CORETAN SISHAWA SEMAKIN DI TERIMA - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

13 Sep 2017

CORETAN SISHAWA SEMAKIN DI TERIMA

Assalamualaikum ualls....

Hari ni hati rasa teruja bila dapat email berkaitan dengan satu artikel yang telah aku tulis dan publish beberapa bulan yang lalu. Artikel tu adalah berkaitan dengan Kisah Cinta Benar antara aku dan suami.



Sebelum tu terus terang aku katakan... aku ni memang minat giler dengan dunia penulisan dan memang sejak di bangku sekolah rendah lagi aku cukup suka baca novel. Bermula dari novel remaja bersiri Nancy Drew (ingat lagi tu...) yang aku tak pernah miss hinggalah ke dunia cinta remaja. Kat rumah ni pun masih banyak lagi novel yang aku simpan.

Tapi sejak berkahwin dan beranak pinak ni, aku dah mula slow down sikit baca novel. Bukan bermakna aku dah benci dunia bacaan novel ni cumanya entah mengapa aku mula beralih arah ke bidang penulisan. Sebab tu akhirnya aku ambil keputusan untuk berblog.

Tujuan sebenar aku menulis artikel berkaitan kisah sebenar cinta antara aku dan suami tu sebenarnya adalah untuk kenangan dan tatapan anak-anak. Yelah, semakin lama mereka semakin membesar jadinya suatu hari nanti mereka pasti akan tertanya-tanya bagaimanakah agaknya ibu dan ayah mereka bertemu jodoh. Sebab itu aku ceritakan semula perasaan aku ketika pertama kali jatuh cinta dengan suami.

Tanpa di jangka respon untuk artikel terbabit amat mengejutkan!! Sebaik saja publish ramai yang beri komen-komen positif dan yang lebih mengharukan apabila ada ramai yang memberi pendapat supaya aku mengorak langkah untuk menjadi penulis novel.

Persoalannnya.... layakkah aku??


[ SEBAHAGIAN DARI MAKLUM BALAS PEMBACA ]













Hari ini persoalan itu telah pun terjawab....

Email ini telah mampu memberikan jawapan pada persoalan yang bermain di minda aku selama ni. 

Tapi.. untuk terus terjun ke dalam dunia penulisan novel bukanlah mudah... masih banyak yang perlu aku perbaiki lagi.. Yang pasti, aku amat berterima kasih pada ualls semua yang dapat menerima baik cara penyampaian aku di dalam blog ini.

Doakan aku ya kawan-kawan.... yang pasti tanpa ualls semua yang sudi membaca dan meninggalkan komen... siapalah aku... huhu...

** BELUM BACA LAGI KISAH NI?? klik --- SINI ---  ***

p/s: kalau ada keluar novel dr SisHawa, ualls nak ke beli ni... wakaka

25 comments:

  1. Sis Hawa!! Tahniah tahniah! Siqah tak sempat lagi nak baca penulisan sis. Nanti siqah baca ye. Please dah ada novel nanti bagitahu tau. I'll buy it for sure :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak Siqah.. inshaaAllah,, wish me luck okay :D

      Delete
  2. Tulis lebih banyak lagi....pleaseeee...banyak kelebihan dalam diri awa...tahniah awa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah,... dlm pertimbangan nak wat novel online bersiri ni.. doakan ya

      Delete
  3. Tahniah sis hawa..hebatlah kak awa..nanti kak awa jadi penulis novel ok? 😊 Sis hawa mmg layak.Sebab sis hawa ada baakt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah... terima kasih support sis ya Rabia :D luv u

      Delete
  4. Wahhh..nanti Cik Renex nak baca,,
    good luck Sis Awaa. :)

    ReplyDelete
  5. Entri kisah cinta sis awa & husband buatkan CCL selalu terjah setiap episod nak baca perjalanan hidup sis .. heheh . Tahniah sis awa.. CCL tumpang gembira ,dah dilamar jadi penulis tue ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih CC sudi follow semua episod tu.. dlm pertimbangan nak tulis novel online bersiri ni. Boleh dup dap macam aritu balik... :D

      Delete
  6. hebat sis awa.. bacaan pertama ina, terus melekat kat blog sis

    ReplyDelete
  7. Tahniah sis! Wah macam-macam bkat ada ni. Ai belum baca lagi kisah tu.. tapi ada free time nanti ai stalk blog sis ni..

    ReplyDelete
  8. waahhh!belum berkesempatan nak ikuti kisah cinta awa...
    insya'Allah nanti nieyl nak baca juga sbb tgk respon org mcm best je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis pun tak sangka dengan respon tu semua... terima kasih sudi nak baca :D

      Delete
  9. tahniah sis hawa. lepas ni boleh tunggu novel sis hawa pula

    ReplyDelete
  10. wah, tahniah sis hawa, akak memang layak, sebab citer pun best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik kaella. really appreciate it :D

      Delete
  11. tahniah sis hawa sebab dapat personal invitation. Bukan semua orang mampu buat. Good luck!

    ReplyDelete
  12. tahniah sis awa.. alhamdulillah,rezeki masyukkk. rezeki anak anak tu

    ReplyDelete
  13. Tahniah sis hawa.. Hebat tu rezeki tu

    ReplyDelete
  14. wah...tahniah awa...betul ayat2 awa bila entry biasa pun seronok baca..mungkin sbb minat membaca tu mempengaruhi juga cara awa menulis...terbaik la awa...

    ReplyDelete