NURRAYSA - Ada Cerita Di Balik Cerita! - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

25 Aug 2017

NURRAYSA - Ada Cerita Di Balik Cerita!

Assalamualaikum ualls... Aku yakin ualls mesti tengok iklan ni di TV kan?

Apa sa? Nurraysa..
Mak Jah..?? Nurraysa...
Ya! Ini adalah iklan untuk produk NURRAYSA. Terus terang aku katakan, walau di tampilkan Joey sebagai penarik iklan namun aku tak tertarik sikit pun dengan ayat yang di tuturkan oleh si Joey tu. Apa yang lebih menarik minat aku adalah pengasasnya sendiri yang kelihatan bertutup habis. Dalam hati aku ni mula sangsi, "boleh ker jual produk kecantikan kalau muka di tutup habis macam tu?"

Alah, aku yakin mesti ada di kalangan ualls yang turut berfikir macam aku ni kan? Baik ngaku, jangan nak tipu tipu.. Yelah, dah namanya pun produk kecantikan mestilah harus di tampilkan wajah cantik sebagai bukti pengguna kan? Bukankah memang begitu selalunya bila melibatkan iklan ni? Ini berpurdah?! Eh tak sesuai kot? Macamana orang lain nak lihat kesan daripada penggunaan produk ni?

Tapi ternyata, nama Nurraysa makin hari makin mantap menular di bibir-bibir para wanita di luar sana. Sampaikan produk Nurraysa ni boleh di katakan ada terjual di mana-mana saja dan boleh di dapati dengan mudah. Terdetik juga di hati aku ni untuk tahu, apakah sebenarnya punca kejayaan produk ni sampaikan boleh menandingi produk yang lain? Tak kan dengan hanya menggunakan si Joey tu sebagai penarik iklan dah boleh hasilkan nama yang meletup kebaboom kot?

APAKAH KEISTIMEWAANMU WAHAI NURRAYSA?

Jadi hari ni aku terpanggil untuk cari cerita di balik cerita tentang produk NURRAYSA ni. Aku yakin ualls pun mesti nak tahu jugak kan? Macamanalah gamaknya seorang wanita berpurdah boleh jual produk kecantikan wajah dengan laris? Siapa sebenarnya pengasas si NURRAYSA ni?

Alhamdulillah, kerja aku menjadi makin senang apabila aku berjaya mengenali teamNurraysa beberapa bulan yang lalu. Perkenalan nibermula apabila ada salah seorang dari peniaga Nurraysa ni menghubungi aku untuk mendapatkan khidmat edit blog. Maka aku pun cubalah risik-risik siapakah sebenarnya team Nurraysa ni?

BIODATA PENGASAS NURRAYSA BEAUTY
  • Nama Penuh : Nur Ain Zolkepeli
  • Umur : 25 tahun
  • Asal : Dungun,Terengganu
  • Agama: Islam
  • Bangsa  : Melayu
  • Status: Berkahwin
  • Nama suami : Saiful Anuar Seliman
  • Pendidikan: 
- Sekolah Menengah Agama Durian Guling, Marang Terengganu
- Diploma Kejururawatan Universiti Asia Metropolitan, Kuala Lumpur

APAKAH MAKSUD NAMA NURRAYSA?
NUR - nama pengasas
RAY - nama anak sulung beliau, Rayyan
SA - nama suami beliau

PERMULAAN NURRAYSA

Pn Nur Aini berkahwin muda iaitu seawal usia 20an dan ketika tu dia masih lagi di dalam pengajian. Sejak mula berkahwin lagi dia dah pasang angan untuk tumpukan sepenuh masa pada family dan berhasrat besar untuk berkerja sendiri. Walau ada pendidikan namun demi keluarga beliau pernah berkerja sebagai juruwang di sebuah stesen minyak. Tapi lastly, Pn Nur Aini nekad berhenti kerja dan mula jalankan perniagaan secara online dari rumah dan memegang jawatan surirumah sepenuh masa.

PnNur Aini kita ni memulakan bisnes dengan menjual produk rumpai laut. Beliau start dgn menggunakan duit suaminya sebanyak RM500. Beliau ni memang minat dengan bidang kecantikan tapi dalam masa yang sama beliau amat menjaga tuntutan syariah. Memang ada yang mengatakan susah untuk wanita berpurdah menjalankan perniagaan kecantikan tapi Pn NurAini sikit pun tak kecik hati. Dengan nekad, niat dan percaya pada rezeki Allah SWT, beliau nekad untuk meneruskan apa yang dia minat. Akhirnya Allah SWT pertemukan beliau dengan salah seorang usahawan wanita yang sudah punya pengalaman selama 10 tahun dalam bidang perniagaan produk kecantikan dan dari situ beliau membuat produk pertamanya sendiri, iaitu sabun pencuci muka Nurraysa Beauty (Sabun Collagen).

** Kisah PnNurAini dan suami turut di paparkan dalam MY METRO

SABUN COLLAGEN NURRAYSA BEAUTY
Sabun ni di perbuat daripada rumpai laut, susu kambing, minyak zaitun dan herba tempatan. Semua bahan tersebut di adun halus sehingga menjadi sabun kolagen seperti yang di jual sekarang ni.
Sabun ini juga boleh di gunakan sebagai MASKER
GUNAKAN SEBAGAI PENCUCI MUKA & MASKER
Caranya mudah jer. Hanya perlu basuh wajah macam biasa lepas tu gosokkan ketulan sabun ke wajah. Letak sedikit air dan gosok hingga berbuih. Akhir sekali, urut keseluruhan wajah secara perlahan-lahan sehingga semua sabun tersebut di resap oleh kulit. Then boleh lah kita tidur macam biasa. Esoknya basuhlah wajah kita ni macam biasa. Dengan cara ni di katakan jerawat boleh kecut hanya dalam masa 3-4 ari jer. Hmm not bad..

KECANTIKAN DAN JUGA RAWATAN
Bahan yang selamat untuk turut di gunakan pada kulit bayi
Kaum Adam pun pilih NURRAYSA
HASIL JUALAN RAIH RM1 JUTA 
Terkejut juga masa aku lihat tentang hal ni di youtube. Setelah perkenalkan sabun collagen ni, Pn NurAini telah berjaya membuat hasil jualan sehingga RM1juta ketika berusia 23 tahun walau hakikatnya pada masa tu beliau hanya berniaga secara online dari rumah saja. Hasil usaha beliau untuk menaikkan martabat kaum hawa terutama surirumah-surirumah untuk sama-sama meraih rezeki Allah  SWT dengannya ternyata benar-benar membuahkan hasil.

Secara tidak langsung kejayaan ini juga telah membuka minda orang ramai di luar sana yang wanita berpurdah juga boleh berjaya dalam bidang perniagaan produk kecantikan. Berniaga bukan bergantung pada wajah-wajah yang di gunakan semasa iklan tetapi adalah pada kekuatan produk dan juga keperibadian pemilik perniagaan itu sendiri. Maka tak hairanlah kenapa Dato Vida sanggup keluar duit derma sana derma sini kan?

PERLUASKAN EMPAYAR
Sekarang Pn NurAini telah memperbanyakkan lagi produk di bawah keluaran syarikatnya. Selain set untuk penjagaan wajah beliau juga sudah mula mengeluarkan produk makeup, scrub, vitamin dan lain-lain lagi khas untuk para muslimah di luar sana. Beliau amat-amat pentingkan soal bahan yang di gunakan dalam semua produk keluarannya supaya bukan hanya selamat pada kulit malah halal dan mesra wudhu serta solat. 




YA!! MESRA WUDHU & MESRA SOLAT
Inilah keutamaan utama yang di tekankan oleh Pn NurAini dan niatnya baik beliau ni mula di angkat oleh ramai orang di luar sana. Makin hari semakin ramai menjadi pengguna produknya bahkan sudah mula menjadi pilihan para artis tanahair juga.

 

CUBA SENDIRI PRODUK NURRAYSA
Alhamdulillah, sekarang aku berpeluang untuk mencuba sendiri set penjagaan wajah Nurraysa ni. Yang aku paling best adalah sabun collagen nya. Baunya wangi dan yang buatkan aku rasa makin best, walau guna sedikit saja tapi buihnya banyak dan dapat cuci rata seluruh permukaan wajah. Lepas di bilas, kulit wajah menjadi lebih lembab dan tidak lagi berminyak. 

HUBUNGI SEGERA!!
Jika ualls rasa produk Nurraysa ni berbaloi untuk di cuba, boleh lah hubungi wakilnya yang bernama Syakirah Salimi (Kyra).   

Kyra ni bukan hanya seorang pengedar biasa malah dia juga sudah berjaya membimbing ramai surirumah di luar sana untuk berjaya menempa nama dan membuat income sendiri dengan menggunakan produk Nurraysa. Kyra turut mewujudkan sistem dropship pada mereka-mereka yang tidak punya modal untuk berniaga. 




FB : Syakirah Salimi (Kyra)
Whatsapp : 0134326004

** APA PENDAPAT UALLS TENTANG KISAH NURRAYSA NI? **

7 comments:

  1. wahhh teringin nak produk ni.. ada tak sesiapa nak suruh review syoknya hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana tau ada lepas ni suruh review.. :D

      Delete
  2. ok, seriously, kagum dengan pengasas Nurraysa ni ...
    boleh ka jadi mcm dia juga eh? ...
    insya allah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kagum ngan semangat dan keyakinan dia yg kuat terhadap Allah SWT.. muda lagi plak tu.Boleh je kalau nk brjaya juga Mrs Pip oi cuma mungkin di dalam bidang yg brlainan la kot... rezki Allah ni kan x sama.. yg penting did not give up

      Delete
  3. kagum dgn usaha dan semangat beliau.

    ReplyDelete
  4. Asalkan ada kemahuan, pasti ada jalannya

    ReplyDelete
  5. Saya memg guna produk nurraysa..eyeliner dia best. X menghitamkan mata dan mudah cuci

    ReplyDelete