LAZADA Merdeka Blogger Contest - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

26 Aug 2017

LAZADA Merdeka Blogger Contest

Semalam bila tengah check mesej dalam inbox email, ternampaklah mesej yang di hantar oleh pihak LAZADA Malaysia. Wah wah wah, ada contest lagi rupanya. Ni yang buat aku makin excited bergelar seorang blogger ni. :D

Contest kali ni Lazada anjurkan sempena dengan MERDEKA! MERDEKA! SALE yang sudah pun rancak bermula di website utama mereka. Mana lagi kalau bukan di http://www.lazada.com.my/. Sales ni akan tamat pada 31 August 2017 dan tawaran diskaun yang diberikan adalah sehingga 80%. Namapun MERDEKA! MERDEKA! SALE jadi semestinya kempen ni diadakan khusus untuk menghargai hari kemerdekaan negara kita di dalam bulan Ogos ni.

MERDEKA! MERDEKA! SALE by LAZADA
LAZADA ni kalau tak buat sales memang tak sah! Pastu diskaun yang di berikan pula memang sangat-sangat banyak. Pilihan pun sangat pelbagai jadi tak hairanlah bila ramai pengguna sanggup menjadi pelanggan setia Lazada, termasuklah aku...

Aku sendiri dah tak tahu berapa banyak barang Lazada yang dah aku beli. Yang pasti bukan setakat harga je rendah malah servis diaorang juga sangat tip top. Sepanjang aku menjadi pelanggan Lazada ni belum pernah sekalipun ada apa-apa masalah. Syabas Lazada.

Disebabkan aku ini seorang blogger, jadi sudah semestinya aku tak nak lepas peluang untuk sertai peraduan ni. Mana tahu kalau-kalau ada rezeki, bolehlah aku shopping barang-barang keperluan baby yang bakal lahir tak lama lagi ni. Bayangkan, dapat menang contest pastu dapat pula shopping di website seller kegemaran.. wahhhh sangat-sangat awesome! I like it very much :D

APA YANG AKU SUKA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA?
Aku cukup suka dan berbangga dengan keadaan negara yang boleh di diami oleh pelbagai etnik tanpa sebarang masalah yang besar. Apabila ada pelbagai etnik di sini maka aku bukan saja dapat melihat budaya kaum yang lain malah aku juga turut boleh merasa makanan mereka. Pendek kata, tinggal di Malaysia ni seolah-olah sedang tinggal di Tanah Melayu, China dan India walau hakikatnya kaki aku ni tetap berpijak di tempat yang sama jer semenjak aku lahir hinggalah ke saat ini. Best la tu kan?

Tak payah berhabis duit pergi ke China dan India tapi tetap dapat bersahabat dan bercampur dengan mereka. Makanan di Malaysia juga sangat-sangat sedap sebabnya mempunyai pelbagai elemen rasa yang pelbagai akibat campur aduk dari pelbagai etnik. (nampak sangat aku ni kuat makan kan? hehe)

Selain dari tu kat Malaysia ni ada pelbagai tempat yang menarik dan cantik. Jika aku tinggal di negara barat sudah semestinya aku perlu bercuti mengikut musim tapi di Malaysia ni aku boleh bercuti pada bila-bila masa yang aku suka. Aku tak perlu khuatir tentang musim sejuk dan aku juga tak perlu tunggu hingga tiba musim panas. Fikir saja nak ke mana dan bila, lepas tu boleh terus pergi tanpa apa-apa masalah.

JENAMA TEMPATAN YANG AKU SUKAI?


Aku cukup suka dengan jenama JELITASARA
Bagi aku jenama ni bukan saja berjaya menampilkan design yang terkini dan menarik malah harganya juga sangat berpatutan. Ualls tengok lah sendiri sebahagian dari produk yang JELITASARA tawarkan ni.. betul tak cakap aku? Bukan saja cantik dan menarik malah harganya juga sangat munasabah. Kualitinya pun sangat-sangat bagus.

SHAWL

BAJU KURUNG
Sempena dengan kemerdekaan yang bakal tiba ni, eloklah kita ingat kembali sejarah kemerdekaan negara kita. Kita sekarang dapat hidup aman damai adalah atas jasa pahlawan-pahlawan negara yang telah bersusah payah menabur bakti, tenaga dan keringat untuk membebaskan tanah tumpah darah kita ini dari penjajah.

Jika tanpa mereka sudah tentu kita semua tidak dapat hidup dengan tenang di ketika ini dan sudah semestinya kita juga tidak dapat shopping dengan senang hati.. betul tak?

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! Jom... kita sama-sama raikan detik kemerdekaan ini bersama-sama Lazada!

6 comments:

  1. Cantikkkk !

    Selamat Hari Merdeka !

    Yes, semoga ada rezeki...Amin !
    Rezeki terpijakk gituuu~
    Mehla singgah tgk brg apa nona nak dari brand ni, eehehe

    http://nonasani.blogspot.my/2017/08/merdeka-sale-with-lazada-merdeka.html

    All the best yeah !

    ReplyDelete
  2. hi awa!!!komen 1st setelah ada domain sendiri!special untuk sifu tersayang!ceewaahhh

    ReplyDelete