Ambil Berat Atau Busy Body? - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

17 Aug 2017

Ambil Berat Atau Busy Body?


Assalamualaikum kawan-kawan,..

Hari ni ada satu soalan nak di tanya. Ualls rasa masyarakat kita sekarang ni banyak tergolong dalam kategori yang mana?
A - Ambil berat
B - Busy body

Mana satu pilihan jawapan ualls? Agak susah untuk di jawab walau soalan tu cukup simple sesimple simplenya, betul tak? Kenapa Susah nak jawab sebabnya memang kita sendiri rasa susah untuk membezakan ke dua-dua kategori ni.

Sebagai contoh termudah, kita ambil topik isu hangat kes rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah baru-baru ni.

  • Ya, kita paham mereka sedang mengalami masalah rumahtangga.
  • Ya, kita tahu mereka sedang adalah orang yang di kenali ramai.
  • Ya, kita beri respon sebab rasa simpati

Tapi!!! Kenapa mesti kena luahkan perasaan di tahap yang terlalu melampau?

Paling menyedihkan apabila akaun Instagram ibu Aliff sendiri di serbu dengan komen-komen negetif. Kononnya minta ibu Aliff segera nasihatkan Aliff supaya berubah sikap dan macam-macam lagilah. Kenapalah sampai perlu ke tahap tu?

Aliff Aziz sendiri tak kenal pun siapa kita-kita ni jadi kenapa mesti nak sengaja tambah dosa dok umpat keji dia macam-macam betul tak?

Tak salah nak follow cerita cerita sensasi hiburan terkini ni. Tak silap juga untuk ikut rasa simpati. Tapi boleh je kan kalau follow diam-diam. Baca perkembangan terkini dan duduk senyap-senyap. Lagi elok kalau dapat tolong doakan moga apa yang buruk menjadi baik.

Entahlah, aku sendiri tak reti nak komen lebih-lebih. Lagipun aku sendiri malas sebenarnya nak buka cerita panas-panas ni cuma itulah sampai ke saat ini aku sendiri masih lagi musykil.....

Rakyat negara kita ni ramai yang suka AMBIL BERAT atau BUSY BODY..?? :(


6 comments:

  1. Ni yang payah nak jawab ....
    Ambil berat, yes kalau kita saling nasihat menasihati dan tidak mengguris perasan pihak lain .. busy body, yes kalau kita asyik nak bagi BOM kat pihak sebelah.. sekadar pendapat peribadi saja ye 😀 in fact, benda subjective .... byk sgt jawapan kan...

    ReplyDelete
  2. haha..tak tau nak komen..masing2 ada pendapat tapi kadang2 orang kita ni agak hover sikit..kalau status akak tu, sebelum ni duk terbaca ramai benor orang kita nak banding2kan..bior la kan..masing2 ada impian wedding memasing..tak perlu la nak banding2...

    ReplyDelete
  3. Both.. ada yang memang ambil berat akan artis mereka dan ada yang sengaja busy body untuk nampak up to date dengan isu semasa.. Kita boleh bezakan dengan cara mereka tinggalkan komen tu. Yang amik berat selalunya ayat dia tak sakit hati bila baca..

    ReplyDelete
  4. Busy body namanya tu. Semoga pihak yang di uji diberi ketenangan dan solusi terbaik.

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang kita tanya itu ini niat ambil berat. tapi bila dah berlebih2 tu, rasa macam busy body pun ada. heee

    ReplyDelete
  6. Taw pasal ni berdiam diri tak ada kata apa2

    ReplyDelete