Giveaway By LZ - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

21 Aug 2017

Giveaway By LZ

Masa tengah berblogwalking semalam aku sempatlah singgah sekejap ke blog LZ aka Lady In Red Planner. Dah agak lama tak singgah ke 'rumah' LZ sampaikan aku tak perasan yang dia sedang adakan GA. So, alang-alang dah sampai ke 'rumah' LZ, aku wat keputusan untuk tumpang sekaki. Mana tau ada rezeki :D 

- KLIK BANNER UNTUK JOIN -
Syarat yang LZ letakkan cukup cukup mudah. Hanya perlu follow blog dan Insta serta Like fanpages beliau. Thats it! Tapi... ada satu syarat lagi yang perlu aku turuti iatu dengan memberikan pendapat ikhlas tulus suci berkenaan blog beliau. 

Alamak! Acaner ni? Aku ni kalau mula bagi review sehari semalam pun tak boleh habis. Kikiki.
Tak mengapalah, atas nama sebuah persahabatan aku akan reviewkan blog untuk LZ. Harap-harap LZ dapat terima lah pandangan dari aku si penulis blog bersize ikan bilis ni. Huhu.. 

Assalamualaikum LZ. 1st off all Awa minta maaf kalau apa yang Awa tulis ni boleh buat LZ tak sedap hati ye. But as a friend (bukan musuh tau), Awa tulis seikhlas hati dengan niat kerana Allah ye.

Review for : LADY IN RED PLANNER

1- Template
LZ menggunakan template Sugar Clean & Responsive. Template ni okay. Responsive, mobile friendly dan dalam masa yang sama cukup mudah dan ringan untuk di loading. Nice choice.

2- Warna 
Hitam + Merah + Putih... Of course Awa akan cakap warna ni okay dan cantik sebabnya blog Awa pun gunakan warna yang sama juga. Hehe. Kita sama citarasa nampaknya soal warna.

3- Header & Menu Bar
Simple, menarik dan mudah di fahami. Dah terang nyata lagi bersuluh. Kalau sapa tak faham juga tak taulah.. Memang begitu pun sepatutnya tugas sebuah header iaitu untuk memberitahu orang lain apakah fungsi dan tema untuk sesebuah blog kita tu. Menu Bar pula mengikut pelbagai kategori yang ada dan amat memudahkan para pembaca untuk membaca post mengikut topik yang di sukai.

4- Background Post 
Warna putih adalah pilihan terbaik sepanjang zaman. Memang warna putihlah yang harus di gunakan untuk bahagian post supaya memudahkan para pembaca. 

5- Penggunakan Ayat Yang Simple & Menarik
Santai dan tak serabut. Memang suka baca blog yang santai santai ni.. Relaks jer.

APA YANG BOLEH DI PERBAIKI?
* Colour untuk Link - jangan pakai warna kelabu macam sekarang. Tak perasan. 
* Sidebar - gunakan border warna merah untuk nampak lebih menonjol.
* Navigation - boleh gunakan warna merah lembut sebagai latarbelakang.
* Pasang Shoutbox - memudahkan pembaca tinggal jejak selepas blogwalking

Hanya dengan sedikit sentuhan warna merah pada bahagian Navigation dan sidebar, blog LZ akan tampil lebih cantik, menawan dan menarik.


Pada yang belum join.. jom ikut serta sama-sama untuk beri support pada blog LZ. :D
FACEBOOK : SITI AWADAH

7 comments:

  1. Thank you so much Awa for joining my giveaway 💕.. LZ terima pendapat yang dinyatakan dengan hati terbuka.. In shaa Allah setiap komen yg diberi akan LZ pertimbangkan, really appreciate it.. Senarai peserta akan dikemaskini dari semasa ke semasa..

    Good luck Awa & have a wonderful day!😍💕

    ReplyDelete
  2. Good luck! wah panjang lebar reviews Awa.

    ReplyDelete
  3. good luck sis..dari GA yang sama

    jom join GA by Ashiqin
    https://aztieyshana.blogspot.my/2017/08/face-mask-giveaway-by-asyiqin89.html

    ReplyDelete
  4. Singgah dari GA yg sama :)

    http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2017/08/giveaway-by-lz.html

    ReplyDelete

Post Top Ad

Responsive Ads Here