Ara - Pokok Terpinggir Yang Banyak Manfaat
sumber Google |
Lagipun pokoknya tu agak tinggi so untuk apa aku susahkan diri ambil tahu tentang pokok ni kan?
Tetapi pemindahan aku ke Kelantan telah membuatkan pemahaman cetek aku tentang si pohon ara turut berubah.
Tetapi pemindahan aku ke Kelantan telah membuatkan pemahaman cetek aku tentang si pohon ara turut berubah.
Terasa bodoh pula aku kerana cepat sangka buruk sangka.
Itulah, dalam Islam kan dah sebut yang setiap benda ciptaan Allah SWT ni pasti ada kegunaanya cuma kita ni je yang malas nak ambil tahu.
Berada di Kelantan membuatkan aku dapat merasa si buah ara yang selama ini hanya aku pandang sepi. Masa pertama kali makan aku sendiri tak tahu buah apa lah yang sedang aku mamah tu.
Berada di Kelantan membuatkan aku dapat merasa si buah ara yang selama ini hanya aku pandang sepi. Masa pertama kali makan aku sendiri tak tahu buah apa lah yang sedang aku mamah tu.
Ye lah, orang kat sini potong kecil-kecil dan di masak gulai bersama dengan daging jadi bila sekali tengok tu tak perasan pun yang dalam gulai tu turut terdapat buah ara ni. Aku nampak rupanya sama jer dengan ketulan daging tu.
Tapi bila suap ke mulut, eh eh lain macam jer?
Lembut jer?
Benda apa ni?
Bila suami cakap buah ara, hmmm berkerut jugalah muka aku masa tu.
Bila suami cakap buah ara, hmmm berkerut jugalah muka aku masa tu.
Dalam kepala mula berfikir, boleh makan ke buah ara ni?
Tapi dalam masa yang sama akal logik aku pula berkata..."kalau tak boleh makan napa diaorang buat gulai guna buah ni?" Jadi apa lagi... aku telan je la dan percaya atau tidak rasanya mashaaAllah. Sedap.
Gulai Kawah Daging Buah Ara Selalu Ada Di Kelantan
Ini rupa gulai daging bersama buah ara. Peratikan betul-betul, mana satu daging dan mana satu buah ara?
Gulai Daging bersama Buah Ara - kredit pic Azie Kitchen |
Tapi bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan gulai daging bersama buah ara ni sebabnya masakan ni boleh di katakan salah satu dish yang agak special kat sini. Selalunya gulai daging bersama buah ara ni hanya di hidangkan di kenduri-kenduri jer.
Kalau pergi cari kat restoran biasa-biasa memang payah giler nak jumpa. Mudah cakap macam gulai daging bersama umbut kelapa atau batang pisang yang agak terkenal di utara tu la.
Kalau hari-hari biasa bukannya mudah nak dapat. Agaknya sebab payah nak buat kot!
Jenis Pokok Ara Dan Kelebihanya
Berkat bantuan Mr.Google, pokok ada scientific name adalah Ficus. Pokok ara, dikenali dengan nama saintifik Ficus carica adalah pokok yang menghasilkan buah-buahan yang enak dengan rasa manis masam.
Menurut info Google juga, dikatakan pohon ara ni berasal dari daerah kepulauan di Asia Tenggara dan ianya banyak tumbuh di negara-negara asia termasuklah Malaysia.
Selalunya pohon ara ni banyak terdapat di pinggir-pinggir sungai tetapi ia juga boleh tumbuh di dataran rendah hingga tinggi.
Nama panggilan tempatan untuk si pohon ara ni adalah berbeza-beza mengikut daearah masing-masing. Antaranya 'ara' (Malaysia), 'cay sung' (Vietnam), 'ma duea' (Thailand), 'ju guo rong'(Tiongkok),'elo' (Jawa) dan 'loa' (Sunda).
Pohon pokok ara ni sangat besar dan sebab itu selalunya penduduk hanya membiarkannya terus tumbuh untuk dijadikan sebagai peneduh.

Buahnya yang sebesar bola pingpong pula akan keluar secara bergugusan seperti anggur pada batang utama dan dahan. Selalunya ia akan bertukar dari warna hijau kepada kuning atau kemerahan setelah masak.
Dikatakan buah ara ini berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit diabetes, rematik, asma, bronkitis, batuk kering, hemoptipis, keputihan, penyakit ginjal dan juga boleh membantu mengurangi kembung perut.

Jemput join :
Telegram Rasmi Sis Hawa Blog https://t.me/sishawadotcom
Telegram Rasmi Info Ibu Hamil & Baby https://t.me/ibuhamilmalaysia
Banyak kelebihan buah ara ni rupanya Awa... LZ tak tahu langsung sebelum ni..
ReplyDeleteGood info Awa..
tak kenal pulak buah ara & pokok ara ni. Tak tahu lah pernah makan ke tak :P
ReplyDeleteTak pernah makan buah ara
ReplyDeletepokok ara boleh sambung sisip(graft) dgn pokok tin untuk jadikan pokok tin yang lebih kuat dan taha. dengan cuaca malaysia. pokok ara adalah dalam keluarga pokok tin
ReplyDeleteYg dlm gambar tu ara lain..ara yg buh dalam gulai tu biasa buah ara sungai..ara gambar atas tu smpai ke buah lau toreh byk getah...ara sungai ade getah sikit je kt tangkai
ReplyDelete