Menang 1st Prize Dari Blog LZ - SISHAWA DOT COM
test banner

Breaking

Post Top Ad

30 Sep 2017

Menang 1st Prize Dari Blog LZ

Assalamualaikum,

Haaa cuba korang baca tajuk tu sekali lagi.. yes! I  win! Sengih sampai telinga okay. Syoknya boleh menang contest!

Ini semua rezeki baby kot sebabnya aku hantar penyertaan tu pun dah last minute. Nyaris-nyaris terlepas peluang, mujurlah masa tu ada buat blogwalking ke blog LZ. Kalau tak jenjalan semestinya dah terlepas pandang.

Inilah penyertaan yang telah ku tulis dan hantarkan kepada Sis LZ, owner kepada blog Lady In Red Planner tu.

Nak tahu hadiah apa yang telah aku menangi? Jeng jeng jeng....

1- MOBILE TRIPOD STAND
2- RM10 CASH!

RM10 tu dah selamat pun aku belanjakan beli Pizza Hut untuk di makan bersama family. Hehe..

HADIAH YANG TELAH DI TERIMA!!
Yang paling penting, aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada Sis LZ sebab sudi memilih aku sebagai salah seorang pemenangnya. Terharu pun ya jugak tau sebabnya semua peserta yang join bukanlah calang-calang orangnya. Pemilihan para pemenang di buat oleh LZ sendiri dan cara beliau memilih para pemenang ada di nyatakan DI SINI.

Macam yang telah aku cakapkan tadi, rezeki baby agaknya ni. Harap-harap ada lagi rezeki yang lain selepas ini. Walaubagaimanapun, sebagai seorang blogger memang kita perlu support blogger yang lain. Orang buat contest, eloklah kita join kalau ada masa terluang. Ala, bukannya payah sangat pun... hanya perlu buat entry dan ikut syarat-syarat mudah yang telah di tetapkan, itu saja. Kalau ada rezeki dapat menang hadiah siapa yang suka? Diri sendiri jugak kan?

Haaa satu lagi nak tanya, ualls dah join ke belum CONTEST SUPPORT ME by POKUCU tu? What? Belum? Eeee rugi kalau tak join ualls sebab hadiah-hadiah yang PokUcu sediakan tu memang tahap kebaboom.. grand prizenya saja dah cecah ratusan ringgit tau.

Untuk keterangan lanjut boleh baca kat SINI.

Itu saja buat masa ni, jumpa kembali di next entry.. babai..

5 comments: