Header Ads

MALAS CARI PASAL DENGAN CHILINDO

Assalamualaikum...

Kalau korang nak tau, sehari dua ni aku dok perati je website Chilindo. Bagi yang belum kenal, Chilindo ni merupakan sebuah website yang menawarkan jualan produk dengan cara bida (bid). Kalau beruntung dapat barang dengan harga yang jauh lebih murah dari harga semasa di pasaran tapi untuk berjaya membeli produk tersebut kenalah menang dalam urusan bidaan ke atas produk tu terlebih dulu.

http://www.chilindo.com/my/

Seronoknya rasa di hati apabila bidaan yang di buat berjaya. Excited sangat! Yelah bila dah berpeluang untuk membeli barang dengan harga yang agak murah siapa tak suka kan? Antara produk yang telah berjaya aku bida adalah seperti di bawah ni.
BABY CARRIER - RM19

NEWBORN BOOTIES & MITTENS - RM4.10

MAMA PORTABLE BAG - RM3.90
TROLI BAG - RM20
Aku memang suka dengan ke empat-empat barang di atas, terutamanya barangan baby tu dan hajat hati bolehlah di gunakan untuk baby yang bakal lahir hujung tahun nanti. Tapi, masalahnya sekarang hati aku dengan secara tiba-tiba jadi berbolak balik. Ini semua di sebabkan feedback pelanggan yang di tinggalkan di fanpages Chilindo.

CHILINDO - SERVIS TERUK!! YE KE?

Terus terang aku belum pernah lagi berurusan dengan pihak Chilindo yang sedang famous amos ni. Aku cuma sekadar menang bid dan belum lagi membuat sebarang pembayaran. Bukan sebab aku tak nak barang-barang yang dah melekat di kotak 'troli' aku tu tapi di sebabkan aku takut nak ambil risiko.

Memang jenis aku kot! Kalau nak berurusan tu, aku akan check dulu maklumbalas pelanggan dan jujur aku katakan maklumbalas terkini tentang Chilindo agak kurang memuaskan. Ramai pelanggan telah meluahkan rasa tidak puashati.

Kata mereka....
  • Barang lambat pos
  • Barang rosak
  • Barang yang sampai tidak cukup
  • Aduan tidak di layan
  • Email tidak di balas
  • Panggilan tidak di jawab
Kalau tak percaya, ni aku kasi beberapa bukti.

BUKTI #1

BUKTI #2

Banyak lagi maklumbalas negetif untuk Chilindo ni sebenarnya. Kalau nak baca ke semuanya sekali, boleh pergi ke halaman utama Chilindo di Facebook. Ini link nya >> https://www.facebook.com/chilindomalaysia

Besar kemungkinan ini semua terjadi disebabkan limpahan pelanggan yang terlalu ramai sehinggakan pihak Chilindo sukar untuk mengekalkan mutu kualiti servis yang baik. Ye lah pelanggan berpusu-pusu datang so mesti dah jadi tak menang tangan kan? Kalau setakat seorang dua je yang tak puashati aku tak kisah sangat tapi ini tak... 

Anyway, rasanya buat masa ni AKU MALAS NAK CARI PASAL DENGAN CHILINDO. Seandainya servis Chilindo sudah okay sepenuhnya, InshaaAllah mungkin aku akan fikirkan semula akan keputusan aku ni.

Apa pendapat korang? Betul ke tidak tindakan aku ni?


35 comments:

  1. ehhhh, awa ... ada blogger yg share beli barang murah kat Chilindo, dan brg berjaya sampai di tangan .... tapi advice mrs pip la kan, beli sikit2 dulu, tengok servis dorg ok ke tak ... kalau ok, nextime beli lagi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, ada baca kat blog Lea dia beli barang sampai ok. Tapi kat pages FB banyak snagat komen negetif. Risau pulak

      Delete
  2. Selalunya kes macam ni yang beli banyak-banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang masing2 akan beli lebih dr 1 or 2 item.. sbb nak jimat kospos...kos posnya kira sekali je RM8.

      Delete
  3. Kalau gitu better xyah join bid dar awal kot. hihi. cer try shopping kat shopee :)

    ReplyDelete
  4. alamak..risau pulak....
    harap² barang yg nak terima nanti elok² dan cukup laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awa tolong doakan.. inshaaAllah... hrp2 ok... nnti share ya..

      Delete
  5. Barang yang diaorang bid tu barang syarikat ke atau orang lain jual barang kat situ? Macam mudah.my...

    ReplyDelete
  6. tak pernh tahu psal ni..tp bila siti sharing mcm ni..takut pun hader

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah dulu... sis ni mmg kurang berani nak tanggung risiko.. takut nanti tak pasal kena bising ngan suami. hehe

      Delete
  7. kalau tengok dekat page fb tu memang byk komen negatif dari positif , ramai jugak yang suruh pilih COD , tapi kalau duduk negeri lain ada jugak ke khimat COD tu ..
    saya pun ada menang satu bid lampu , tapi tak tahu lah nak bayar ke tak nak , risau sampai2 tak elok , nak kena return satu hal pulak

    ReplyDelete
  8. saya pun ada bid and menang. tapi tak proceed jgk sebab baca feedback kat fb dorang mostly negative je. Even dapat bid harga murah pun still keluarkan duit jugak kan. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal. Sikit ke banyak ke... $$ jugak

      Delete
  9. Barang Chilindo ni kualiti so-so je, Barang yang dijual pun dikira biasa2 je, IQ pernah beli sekali, dan cukup sekali je la IQ beli. malas nak bid. Sebab kualiti dia biasa2 jer

    ReplyDelete
  10. Puas hati, kalau harga tuh murah, xlebih bajet kita...
    Nona beli, ok jer~xde kebabom sangat, tp beli brg kecik2 je...nnti Nona review kt blog.hehe..

    jomm shopping at Shopee

    http://nonasani.blogspot.my/2017/07/memori-hijab-stars-tour-johor-bersama.html

    ReplyDelete
  11. Saya pernah join bid tapi belum bayar...hihi..kalau gini gaya tamo la amik risiko =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis pun sampai sudah tak bayar kiki

      Delete
  12. pernah jugak join bid tapi macam too good to be true so malas lah nak beli lagipun kos pos dia mahal nau

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama mcm sis la ni... malas nk ambil risiko

      Delete
  13. Pernah ikot join Chillindo Thai. Tapi tak pernah menang. hehe.. Coba try beli dulu sekali. yang murah je dlu sis. nnti boleh buat review.

    ReplyDelete
  14. Benda ni best tapi bahaya kalau dah terjebak hahaha.

    ReplyDelete
  15. Salam.. Nk share skit, Sy dah banyak beli barang kat chilindo, basicly klau guna cod, barang akn samapai dalm 3-5 hari, setakat ni barang yg diterima ok la, dri 5 kali pembelian 50++ barang yg dibeli cuma 1 jer yg salah barang, soal kualiti barang ada yg bagus dan ada yg kurang, tpi ok la klau nk guna dan berbaloi dgn harga bid, soal customer servis dia memang mcm haram skit la, payah nk berhubung fb pun banyak yg blas auto reply, call payah nk angkat,chilindo ni borong barang kebanyakan dari china dlam kuantiti yg banyak sebab tu barang yg di bid boleh dikatakan sama, lambat nk tukar barang baru coz nk bg habiskan stok barangan sedia ada bru diorg masukan barang baru. Skla kepuasan harga bid sy boleh bgi 8 dri 10, customer servis 3 dari 10, kualiti barangan 5 dri 10 point. Dan kalu nk bid kat cholindo ni ada teknik dan taktik yg perlu difahami untuk menang bid dgn harga yg boleh dikatakan murah 50-70% dari harga pasaran. Harap dapat membantu dgn info ni. Bye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice... sharing is caring... tima kasih banyak atas info ni. Sis hargai sangat... :D

      Delete
  16. Alhamdulillah beli sabtu..semalam 15 ogos isnin smp...barang ok..blm test lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. tahniah... nanti boleh la share

      Delete
  17. Bila dh baca review semua ni jd takut plak nk ke step buat payment.. huhuhu sy dh menang 1 barang tadi. Peram je la dlm troli tu xpe kn. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 1 baik peram dulu... boleh jimat kospos. Tapi kalau tak bayar nnti lama-lama semua barang yg berjaya di bid tu akan hilang macam tu je dari cart.

      Delete
  18. sye ade mng bid kt chilindo.. tp still x wat payment.. adkh akn dikenakn sbrg tindakan dripda pihak chilindo? .. mohon prncerhn

    ReplyDelete

Powered by Blogger.