikit wang saku untuk diri aku sendiri. Hari tu tergendala segala kerja di sebabkan keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan tetapi sekarang semuanya dah semakin okay... nampaknya keghairahan untuk kembali menyiapkan tempahan blog pelanggan sudah mula mahu bersinar kembali.

Jika aku suka mengedit blog suami aku pula cukup suka dengan bidang pertukangan kayu. Macam-macam jugalah barangan rumah yang suami dah bina dengan ke dua-dua tangannya sebelum ni.. [baca kat sini]

Aku amat yakin dan percaya yang hobi boleh di tukar menjadi sumber pendapatan dan di sebabkan itu aku sanggup menghabiskan baucer hadiah RM800 yang di menangi dari LAZADA tempohari untuk membeli electric tools buat suami tersayang.  Yelah baucer tu dapat kerana aku menulis blog dan menulis blog ini juga merupakan salah satu hobi jadi memang patutlah aku gunakan untuk tujuan ini.

Walau dalam hati membuak-buak mahu membeli pelbagai barangan wanita di dalam LAZADA yang cantik dan kebaboom namun aku nekad untuk ketepikan saja semua itu... Tak apalah, nanti jika ada rezeki lagi baru lah shopping untuk diri sendiri pulak. Buat masa ni aku nekad untuk manfaatkan hobi suami supaya boleh di jadikan salah satu punca pendapatan tambahan untuk keluarga kami ni.

Home Tools, DIY & Outdoor di LAZADA

PELBAGAI JENIS + MURAH + BERKUALITI 

Ternyata, Allah SWT itu maha kaya, maha kuasa. Kini apa yang di rancang sudah mula menjadi kenyataan apabila suami mendapat tawaran job untuk membina sebuah pantry rack. Permintaan ni di buat oleh seorang kenalan kami yang sedang giat menjalankan business cake and desert secara kecil-kecilan dari rumahnya. Secara tidak langsung beliau juga boleh di jadikan contoh kerana berjaya menjadikan hobi suka membuat kek sebagai sumber pendapatan. Syabas!

Foto Onlypocket.
Tengok tu... mmm... sedapnya....

Mula-mula mengambil ukuran, lepas tu berbincang tentang design, material dan kos harga. Kemudian, bermulalah projek kerja tangan dari suami untuk pelanggan barunya tu. Jom kita tengok step by step...

 Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.
 Foto Siti Awadah. Foto Siti Awadah.
Alhamdulillah.. kerja menjadi lebih senang, cepat dan mudah dengan menggunakan mesin-mesin yang di beli dari LAZADA. Hanya dalam masa 2 hari saja pantry rack ini siap di bina sepenuhnya.


Foto Siti Awadah.  Foto Siti Awadah.

Inilah rupa pantry rack tersebut selepas di beri sentuhan terakhir. Teruja betul si owner menyusun semua barangannya yang akan digunakan untuk membuat kek. Ye lah sebabnya bilik yang di ubahsuai ni adalah bilik pantry khas untuk membuat kek saja semata-mata. Alhamdulillah costumer amat happy dan berpuashati dengan hasil kerja suami. Aku juga tumpang happy sebabnya telah berjaya menjadi penyokong belakang tabir kepada kerjaya baru suamiku ini. Harap-harap lepas ni akan dapat tawaran job lagi.

ANTARA HOBI YANG BOLEH DI TUKAR MENJADI SUMBER PENDAPATAN
  • Menulis Blog / Novel
  • Bertukang
  • Membuat Kek / Pastri
  • Menjahit
  • Melukis
  • Memasak
  • Membuat Kraftangan / DIY
  • Mencantikkan Diri (Make Up)
  • Berkebun
  • Memelihara Haiwan Eksotik
TIPS UNTUK MENUKAR HOBI MENJADI KERJAYA

1. Pastikan ualls punya minat yang amat mendalam ke atas hobi tersebut. Mudah cakap memang jatuh cinta feeling habis dengan hobi tu dari dulu, kini dan selamanya.

2. Cari hobi yang sesuai dengan minat diri sendiri bukannya hanya sekadar nak mengikut apa yang orang lain buat.

3. Tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

4. Tidak mudah mengalah dan berputus asa.

5. Utamakan kerja yang wajib dulu sebelum kerja sampingan. Ye lah dah namapun hobi kan?

Macamana? Dah ada hobi yang boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan? Kalau ada tahniah daku ucapkan dan selamat berjaya.

______________________________________
Servis Edit Blog (Seluruh Malaysia) & Tempahan Rak Kayu (Sekitar Kelantan Shj) sila emailkan ke: rosebirumuda@gmail.com

14 comments:

  1. semoga terus sukses ... dan sentiasa dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  2. Ira minat buat kek kalau ada masa suka buat eksperimen heee. InshaAllah satu hari nanti hobi bertukar sumber pendapatan. Cumanya tips 4 dan 5 macam kekadang memang tak dapat ira nak elak --'

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Allah swt beri rezeki dlm byk cara kan ... Liez pun sama... tgh mencari rentak utk rancakkan bisnes cookies dan cake serta sandwich

    ReplyDelete
  4. wahhh sungguh berbakat husband and wife ni..

    ReplyDelete
  5. Sy nk buat kelas tusyen je..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...rezeki dari Allah sentiasa ada untuk kita..cuma kita kena usaha lebih jer kan..

    ReplyDelete
  7. Betul2 hobi boleh menjadi kerjaya, macam Sy hobby mengumpul Baju kurung dan akhirnya menjadi seller kain pasang...

    ReplyDelete
  8. Bagusnya.. dengan afanya minatbbarulah bermutu hasilnya kan

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Semoga terus sukses..

    ReplyDelete
  10. nak kek! hikhik. terima kasih untuk tips tu kak awa. elsa buat dropship je untuk sumber pendapatan haha

    ReplyDelete
  11. Setuju sgt dari hobi boleh jana pendapatan. CR minat kraftangan dan menjahit so CR jual brg2 mcm tu. Hee

    Good luck utk sis hawa dan suami. 😊

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..berbakat nampaknya, moga terus success dengan hobi ini

    ReplyDelete
  13. Cantiknya almari tu..... mau kos rm1500 kalau beli kat kedai tu...

    ReplyDelete
  14. eh keciknya dunia....mcm kenal kek salah satu kek yg kenalan suami Awa tu, tempahan daripada saudara saya. hehehehe. Nama yg tertera pun mcm tu la...hihihi.

    ReplyDelete