Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dulu Blogspot Kini Dot Com

Lepas berkira-kira itu dan ini. Akhirnya aku nekad! Aku nekad untuk benar-benar menjadi seorang blogger sepenuh masa. Keputusan ni aku buat setelah bisnes servis edit blog dan makeover sudah semakin mendapat sambutan dari hari ke hari.

Maka, dengan berbekalkan hasil dari mengedit blog tersebut, aku gunakan sedikit untuk membeli domain melalui NetKL.com

Syukur alhamdulillah proses membeli dan memasang domain untuk blog ini berjalan dengan lancar dan mudah. Walau baru semalam aku beli domain, hari ini semuanya dah selesai. Bagus betul perkhidmatan yang di sediakan oleh NetKL ni..

Bagi yang berhajat untuk menukar domain, harga yuran untuk setahun hanyalah RM45 sahaja. Jika tak tahu cara nak pasang domain ni dan nak minta pihak NetKL yang tolong pasangkan, maka caj tambahan untuk pemasangan akan di kenakan sebanyak RM10. Kalau dulu caj pemasangan RM3 je tapi sekarang dah naik ulls. But tak kisahlah, janji senang kerja! Lagipun caj pemasangan ni di kenakan sekali saja.

Maka dengan ini, bersamaan dengan 08.08.017, bermulalah perjalanan blog Sis Hawa dengan azam  yang baru. Untuk lebih menaikkan semangat, aku telah menukar penampilan untuk blog ni. Kalau dulu menggunakan warna yang agak pastel, kini aku gantikan dengan warna yang lebih terang. 1st time aku buat dan guna warna tema Hitam dan Merah ni... :D

dulu : sishawa.blogspot.com

kini: sishawa.com
Sekarang aku dalam proses untuk beli satu lagi domain untuk blog ke dua aku. Kiranya blog pertama ni lebih kepada personal, isu semasa dan santai-santai manakala blog ke dua aku tu pula aku khususkan hanya untuk bisnes edit dan makeover blog yang sedang berjalan sekarang ni. Blog ke dua tu pun aku dah tukar templatenya.

blog ke dua http://rosbirumuda.blogspot.my/ akan menjadi dot com juga tidak lama lagi
Di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih banyak pada semua rakan-rakan blogger yang tak pernah jemu singgah, komen dan beri sokongan pada bisnes edit blog dan makeover aku tu. Aku akan sentiasa berusaha untuk beri yang terbaik dari masa ke semasa cuma kalau ada salah dan silap aku minta maaf awal-awal. Tambah-tambah dalam keadaan berbadan dua sekarang ni.

Yang pasti, hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian. 

P/s: JOM KITA PAKAT TUKAR DOMAIN SAMA-SAMA :D

21 comments for "Dulu Blogspot Kini Dot Com"

  1. Tahniah sis... akhirnya.... moga lebih berjaya...

    ReplyDelete
  2. tahniah hawa..cantik template baru..kemas je..

    ReplyDelete
  3. Tahniah sekali lgi, kali nie komen kat blog pula hehe.. ringan sgat masuk blog wajah baru akak ~~ waahhhh keep on blogging sentiasa support akak ^^

    ReplyDelete
  4. Wah wah wah ... semakin cantik blog awa..
    Dan congrats dah ada domain sendiri.
    Lepas ni boleh apply google adsense, tmbah income lg .... semoga sukses selalu, amin.

    ReplyDelete
  5. Tahniah dear sbb dah keluarga dotcom. Lepas ni moga terus maju jaya dlm dunia blog. Heheh sis xpenah tau hawa terima tempahan template blog.

    ReplyDelete
  6. tahniah awa.. blog awak sangat cantik.. suka Nurul tengok :D

    ReplyDelete
  7. Tahniah Awa..Moga lebih maju ;)

    ReplyDelete
  8. Tahniah sis.. Semoga sis dipermudahkan segala-galanya dan selamat maju jaya dalam bidang blogging.. =) Memang cantik template sis nie..

    ReplyDelete
  9. Tahniah. Nanti lebih semangat nk update blog kan? 😁 Sepatutnya blogger2 fames yg lain ikut jejak sis awa. Tp ada lg yg masih kedekut nak beli domain.

    ReplyDelete
  10. Selamat maju jaya dalam dunia blog, Hawa... :)

    ReplyDelete
  11. tahniah sis. saya pun tak tahu la nak buat domain ke tidak. haha

    ReplyDelete
  12. wahhh, tahniah! IQ nak tukar domain jugak, tapi tak tahu bila..heee

    ReplyDelete
  13. Sayang nak tukar ke domaiñ hehe apapepon tahniah akak

    ReplyDelete
  14. tahniah sis hawa...seronok ada domain sndiri kak..jemput singgah www.hakimramli.com

    ReplyDelete
  15. Tahniah.
    Semoga bussiness terus berkembang.

    ReplyDelete
  16. wahhh. tahniah kak awa. welcome to dot com. hehe.

    ReplyDelete
  17. All the best Sis Hawa! Semoga bertambah maju jaya :)

    ReplyDelete
  18. wow murah je domain diorang. Nak tukar lah jugak nanti. Saya suka template baru ni. Combination warna cantik sangat. Good luck sis hawa dalam karier baru ni & semoga bisnes makin rancak! :D

    ReplyDelete
  19. tahniah sis hawa. template untuk kedua-dua blog cantik sangat. mya suka.

    ReplyDelete
  20. tahniah sishawa..keep.blogging..

    ReplyDelete