Ara - Pokok Terpinggir Yang Banyak Manfaat - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

31 Aug 2017

Ara - Pokok Terpinggir Yang Banyak Manfaat

sumber Google
Masa tinggal di utara tanahair, aku hanya pandang si pohon ara ni dari jauh je. Bagi aku pokok ara ni takde apa specialnya pun dan buahnya sama sekali tidak boleh di makan. Lagipun pokoknya tu agak tinggi so untuk apa aku susahkan diri ambil tahu tentang pokok ni kan?

Tetapi pemindahan aku ke Kelantan telah membuatkan pemahaman cetek aku tentang si pohon ara turut berubah. Terasa bodoh pula aku kerana cepat sangka buruk sangka. Itulah, dalam Islam kan dah sebut yang setiap benda ciptaan Allah SWT ni pasti ada kegunaanya cuma kita ni je yang malas nak ambil tahu.

Berada di Kelantan membuatkan aku dapat merasa si buah ara yang selama ini hanya aku pandang sepi. Masa pertama kali makan aku sendiri tak tahu buah apa lah yang sedang aku mamah tu.Ye lah, orang kat sini potong kecil-kecil dan di masak gulai bersama dengan daging jadi bila sekali tengok tu tak perasan pun yang dalam gulai tu turut terdapat buah ara ni. Aku nampak rupanya sama jer dengan ketulan daging tu hehe... Tapi bila suap ke mulut, eh eh lain macam jer? Lembut jer? Benda apa ni?

Bila suami cakap buah ara, hmmm berkerut jugalah muka aku masa tu. Dalam kepala mula berfikir, boleh makan ke buah ara ni? Tapi dalam masa yang sama akal logik aku pula berkata..."kalau tak boleh makan napa diaorang buat gulai guna buah ni?" Jadi apa lagi... aku telan je la dan percaya atau tidak rasanya mashaaAllah... sedappp ualls :D

Gulai Daging Bersama Buah Ara yang aku makan baru2 ni.

Tapi bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan gulai daging bersama buah ara ni sebabnya masakan ni boleh di katakan salah satu dish yang agak special kat sini. Selalunya gulai daging bersama buah ara ni hanya di hidangkan di kenduri-kenduri jer. Kalau pergi cari kat restoran biasa-biasa memang payah giler nak jumpa. Mudah cakap macam gulai daging bersama umbut kelapa atau batang pisang yang agak terkenal di utara tu la. Kalau hari-hari biasa bukannya mudah nak dapat. Agaknya sebab payah nak buat kot!

APAKAH KELEBIHAN BUAH ARA NI?
Berkat bantuan Mr.Google, di katakan pohon ara ni berasal dari daerah kepulauan di Asia Tenggara dan ianya banyak tumbuh di negara-negara asia termasuklah Malaysia. Selalunya pohon ara ni banyak terdapat di pinggir-pinggir sungai tetapi ia juga boleh tumbuh di dataran rendah hingga tinggi.

Nama panggilan tempatan untuk si pohon ara ni adalah berbeza-beza mengikut daearah masing-masing. Antaranya 'ara' (Malaysia), 'cay sung' (Vietnam), 'ma duea' (Thailand), 'ju guo rong'(Tiongkok),'elo' (Jawa) dan 'loa' (Sunda).

Pohon pokok ara ni sangat besar dan sebab itu selalunya penduduk hanya membiarkannya terus tumbuh untuk dijadikan sebagai peneduh. Buahnya yang sebesar bola pingpong pula akan keluar secara bergugusan seperti anggur pada batang utama dan dahan. Selalunya ia akan bertukar dari warna hijau kepada kuning atau kemerahan setelah masak.

Dikatakan buah ara ini berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit diabetes, rematik, asma, bronkitis, batuk kering, hemoptipis, keputihan, penyakit ginjal dan juga boleh membantu mengurangi kembung perut.

Ualls macamana? Pernah makan tak buah ara sebelum ni?

3 comments:

  1. Banyak kelebihan buah ara ni rupanya Awa... LZ tak tahu langsung sebelum ni..

    Good info Awa..

    ReplyDelete
  2. tak kenal pulak buah ara & pokok ara ni. Tak tahu lah pernah makan ke tak :P

    ReplyDelete