Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kerjasama BROADEN Dengan Blogger Malaysia

Assalamualaikum ualls...

Baru-baru ni aku ada up kan satu status kat FB menunjukkan yang aku ada dapat tawaran untuk berkolaborasi dengan BROADEN jadi hari ni aku nak cerita tentang Broaden. Apa sebenarnya Broaden ni dan kenapa dia nak berkerjasama dengan penulis blog dari Malaysia seperti aku.

BROADEN - Dive Into A Sea Of Content
Lagipun, ramai juga di antara rakan-rakan blogger lain yang mesej ke inbox facebook dan email untuk bertanyakan maklumat lanjut tentang Broaden. Yelah, apa taknya, si Broaden ni hantar tawaran pada blogger lain dengan memasukkan sekali link blog aku sebagai salah seorang blogger yang telahpun bersetuju untuk berkerjasama dengan pihak mereka.

ANTARA PERTANYAAN YANG KU TERIMA



1st of all, kalau ualls nak tahu, aku sendiri confuse masa mula-mula dapat tawaran dari si Broaden ni dulu. Pada mulanya aku ingatkan si Broaden ni scammer. Huhu

APA ITU BROADEN?
Broaden adalah sebuah website yang menghimpunkan pelbagai artikel bermutu tinggi yang di tulis di dalam bahasa Inggeris. Nama alamat link rasmi untuk website Broaden ini adalah broaden.news 
Terdapat empat kategori penulisan yang di tawarkan oleh Broaden ini iaitu Travel, Health, Startup dan Internet of Things.

APAKAH FUNGSI BROADEN?
Tugas utama Broaden adalah untuk membantu menarik minat pembaca untuk terus melekat di blog kita. Ia juga boleh membantu memberi kita panduan bagaimana caranya untuk menulis artikel yang lebih bagus dan bermutu. Aku sendiri suka juga baca artikel dari Broaden ni sebabnya semua cerita yang mereka publish sentiasa di up to date dan berkonsep universal. At least dapatlah juga aku ambil tahu cerita-cerita terbaru dari negara luar selain Malaysia ni.
POST BROADEN DI SIDEBAR BLOG


Dalam masa yang sama ianya juga boleh membantu memberi peluang untuk menarik minat pembaca artikel berbahasa Inggeris untuk terus melekat di blog kita.Ye lah, pembaca blog ni bukannya kita boleh ramal. Blog aku ini pun kadang-kadangnya ada juga menerima pelawat dari negara barat.

Nampak tu, blog aku ni kadangkala ada juga menerima pelawat secara tidak sengaja dari negara-negara lain seperti United States, Singapore, India, Ukraine, Brunei dan Australia.

Jika pengunjung dari Indonesia, Brunei dan Singapore aku tak hairan sangat sebabnya kebanyakan mereka memang berkebolehan untuk baca dan faham penulisan di dalam bahasa melayu tetapi bagaimana pula dengan pembaca dari negara yang lain? Pastinya bila mereka tersinggah dan melihat hanya ada artikel dalam bahasa Melayu, mereka tentu akan terus keluar dari blog aku ni.


Tapi dengan adanya Broaden di sidebar, para pengunjung yang singgah secara tidak sengaja ini akan turut berpeluang untuk membaca artikel-artikel di dalam bahasa Inggeris yang ada di blog aku ni walau hakikatnya bukan aku pun yang tulis semua artikel-artikel tu. 

CONTOH !!
Sekiranya klik di atas mana-mana artikel Broaden, para pembaca akan terus di bawa ke artikel terbabit tetapi artikel tu bukannya akan di baca di dalam website Broaden ye sebaliknya akan di baca di dalam laman blog aku sendiri.

Ini bermakna, para pelawat yang memilih untuk membaca artikel-artikel terbabit masih lagi terus berada dan melekat di dalam blog aku ni.


ADAKAH IANYA BENAR-BENAR MEMBANTU?
Entahlah!! Aku sendiri tak sure sangat bab ni. Apa yang pasti aku cuma merebut peluang yang di berikan saja. So far aku memang masih lagi kurang berpuashati dengan pagesview di blog ni dan sedang cuba sedaya upaya untuk meningkatkan trafik. Tapi seandainya suatu hari aku rasa ada sesuatu yang tak kena maka aku akan buang je widget Broaden ni dari blog aku. Takde apa-apa syarat yang di kenakan jadi aku bebas untuk tinggalkan Broaden bila-bila masa saja yang aku suka.


TIADA BAYARAN YANG DI KENAKAN
Broaden menghantar tawaran untuk berkerjasama dan semuanya adalah percuma sahaja. Apa yang perlu di lakukan hanyalah memberitahu samada mahu terima atau menolak tawaran tersebut dan sekiranya menerima maka Broaden akan menghantar panduan bergambar cara-cara untuk memasang widget Broaden ini di blog ualls step by step. Jangan risau, senang je..

BAGAIMANA JIKA TIBA-TIBA KENA BAYAR?!
Sebagaimana yang telah aku cakapkan tadi. Tiada apa-apa syarat pun yang berlaku di antara aku dan Broaden. Jadi aku bebas untuk buang dan tinggalkan Broaden pada bila-bila masa yang aku suka jadi jika seandainya suatu masa nanti Broaden meletakkan apa-apa bayaran maka semestinya aku akan tanggalkan Broaden dari 'baju blog' aku ini dengan serta merta.

KESIMPULAN:
Apa yang di tulis di dalam entry ini hanyalah setakat apa yang aku faham saja jadi sekiranya ualls mahukan maklumat yang lebih lengkap dan tepat, sila layari lamanweb rasmi Broaden di >> SINI << atau ajukan terus soalan yang berkaitan melalui email ke : hello@broaden.news

Tepuk dada tanya selera,... takde siapa-siapa yang paksa so boleh buat keputusan sendiri samaada nak ikut serta ataupun tidak.....

tetiba rasa macam tengah jadi duta untuk Broaden pulak!! =D

37 comments for "Kerjasama BROADEN Dengan Blogger Malaysia"

  1. Owh begitu ceritanya..thanks sis awa da jawabkn segala pertanyaan sy..����

    ReplyDelete
  2. Ooo..faham...kira kalau kita terima kira untung dr segi pv lah kan. Kalau tinggalkan pun x rugi apa apa pun

    ReplyDelete
  3. yup, boraden ni rasanya mcm aggregator , lebih kurang babab dot net tu ...

    ReplyDelete
  4. Broaden macam babab.net juga sebenarnya... Setakat ni tak terbuka hati lagi nak psg widget... Psg yg mana perlu je setakat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Broaden ni terima takpe, tak nak terima pun takpe.. takde masalah :D

      Delete
  5. dpt jgk eme; dari broaden ni. tp xreply lg pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak terima ke tak terpulang.. Broaden tak paksa :D

      Delete
  6. Bru tau psl Broaden nie..cam menarik gak tu

    ReplyDelete
  7. Allhamdulillah... teruskan kejayaan sis... smg terus maju jaya

    ReplyDelete
  8. menarik sangat ni... baru je nak tahu apa itu broaden

    ReplyDelete
  9. Sye pon dpt. Sye ingt scammer. Tgk dia mention entry ni. Okay laa bru paham

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo Broaden bagi link supaya rujuk di entry ni ya? I see :D

      Delete
  10. I thought the email was a spam mail. Thank you for the infos sis!

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
  11. Hai sis hawa... Thanx for review... Sy oun ada dpt emel.. Boleh mencuba yer😊

    ReplyDelete
  12. tq hawa..tq atas pencerahan broaden.sy rasa sy pun akan proceed dgn broaden hehe

    ReplyDelete
  13. camtu rupanya..dah lama dapat emel tu...takut nak reply..pastu dah reply, rasa was2 plak takut scammer... td dia baru anto emel lg sekali bgtau sis punye blog ni..baru rasa cam kompiden sket..hehehe tq atas perkongsian yer sis.. <3

    ReplyDelete
  14. owh dah faham. tuelah dapat emel juga dari broaden ni. rasa selamat sikit lepas baca post sishawa ni. ingat scammer :)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih. Amat membantu. Dapat juga email dari Broaden ni hehe

    ReplyDelete