SEKARANG CIMBCLICKS SUDAH BERTUKAR WAJAH... >> KLIK SINI << UNTUK PANDUAN CARA GUNA WEBSITE CIMBCLICKS YANG BARU...
Assalamualaikum ualls... Baru-baru ni aku ada dapat soalan dari salah seorang rakan blogger (Kak Wani) melalui inbox facebook bertanyakan bagaimana cara untuk semak transaksi pembayaran di dalam CIMB Clicks. Beliau tanya pada aku sebabnya aku selalu gak dok share pembayaran dari pelanggan yang membuat tempahan edit blog ke dalam akaun CIMB aku.
Di sebabkan aku ni pengguna setia CIMB Clicks maka bolehlah aku jawab pertanyaan dari Kak Wani ni.
Sebelum tu, kalau ualls nak tahu aku ni sebenarnya ada dua akaun online banking. Yang pertama ialah Maybank2u dan yang ke dua adalah CIMB Clicks. Tapi! Aku lebih suka gunakan CIMB Clicks daripada M2U. Nak tahu kenapa?
SEBAB KENAPA LEBIH SUKA GUNA CIMBCLICKS
Ini adalah kerana detail yang di berikan di dalam CIMBClicks adalah lebih detail daripada M2U. Memang ke dua-duanya ada menunjukkan tarikh bila pembayaran di buat ke akaun kita tapi masalahnya di dalam M2U sama sekali tidak di berikan masa bilakah pembayaran tersebut di lakukan ke dalam akaun bank kita. M2U hanya tunjuk tarikhnya ajer.
Cuba lihat contoh transaksi duit keluar masuk dari akaun Maybank2u ni,..
![]() |
SUMBER DARI GOOGLE |
Sekarang kita tengok pula contoh transaksi duit keluar masuk dari akaun CIMBClicks.
![]() |
Bukan hanya ada tarikh tetapi juga MASA.
|
Bagi seseorang yang sering berlaku transaksi di dalam akaunnya, MASA yang di berikan boleh membuatkan tuanpunya akaun berasa lebih mudah semasa berurusan dengan pelanggan-pelanggannya.
Ye lah, kalau dalam sehari tu ada lebih dari satu transaksi dengan jumlah yang sama, bukankah agak susah dan kelam kabut jika hanya ada tarikhnya saja. Jika si pembayar berikan 'Description' masa buat transaksi tak apalah, tapi jika si pembayar bayar pakai ATM jer? Mana nak keluar detail yang lengkap tu.. jadi masa yang tepat ni lah yang boleh kita gunakan sebagai rujukan sebabnya masa yang di tunjuk ni adalah sama seperti masa yang terdapat pada slip si pembayar. Secara tidak langsung, jika pelanggan nak cuba-cuba tipu pun tak boleh.. hehe..
Di sebabkan Kak Wani belum tahu lagi cara untuk check sejarah duit keluar masuk akaun CIMB Clicks ni... jadi kat sini aku kasi sekali step by step.. harap dapat bantu Kak Wani lepas ni..
CARA CHECK DUIT KELUAR MASUK DALAM CIMBCLIKS
1- Pergi ke laman web CIMBClicks DI SINI
2- Login ke akaun CIMBClicks menggunakan kata laluan yang betul
3- Klik pada bahagian MY ACCOUNTS
4- Klik pada bahagian VIEW ALL ACCOUNTS
5- Klik di atas nombor akaun ualls
![]() |
Lepas klik atas nombor akaun, akan keluar lah semua sejarah duit keluar masuk utk akaun CIMB ualls |
![]() |
Klik atas icon printer tu kalau nak print ye |
![]() |
Bukan M2U je boleh print tau... CIMBClicks pun boleh juga,.. hehe |
Soalan Tambahan:
Bagaimana jika kita yang membuat bayaran melalui CIMBClicks kemudian terlupa untuk simpan detail pembayaran tu?
Jawapan:
1- Pergi ke laman web CIMBClicks DI SINI
2- Login ke akaun CIMBClicks menggunakan kata laluan yang betul
3- Klik pada bahagian CLICKS TRANSACTION HISTORY
4- Klik di atas REFER NUMBER
![]() |
KLIK DI ATAS REFER NUMBER TRANSAKSI YANG ANDA TELAH BUAT |
![]() |
BUKTI PEMBAYARAN YANG ANDA PERLUKAN AKAN MUNCUL.. BOLEH SCREENSHOT ATAU PRINT MENGIKUT KEHENDAK UALLS |
Antaranya semasa aku nak tukar nombor telefon untuk dapatkan TAC. Aku dah pernah tukar nombor telefon untuk Maybank2u dan caranya aku terpaksa pergi ke kaunter bank serta isi borang hanya untuk tukar nombor telefon bagi mendapatkan TAC Number. Tapi dengan CIMB, aku tak perlu susah payah buang masa beratur kat kaunter pun. Aku dengan senang hati bila-bila masa boleh tukar nombor telefon kat mesin ATM. Siap je tukar kat mesin ATM, aku dah pun boleh terus dapatkan TAC Number melalui nombor handphone aku yang baru.Yes!!
Maybank2u atau CIMBClicks itu adalah atas pilihan masing-masing. Cuma bagi aku, macam yang aku cakap tadi.. CIMBClicks lebih mampu memberikan kepuasan yang aku kehendaki.
takde acc cimb so guna maybank je la. so far, memang puas hati dengan maybank2u :)
ReplyDeletesis ada guna dua-dua.. itu yg boleh buat perbezaan tu.. takpe M2U pun okay janji boleh penuhi kehendak diri masing-masing..
Deletebetul tue Sis Hawa .. huhu sy pun suka juga guna cimb click.. baru2 nie terpaksa buka akan Bank Islam pula,, tp tetap x sama dgn cimb click hahaha
ReplyDeletetu la.. sis dh cuba macam-macam bank. CIMBclick paling best so far
DeleteSatu lg kelebihan cimb ni ada cawangan di setiap daerah di Kelantan. Kalau Maybank cuma ada di 4 daerah aje. Huhuhuhu...
ReplyDeletebetul3... CIMB lgi bnyk :D
Deletekena bukak jugak lah acc cimb...maybank dah tak banyak kat bangi ni...tapi cimb banyak...
ReplyDeleteCIMB mmg mudah nk jumpa kat mana-mana pun Kak Lin oi.. senang sngat. Diaorg punya sistem pun macam mudah sikit drp bank-bank lain. Awa dh cuba macam-macam bank and so far CIMB is the best!
DeleteSiqah takde cimb clicks. Cimb account pun takde 😅 Ada Maybank2u je.
ReplyDeletedulu sis ada dua2... skrg ada CIMB je hehe
DeleteLokman guna cimb clicks gak...sng
ReplyDeletesama.. setia dgn CIMB
DeleteHai.. saya nak tanya mcm mna kalau saya nak screenshot?? Cth saya beli barang dekat ig jadi saya kena ada bukti resit tapi saya bankin online jadi saya nak kena screenshot yg mna ekk?? Please reply URGENT
ReplyDeleteJika pembayaran telah di buat, login ke akaun CIMBCLICKS awak kemudian pergi ke bahagian MyAccounts dan klik pada Clicks Transaction History. Then, Pilih jer bayaran mana yang hendak di screenshot berdasarkan number #refer
DeleteHai, saya nak tanya.. Macam mana kalau kita dah buat transaksi dan dia tulis failed tapi duit kita dia tolak...hm macam mana nakbg bukti pembayaran? Kat history pun tulis failed..anyone can help me?
ReplyDeleteboleh screenshot dan download penyata, kemudian bawa ke bank CIMB yg terdekat untuk selesaikan apa yg patut
Delete