Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Aku Sekeluarga Kena Marah Hingga Terkedu

Ya... Malam ini aku terkedu. Terkedu dek kerana kena marah dengan seseorang. Bukan dia marah pada aku saja tapi pada seluruh ahli keluarga aku. Semua ni berpunca dari suami aku sendiri, Mr Qamar.

Tika aku dan anak-anak sedang khusyuk dengan kerja masing-masing melayan games dan whatsapp di telefon, tiba-tiba jer suami aku menjemputnya masuk ke dalam rumah kami. Dia muncul dek kerana ajakan suami aku sendiri dan tanpa ada mukadimah yang panjang, dia terus bercakap dengan lantang di dalam rumah kami malam ini. Kata-kata yang dia ucapkan pula agak 'bisa' di pendengaran aku dan anak-anak.

Serius cakap... hal ni membuatkan aku terkedu! Apa taknya, sudahlah wajahnya nampak serius, suaranya pula bukan main lantang lagi.  Lepas je bagi salam dia terus sembur pada aku dan seluruh ahli keluarga tanpa sebarang ayat-ayat manis. Tiba-tiba aku rasa macam budak-budak pula.

Terus terang aku katakan.. selama aku hidup atas muka bumi ni, inilah kali pertama aku rasa terkedu apabila di marahi. Bukannya aku tak pernah kena marah dengan mak ayah dan suami tapi ternyata, malam ini hanya dek kerana 'dia' aku rasa amat-amat terkedu dan hampir menangis. Sentap! Sedih! Syahdu! Kesal! Semua perasaan ni bersatu dalam diri aku.

Mesti ualls rasa pelik dan penuh tanda tanya kan? Takpe, alang-alang bercerita meh sini aku kenalkan identiti lelaki separuh umur yang dengan beraninya boleh marah aku dan keluarga di dalam rumah kami sendiri malam ini.

Beliau yang aku maksudkan ialah WAN HIZAM!! Ustaz Wan Hizam. Seorang penceramah bebas yang aktif di dalam negara kita ni.

Kisah sebenarnya begini... malam ini suami aku bukan channel Youtube di TV. Selalunya dia mengikuti ceramah yang di sampaikan oleh Ustaz Abdulllah Khairi tetapi entah macamana malam ini suami aku memilih untuk mendengar ceramah daripada Ustaz Wan Hizam yang bertajuk Ready @ Tak Ready Tetap Balik Kepada Allah! Ustaz Wan ni seorang penceramah bebas dari utara juga, sama macam Ustaz Lah.

Aku dan anak-anak buat tak tahu je pada mulanya sebab memang dah terbiasa melihat suami aku menonton ceramah agama di TV. Lagipula kadangkala topik yang di sampaikan telah pernah kami dengar sebelum ni.

Namun, cara penyampaian dan ayat yang di ucapkan oleh Ustaz Wan benar-benar membuatkan aku dan anak-anak terkedu. Aku yang sedang asyik dengan whatsapp terus meletakkan handphone. Anak sulung aku yang sedang asyik membuatkan kerjanya sendiri di dalam bilik mula datang ke ruang tamu untuk ikut menonton.

Anak sulung aku ikut terkedu bila rasa kena marah.. 
Kalau ualls nak rasa terkedu macam aku dan keluarga, silalah berkenalan dengan Ustaz Wan Hizam di Youtube. Tontonlah walau hanya sekali video yang bertajuk Ready @ Tak Ready Tetap Balik Kepada Allah! beliau tu. Banyak perkara yang di bangkitkan membuatkan aku tersedar betapa bodohnya aku sebab tak berfikir begitu sebelum ni...

DAN.... MEMANG GARANG GILER USTAZ NI..!! HUHU.. TAKUTTTT..

21 comments for "Aku Sekeluarga Kena Marah Hingga Terkedu"

  1. Ingatkan kena marah apa... hihi... bagus marah tu... marah bagi sedar kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang garang giler Ustaz ni Tuan Lan oi.. terkedu sungguh Awa

      Delete
  2. Orang sekarang panggil dakwah sentap...hahaha

    ReplyDelete
  3. ingatkan sapa la mengamuk kat rumah awa tu...

    ReplyDelete
  4. Hii ingatkan kena marah sungguh la.. x berapa nak kenal pulak ustaz ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awa pun tak berapa kenal ustaz ni. tapi memang best jugak la dia punya sarahan. Sentap habis kak wani oi..

      Delete
  5. Bagus ceramah tegas begitu Awa, terus menusuk ke jiwa raga.. Makan dalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu LZ..jadi seronok pula ikut ceramah ustaz2 ni.. terang jelas dan melekat!

      Delete
  6. Tengok tajuk ingatkan kena marah ape tadi. huhu. bagusnya selalu dgr ceramah. semoga istiqomah. Salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan.. dengar selalu bukan apa, utk sedarkan diri sendiri yg x makan saman ni haha

      Delete
  7. Ingatkan ada orang dtg rumah bg salam terus serbu marah. Rupa rupanya dengar ceramah. Cuak juga baca..hehehe

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Awa dan suspen amat susah untuk di pisahkan.. :D

      Delete
  9. suspen betul baca mukadimah..nanti tengok gak la.video tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. suspen baru syok :D elok tengok... serius best! tapi get ready utk sentap la

      Delete
  10. ini ustaz kesayangan saya ni...memang sedar terus ke hati dengar ceramah dia ni..tq ..kita sama minat dia..

    ReplyDelete