Header Ads

Sebab Kenapa Gambar Photobucket Menjadi Error

Photobucket, salah sebuah website hosting untuk menyimpan gambar online para penggunanya secara percuma. Mudah cakap, jika mahukan link url untuk gambar tersebut dengan mudah maka Photobucket lah jalan penyelesaian yang paling cepat dan praktikal. Mudah cakap, website Photobucket ni antara halaman yang paling gah di kalangan orang yang suka mengupload gambar.

Usia Photobucket ni dah lama. Kalau tak silap aku website mereka mula beroperasi sejak tahun 2003 dan korang bayangkan sendirilah berapa banyak pengguna yang menggunakan khidmat website ini. Bukan hanya dari Malaysia tapi seluruh dunia okay!

Namun, tahun ini dalam sejarah. Segalanya sudah berubah apabila pihak Photobucket telah membuat satu keputusan yang amat drastik hingga menyebabkan hampir ke semua pengguna website Photobucket seluruh dunia naik angin. Termasuk aku!

Perkara ini adalah di sebabkan apabila pihak Photobucket tidak lagi membenarkan sebarang URL gambar dari dalam websitenya (yang di upload oleh pengguna) diterbitkan di dalam halaman yang lain. Sebagai contoh, aku membuka akaun percuma dengan pihak Photobucket dan mengupload gambar di sana. Kemudian, aku gunakan link URL gambar dari akaun Photobucket tersebut di dalam blog atau website yang lain, maka gambar tersebut akan menjadi ERROR!
Cara untuk terus membenarkan semua gambar ini boleh di terbitkan di blog dan website yang lain sangat mudah tapi cukup berat untuk di tanggung oleh pihak pengguna walau hakikatnya si pengguna sudah menggunakan Photobucket ini sudah melebihi sepuluh tahun yang lalu.

Apakah caranya? Tidak lain dan tidak bukan adalah dengan menaiktaraf status akaun tersebut. Cara untuk naiktaraf (upgrade) adalah dengan membayar sebanyak $400 setahun! 


Rata-rata cukup marah dan bengang dengan tindakan drastik yang di kenakan pihak Photobucket ke atas mereka dan masing-masing mengambil keputusan untuk melupakan website berkenaan. 

PHOTOBUCKET MEMERAS UGUT?!
Ya itulah yang dirasakan oleh semua pengguna Photobucket sekarang ini. 

Apa tidaknya, sejak dulu di war-warkan yang website ini boleh digunakan secara percuma. Setelah sekian lama, apabila semua pengguna mempercayai mereka sepenuhnya, kini di minta pula membayar sebanyak $400 setahun. Itu nilai dalam dolar, belum lagi di kira dalam RM. Jika tidak membuat bayaran maka semua gambar yang sudah diterbitkan di halaman yang lain sejak dulu akan menjadi error semuanya. Tak ke gila tu? Boleh ke nak detect semua gambar yang sudah di terbitkan sejak sekian lama?

Aku sendiri agak terkesan kerana aku juga ada menggunakan platform Photobucket ini dalam kerja mengedit blog. Tapi mujurlah aku hanya menggunakan Photobucket ini sedikit saja. Syukur Allah gerakkan hati aku untuk tidak terlalu mempercayai website hosting sebegini 100%.

Pada mana-mana blog atau website yang mengalami perkara sebegini, alamatnya kena buang je lah gambar tersebut. Nak marah dan saling menuding jari pun serba tak kena sebabnya perkara yang sedang berlaku ini adalah di luar jangkaan.


Dan aku percaya, selepas ini sudah tidak ada orang yang akan memandang pihak Photobucket ini lagi. 

9 comments:

  1. Nampaknya kena move on dari photobucket huhu

    ReplyDelete
  2. Patutlahhhhhh. Alaaa sekarang photobucket pun dah taknak bantu secara percuma. Sedihnya :(

    ReplyDelete
  3. hahahaha sedih betul lah photobucket ni. kat cbox sha habis emoji jadi takcantik semua hahaha

    ReplyDelete
  4. Terpaksa lah move on kalau cenggini..bye2 la photobucket.

    ReplyDelete
  5. seriously kak, dia buat cmni org lagi nak lari dari guna website dia

    ReplyDelete
  6. selain photobucket..best utk simpan di flickr...harus ada yahoo account dan yg paling best kita diberi 1TB dan percuma..

    ReplyDelete
  7. jarang aku pakai photobucket nih..

    ReplyDelete
  8. patutlah dalam blog mcm nie...iols pun naik heran...dah lah iols tak berapa pandai bab bab macam nie.. adoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis boleh tolong buang gambar yang error tu... contact sis di FB or email k

      Delete

Powered by Blogger.