Kemunculan Team Blogger Pantai Timur - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

12 Sep 2017

Kemunculan Team Blogger Pantai Timur

Assalamualaikum ualls...

Alhamdulillah, saat ni aku rasa happy sangat. Yelah kalau dulu aku takde team tapi sekarang ni dah ada. Yahooo... #bloggerpantaitimur itulah namanya. Rasa makin bersemangat pulak lepas dah punya pasukan sendiri ni. Tapi itu tak bermakna aku tak sayang dan tak kawan dengan blogger dari negeri lain ye.

Aku sayang semua rakan-rakan blogger yang singgah di sini. Cumanya group ini di hasilkan adalah untuk berkenal-kenalan dengan lebih rapat lagi. Tu je. Mana tau boleh jumpa sekali sekala, boleh tegur saat temu mata, boleh jemput makan kenduri... haa gitu! Kalau jauh-jauh acaner nak buat semua tu pulak kan?

Pada mulanya aku memang tak terfkir langsung untuk tubuhkan group ni sebabnya aku ni bukannya blogger top tahap AbangBen pun. Tapi masalahnya bila aku search tentang blogger pantai timur sampai ke sudah apa pun aku tak jumpa.. entah ada ke tidak group blogger pantai timur ni agaknya? Terdetik juga di hati untuk mencari team blogger utara tapi masalahnya aku ni cuma berasal je dari utara tapi menetap sehari-hari di Pantai Timur. Hmmm...

Jadi, fikir punya fikir... aku buat keputusan untuk cari sendiri siapakah di kalangan blogger tanahair ni yang berasal dari Pantai Timur. Kalau tak di mulakan sampai bila pun tidak akan ada keputusan jadi aku nekad untuk mulakan misi pencarian seorang diri.

Apabila terfikir jer nak tubuhkan group ni aku terus teringat pada SisGee. Ye, dia juga dari pantai timur. Aku pun luahkan hasrat aku padanya dan alhamdulillah dia sambut dengan tangan yang terbuka. Makin bersyukur apabila SisGee sendiri sudi menawarkan diri untuk menguruskan group di whatsapp. Nak harapkan aku jaga group? Mana boleh... design blog siapa nak buat nanti?? Haha...

Ringan sikit bahu aku bila SisGee sudi bantu. Maka aku pun mula mencipta logo untuk team.
Logo Team BLOGGER PANTAI TIMUR
KETERANGAN LOGO:

>> Warna Hitam + Merah + Putih mewakili warna-warna bendera dari negeri pantai timur
* Kelantan = merah
* Pahang , Terangganu = Hitam + Putih

>> Bulan Bintang mewakili kaum dan agama utama ahli-ahli yang ada di dalam team ini. Ia juga mewakili sikap kami yang akan sentiasa mencuba untuk bersinar bersama-sama.

>> Kilat memberi peringatan supaya kami sentiasa bersatu. Ye lah, seperti semua sedia maklum... negeri-negeri di Pantai Timur ni kan sentiasa jer di landa musim tengkujuh dan banjir... namun semua rakyat tetap tabah, redha dan cekal menghadapinya saban tahun. Maka sikap itu juga yang di harapkan oleh sesama ahli. Moga semuanya dapat susah senang bersama nanti.. Ameen.. :D


KEAHLIAN:
Walau baru jer di lancarkan pada 11-Sept-2017,tetapi keahlian telah pun mencecah belasan orang. Okay la tu kan?


SYARAT UNTUK MENYERTAI:
- wajib mempunyai sebuah blog
- tak kisah blogger baru atau lama
- berasal atau menetap di salah satu negeri di Pantai Timur Malaysia
- mempunyai sikap suka berkawan dan tidak penting diri

CARA UNTUK MENYERTAI:
- Ualls boleh emailkan no hp sendiri dan pengenalan ringkas mengenai diri sendiri ke rosebirumuda@gmail.com atau terus hubungi pages FB #bloggerpantaitimur DI SINI

Kesimpulan:
Tidak kira di mana ualls berada kita semua adalah kawan yang bersatu di dalam dunia blogging. Cuma yang dekat eloklah di dekat dekatkan lagi dan yang jauh haruslah saling di rindu rindui... =D

*** ualls team mana ya??? ***

9 comments:

  1. blog sendu mcm sy nie blog join ke hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je.. janji ada kena ngena ngan Pantai Timur hehe

      Delete
  2. Rabia pun suka join group ni.. Tq kak awa masukkan rabia dalam group..sayang kak awa <3

    ReplyDelete
  3. wah kite org pantai timur gak heheh

    ReplyDelete
  4. Mantap... Moga rapatkan ukhwah ya...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..bila ada group support, ada aura semangat lain macam sket..thank you awa!

    ReplyDelete
  6. kita dari pahang tapi duk kl la ni ikut suami.

    ReplyDelete