Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Hazama Ubah Arah Menjadi Gelandangan

Assalamualaikum ualls...

Terkejut aku tau! Terkejut yang amat sangat apabila mendapat tahu yang Hazama penyanyi terkenal tu membuat keputusan untuk menjadi gelandangan. Dah kenapa pula si Hazama ni??? Aku ni nak kata minat giler-giler dengan dia tu tidaklah tapi aku suka juga dengar lagu dia sesekali time boring.

Lagi pula aku memang pernah tulis artikel berkenaan beliau di dada blog ni suatu masa dulu. Masa tu aku tulis tentang kisah Hazama berbaju celoreng > BACA SINI < tup tup hari ni aku menulis Hazama jadi gelandangan pula.. ualls rasa?!

Ish... kenapalah Hazama ni kan? Tak kan dia dah muflis kot? Ataupun mungkin dia sedang mengalami masalah tekanan jiwa agaknya... Hmmm...

SUKAR UNTUK DIPERCAYA!
Aku memang susah nak percaya pada mulanya. Bukan aku jer orang lain kat luar sana pun sama jugak. Ramai yang susah nak percaya. Kalau 'beliau' tak muncul di khalayak ramai menyanyi dengan sebuah kumpulan buskers di sekitar kawasan Bukit Bintang, aku rasa sampai sekarang orang ramai tak akan tahu lagi hal ni gamaknya.

Hazama oh Hazama... kenapalah sampai jadi begini???!!!

RAMAI YAKIN INI HAZAMA!!
Ya, ramai yang yakin ini adalah Hazama tetapi bukanlah bermaksud Hazama benar-benar menjadi gelandangan tetapi lebih kepada sebuah eksperimen untuk menguji reaksi orang ramai. Mana mungkin Hazama benar-benar berubah menjadi gelandangan betul-betul. Taklah! Hazama hanya menyamar untuk membuat kejutan pada orang ramai jer... itulah reaksi yang di beri oleh semua orang ketika itu...


BENARKAH INI HAZAMA? 
hingga ke saat ini dikatakan bahawa Hazama sendiri masih belum mengaku yang insan gelandangan tersebut adalah beliau sendiri.... Tak kisahlah siapa sebenarnya insan misteri ini... janji suaranya memang sedap, power dan sebijik macam Hazama... :D

2 comments for "Hazama Ubah Arah Menjadi Gelandangan"

  1. pernah tengok vid dia. Mmg tak cam muka dia.

    Singgah sini lawat sahabat dari
    #BloggerPantaiTimur
    akukaudansesuatu.blogspot.com

    ReplyDelete