Seronok Mandi Dengan Tuala Sulaman Comel KakNoor - SISHAWA DOT COM

Breaking

Post Top Ad

2 Aug 2017

Seronok Mandi Dengan Tuala Sulaman Comel KakNoor

Assalamualaikum, salam sayang kawan-kawan blogger semua.

Hari ni aku nak citer tentang satu servis ni. Servis ni di beri oleh KakNoor dan serius aku katakan yang ianya memang best dan awesome! Actually aku kenal dengan KakNoor secara tak sengaja di facebook beberapa bulan lalu. Kebetulan dia perlukan servis edit blog [SINI] dari aku dan bermula dari situ berjalanlah persahabatan antara aku dan KakNoor.

Aku selalu juga jenguk KakNoor di wall facebooknya. Mak ai cantik dan comel semua design sulaman yang KakNoor buat. Geram pula rasanya. Harga pun okay, sangat berbaloi dan berpatutan. Siap ada harga untuk pakej jimat lagi. Selain dari tuala design kanak-kanak, aku lihat KakNoor ada juga siapkan design untuk majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi, hari guru, hari jururawat dan lain-lain lagi lah.

Walaubagaimanapun, suka untuk aku beritahu yang mulai hari ni aku tak berasa geram-geram lagi. Nak tahu kenapa? Sebabnya aku sendiri dah berjaya dapatkan Tuala Sulaman Comel dari KakNoor buat anak tersayang. Yahooo...

Foto Siti Awadah.
Ini set baby. Ada 3 helai tuala (tuala mandi, tuala muka, tuala tangan)
Yang specialnya, boleh letak nama anak dan tarikh besdaynya sekali. Kalau nak letak kata-kata yang lain pun boleh, terpulang lah. Cakap je nak jahit perkataan apa, InshaaAllah KakNoor boleh buatkan.

Foto Siti Awadah.
tuala ini AWWAL MUQRI yang punya !!!
Senangkan bila ada kartun dan nama macam ni. Secara automatik anak kita dah tahu tuala tu siapa yang punya. Gerenti tak kan tertukar. Dan yang lagi best bila time bawa tuala untuk balik kampung dan pergi holiday ke mana-mana. Semua tuala dah siap dengan nama masing-masing. Wah... special gitu. I like!!

Kartun tu ada banyak jenis. Pilih je mana yang suka dan aku tak perlu banyak fikir sebabnya anak aku yang sorang ni cukup suka dengan Didi. Hari-hari layan Didi kat youtube pun takpe.

Foto Siti Awadah.
Muqri and Didi... bestfriend forever!
Foto Siti Awadah.Ohya, kualiti tuala pun bagus tau. Tebal, lembut dan mudah serap air. Mudah cakap memang puashati sangat dengan tuala dari pihak KakNoor ni. 

Seperkara lagi sebelum aku terlupa. Sekarang ni KakNoor tengah adakan sebuah contest khas untuk para blogger sempena bulan kemerdekaan.

Hadiah yang disediakan sangat berbaloi dan menarik. KakNoor mencari 3 orang blogger bertuah untuk memenangi 3set tuala Pakej Family. Pakej Family ni maksudnya ada 3 helai tuala mandi. 1 helai untuk Mommy, 1 helai untuk Daddy dan 1 helai lagi untuk Si Manja. Complete!!

Siapa bakal menang contest ni mesti akan happy giler punyalah sebabnya bukan hanya boleh beri hadiah pada diri sendiri tapi juga untuk suami/isteri dan anak.


KLIK BANNER UNTUK JOIN
Apa lagi tunggu... jom la kita serbu blog KakNoor. Kita join contest ramai-ramai untuk mencuba nasib bagi mendapatkan tuala comel cun melecun yang bersulam dari Kak Noor.

Kalau rasa nak cepat-cepat terus beli utk yang tersayang, boleh hubungi KakNoor di:
Instagram: @sulaman_Comel
Hp: 012-4781909

No handphone tu hanya untuk whatsapp sahaja ya!! Call call KakNoor tak sempat nak layan katanya, sebab busy dengan mesin sulaman. Hehe.. harap maklum!!

p/s: comel sangat sampaikan si emak yang lebih teruja dari si anak... kikiki

13 comments:

  1. Replies
    1. kita pun terharu juga sebabnya comel sangat! :D

      Delete
  2. Semoga Kak Noor menjadi usahawan berjaya.

    ReplyDelete
  3. comel dan cantik sangat sis awa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... kualiti pun bagus. Join cepat2 contest tu Dilah nanti melepas. rugi besar

      Delete
  4. wahh memang comel & nampak berkualiti :)
    Salam kenal

    ReplyDelete
  5. serius cantik dan kemas jahitan nya... tak sabar ni

    ReplyDelete
  6. Comelnya..lepas ni boleh fikir nak bagi hadiah kat anak2 mrs pip 😊 ...

    ReplyDelete
  7. Comelnyaaa... kalau dapat kat MZ rasa cam sayang nak pakaiii

    ReplyDelete
  8. Comelnya ada gambar didi.. :).. Kalau menang contest ni lagi lah best. hehe

    ReplyDelete