Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Sertai Contest Giveaway Yang Di Anjur Blogger

Assalamualaikum semua...

ari ni aku terpanggil untuk buat tutorial cara bagaimana untuk sertai contest dan giveaway yang sering di anjurkan oleh para blogger. Aku pasti ramai yang dah tahu tapi kesian juga pada blogger-blogger baru yang masih tak pasti apakah yang perlu di lakukan sebagaimana syarat yang di tetapkan oleh seseorang blogger tu.

Untuk mudah faham... meh nak kasi contoh step by step dari awal sampai akhir...
Mula-mula sekali mestilah cari contest yang sedang berlangsung. Nak cari contes terbaru anjuran blogger ni mudah je,  hanya perlu tanya pada Mr.google. InshaaAllah mesti akan keluar kat kotak carian.

Okay katakan sekarang nak join MERDEKA CONTEST SULAMAN COMEL kat SINI.

https://sulamancomelkaknoor.blogspot.my/2017/07/sulaman-comel-merdeka-contest.html

Mula-mula baca dulu keseluruhan post yang di tulis oleh si blogger tu. Terutama pada bahagian syarat yang di tetapkan.

 SYARAT-SYARAT UNTUK MENYERTAI

1- Buat satu entry bertajuk "SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST"

2- Copy banner di atas dan backlink kan semula ke sini.

3- Follow blog dan Sis Hawa

4- Like pages 

5- Follow IG [jika ada akaun Instagram]

6- Tinggalkan link entry anda di ruangan komen 


Bila dah baca syarat-syarat nya tu, mulalah start buat mengikut permintaan si penganjur dengan betul dan berhemah. Jangan sesekali skip mana-mana bahagian ok. Join kena betul.

1- Buat satu entry bertajuk "SULAMAN COMEL MERDEKA CONTEST"
Maksudnya -  perkara pertama yang perlu di lakukan ialah membuat satu post (entry) dengan meletakkan nama contest tu sebagai tajuk.

2- Copy banner di atas dan backlink kan semula ke sini.
Rasa susah nak faham kan? Takpe ku sertakan sekali gambarnya...

Entry baru dengan nama contest sebagai tajuk berserta gambar banner contest 

BACKLINK kan semula ke sini.... aku yakin mesti ada yang keliru part ni kan?

CARA UNTUK BUAT BACKLINK

Untuk buat backlink, mula-mula sekali  ualls perlu copy link entry contest dari blog penganjur.


Sekarang, pergi semula kepada entry yang kita siapkan tadi dan klik  di atas gambar banner yang telahpun berada di dalam entry kita tu.
Bila dah di klik gambar banner, terus halakan cursor ke arah perkataan Link dan klik di atas perkataan Link terbabit.

Sekarang masukkan link entry contest dari blog penganjur tadi ke dalam kotak URL yang terpapar. 

Sekiranya ualls terus copy image dengan cara copy paste, maka bila ualls klik pada perkataam Link, tidak akan ada kotak yang akan keluar kerana gambar tersebut sudahpun ualls copy berserta dengan backlinknya sekali tanpa sedar.

APA GUNANYA BACKLINK?
Backlink ni penting tau! Jika kita buat backlink pada sesuatu gambar, maka apabila di klik pada gambar tersebut maka ia akan terus pergi kepada pemilik asalnya. Backlink ni juga boleh di buat pada mana-mana perkataan.

Sebagai contoh... cuba ualls klik atas tulis ni >> MAKEOVER BLOG CANTIK & MURAH , tetiba je terus pergi ke laman blogku yang lagi satu kan? Itulah dia gunanya fungsi backlink.

*************

Okay sekarang kita kembali kepada syarat untuk join contest ni tadi. Syarat ke 3 - ke 6 ialah:
3- Follow blog Sulaman Comel Kak Noor dan Sis Hawa

4- Like pages Chubby Baby Best

5- Follow IG @sulamancomel [jika ada akaun Instagram]


tak susah mana.. hanya perlu klik atas perkataan yang telah di buat oleh penganjur dengan menggunakan kaedah backlink tu dan eh tak kan tak tau... FOLLOW le.. :D

Syarat terakhir untuk join contest ni....
6- Tinggalkan link entry anda di ruangan komen 

Untuk syarat terakhir ni, ualls publish dulu entry yang dah ualls tulis tadi. Kemudian pergi semula ke entry contest di blog penganjur dan tinggalkan link entry contest yang telah ualls tulis dan publish ni di ruangan komen pada blog penganjur.
Itu lah caranya untuk join contest yang di anjurkan oleh geng blogger. Senang je sebenarnya cuma mungkin agak kekok la pada blogger yang baru mula-mula hendak berjinak dengan dunia blog.

Yang pasti, ini adalah salah satu keseronokan untuk berblog. Bukan hanya dapat luah rasa hati, beri info, berkawan dan baca kisah orang malah dapat menang macam-macam contest.

Pada yang belum join MERDEKA CONTEST SULAMAN COMEL tu sila-silakanlah join ya. Hadiahnya pun sangat awesome tu tau.

Lepas settle contest Sulaman Comel tu, InshaaAllah akan berkolaborasi dengan seorang lagi blogger yang lain. Jeng jeng jeng :D





2 comments for "Cara Sertai Contest Giveaway Yang Di Anjur Blogger"